kembara bumi Jepun

Kembara Bumi Jepun Ibu & Baby Lutfi – Part 1

Dah masuk minggu ke – 3 selepas balik dari Jepun. Seriously masih tak boleh move on terbayangkan saat-saat kami kat sana.

Ini adalah trip ibu & Lutfi yang pertama, kami ke luar negara.

Alhamdulillah, Dia Berikan peluang & rezeki untuk kami berdua mengembara ke negara matahari terbit ni, dengan izin suami (beliau & anak-anak lain tak ikut sama). Harap masih banyak input kembara bumi Jepun dapat dipindah ke sini sebelum luput dari ingatan.

Day 1: KUL-KIX (Kansai, Osaka)

Terima kasih juga buat ibu & adik-adik yang sudi menjaga abang Din & Kak Auni sepanjang kami berdua terbang ke Jepun selama 6 hari.

Selepas hantar mereka di Terengganu, kami bergerak ke KLIA pada hari yang sama.

Selesai check in beg & melepasi imigresen, hati dah mula melonjak riang. Lega jugak sebab lepas imigresen buat pertama kali. Jakun sangat kan dapat peluang escape japĀ  :mrgreen:

Dalam flight, pramugari MAS memang sangat ramah. Bagi minuman kotak untuk bekal si Lutfi yang masa dalam flight tidur je sampai la dah touch Airport Kansai.

kembara bumi Jepun

Akak pramugari ni juga siap bagi pen free (asalnya nak pinjam je sebab nak tulis borang untuk imigresen tu). Last last akak tu cakap, ambilla. Mungkin berguna nanti. Seriously memang berguna sangat masa kt imigresen.

Kisah Di Imigresen Jepun

Nak jadikan cerita, saya tersalah isi borang imigresen tu. sepatutnya kena isi on behalf Lutfi juga. Saya terisi 2 borang dengan detail saya yang sama. Terpaksa lepas beratur, pegi isi borang baru untuk Lutfi & beratur balik.. Huhu..

Keadaan agak strict.

Tak boleh ambil gambar/ video sepanjang berada di kawasan imigresen ni.

Staf pun nampak buat kerja dengan fokus & agak serius.

Alhamdulillah takde apa yang serius / masalah yang berlaku melainkan staf tu bertanya ada sesapa lagi tak sepanjang di Jepun. Sebab tengok saya seorang diri bersama bayi.

Kisah Beg Luggage Pecah

Ni bukan kisah saya.

Nak dijadikan cerita, salah seorang kawan dalam trip kami, menerima nasib, kedua-dua beg luggage nya pecah.

Alhamdulillah setelah bersabar menunggu sehingga jam 9 pagi (waktu pejabat di Airport beroperasi), beliau akhirnya berjaya mendapat gantian beg baru.

Pengajaran yang boleh dibuat untuk langkah berjaga-jaga akan datang:

Guna beg kain yang berkualiti. Elak guna beg polypac (material plastik). Balut plastik/ Ikat beg supaya bag kemas walaupun dibaling/ tiba-tiba rosak.

Setelah settle semua urusan, kami trip 1 (6 orang transit Manila sehari sebelum) & 2 (saya & Lutfi) mula bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Namba menggunakan Nankai Line Express Train.

Airport Kansai – Namba

Hasil dari study peta train, kami ambil keputusan untuk guna Nankai Line ni.

Kos perjalanan adalah 920 Yen untuk ke destinasi terakhir iaitu Namba. Alhamdulillah nak beli tiket kat mesin layan diri di Nankai ni mudah sebab ada bahasa Inggeris pada menu.

Kos tu saya memang dah study sebelum sampai ke Jepun. Guna google maps. Kita boleh lihat destinasi & kenderaan yang dicadang berserta kos.

Perjalanan mengambil masa sekitar sejam.

Kisah Tak Jumpa Alamat Rumah Di Namba

Lepas kes beg luggage pecah, kami diUji lagi.

Alamat rumah yang kami dah bayar untuk berada malam pertama di Osaka tidak dapat dikesan melalui carian Google.

Hasil bertanya penduduk setempat yang boleh berbahasa Inggeris, kami dapat berhubung secara call terus dengan pemilik rumah yang kami sewa.

kembara bumi Jepun

 

 

 

 

Alhamdulillah setelah lebih kurang sejam, pemilik rumah datang berjumpa dengan kami sendiri di luar kawasan train untuk menunjuk arah lokasi rumah kami pada malam itu.

Trip Ke Pesta Tulip Di Umeda

Kerana masa yang telah lama terbuang sepanjang mendapatkan lokasi rumah yang betul, kami terpaksa akur untuk batalkan trip berkunjung ke Pesta Tulip di Umeda.. Sedih, namun itu yang terbaik buat semua yang telah keletihan.

Kembara Bumi Jepun – Makan Malam Di Dotonbori

Memandangkan dah berjanji nak makan malam bersama member silatku yang berada di Osaka, petang tu kami keluar ke Dotonburi dari Namba dengan berjalan kaki sahaja.

Posted by Zaleha Awaluddin on Sunday, March 18, 2018

Memang dekat je penginapan kami di Namba tu untuk ke Dotonbori ni.

Makan malam halal kami malam tu adalah di Kenny Asia, yang dimiliki oleh Chinese Penang yang berkahwin dengan Japanese.

Kami makan ketam bercili ni dengan nasi. Merasa juga lah nasi ayam kat sana. Tak ingat berapa habis tapi within 1000 Yen tu memang ada.

kembara bumi Jepun

Thanks Najib Daud & wife Nurul AshikinAntara "orang Jepun" yang banyak membantu trip kembara kami. Kiblat,…

Posted by Zaleha Awaluddin on Sunday, March 18, 2018

Ok, sambung lagi di Catatan Kembara Bumi Jepun Part 2 pula ya.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Kembara Bumi Jepun Ibu & Baby Lutfi – Part 1”

  1. Pingback: Kembara Jepun Ibu & Baby Lutfi - Part 2 | Jalan Jalan Kyoto

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge