jalan jalan kyoto

Kembara Jepun Ibu & Baby Lutfi – Part 2 | Jalan Jalan Kyoto

Ok sambung balik kisah kembara kami berdua bersama geng iReachG7 ke Jepun.

Day 2 : Osaka – Kyoto

Untuk memudahkan pemahaman, kami ke Jepun by trip asing-asing.

Memang tak dapat 1 flight sebab masing-masing hunting untuk grab tiket paling berbaloi mengikut kepenuhan tabung travel masing-masing dalam masa kurang dari 6 bulan perancangan.

Trip 1 – Sha, Kak U & baby Kausar, Kak Nil & Rania, Fal & mama menaiki flight Philipine Airlines (KUL-MNL-KIX). Mereka tiba paling awal di Kansai Airport, selepas transit hampir sehari di Manila.

Trip 2 – Saya & baby Lutfi. Kami tiba sehari selepas trip 1.

Trip 3 – Mel & Mien. Mereka berdua tiba sehari selepas trip 2.

Esoknya kami trip 1 & trip 2 dah plan nak berkumpul dengan last trip 3 kat Kyoto train station.

Namba – Kyoto

Dari rumah penginapan kami di Namba, kami trip 1 & 2 memilih local train (Midosuji Line) untuk turun ke Umeda Station. Kos 230 Yen.

Dari Umeda, tukar train ke JR Osaka Line untuk ke Kyoto Station. Kos 560 Yen. Total perjalanan ambil masa sekitar sejam.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Nak beli tiket train pun takde masalah sangat sebab sama-sama dah study perjalanan.

Cuma ada kaunter tiket layan diri memang takde English function, maka kena rajin bertanya. Bahasa isyarat pun boleh! Japanese memang sangat nak membantu. Best!

Sampai je Kyoto station tu, kami hunting locker untuk simpan semua beg sebab malam tu kami akan menginap di Kyoto pula selama 2 malam. Plan lepas simpan beg, kami nak ke Kiyomizu-dera menggunakan bas.

Kami beli tiket yang yang boleh guna sehari suntuk untuk naik bas di Kyoto. Kos sehari 600 Yen. Jadi untuk 2 hari total 1200 Yen.

Jalan Jalan Kyoto : Kiyomizu-dera

Ni adalah temple. Boleh baca lanjut pasal temple ni kat sini.

Hari kami sampai tu (Isnin 19 Mac 18) , ramai juga orang sebab katanya ada perayaan macam nak sambut musim bunga camtu. Ramai la juga yang datang dengan berkimono.

jalan jalan kyoto

Kami hanya berada sekitar luar temple sambil aktiviti bergambar. Cantik sangat pemandangan bila nampak bunga dah start keluar. Walaupun tak fully bloom, dapat juga experience rasa best ada gambar sakura tu  🙂

jalan jalan kyoto

Sejak dari tu, nampak bunga je, melting rasa.. kihkihkih.. 😆

Lutfi?

Dia suka tangga! Asyik nak turun naik tangga je. & risau sesangat bila dia asyik keluar masuk kat kawasan loceng gergasi berpagar nih. Sebab ibunya tak muat nak masuk ambil dia  :mrgreen:

Jalan Jalan Kyoto : Higashiyama District

Higashiyama District adalah laluan kecil yang mana, bila kita lalu, kita boleh experience berada dalam kawasan tradisi orang-orang lama Kyoto.

jalan jalan kyoto

Sepanjang jalan tu ada kedai-kedai lama kiri kanan. Antara jualannya, makanan & kraftangan. Souvenir pun comel & cantik. Dari serendah 200 Yen.

Ada kedai, penjualnya dah baya nenek-nenek tau. Nampak kuat lagi berniaga berdiri di kaunter.

Kat kedai tu, saya sempat belikan 1 keychain besi buat adik. Harganya sekitar 400 Yen. Exclusive sangat rasa. Sebab the only souvenir yang saya beli kat situ tau! Terasa rugi plak tak beli lebih.

Teringat beli payung kat sekitar sini juga. Sebab hujan tiba-tiba masa kitorang berjalan ke sini. Payung harga 300-400 Yen. Berguna sangat tau payung ni terutama untuk Lutfi sebab dia tak suka pakai topi/ serkup tutup kepala.

Jalan Jalan Kyoto : Kodaiji Temple

Kat sini boleh lihat pemandangan yang cantik juga. Kami memang matlamat utama untuk sightseeing sambil ambil peluang buat poster produk & vlogs.

jalan jalan kyoto
Ni best. Suplemen yang membantu mengurangkan risiko kecederaan otot & meningkatkan imuniti serta beri tenaga. Saya ambil ni!

Alhamdulillah tercapai hajat masing-masing.

Kat Kodaiji temple ni boleh nampak ada 1 binaan patung Budha yang besar.

Semua kawasan jalan-jalan ni memang by walking je. Dekat-dekat.

Apabila banyak berjalan & buat aktiviti bergambar plus cuaca hujan, tak sangka masa berlalu begitu cepat. Lunch kami masa tu hanya buah kurma, coklat & biskut yang dibawa bekal.

Lapar sangat tapi sebab tak study habis apa yang halal boleh dimakan sekitar kawasan temple tu, kami sepakat ikat perut je makan apa yang dibekalkan & singgah Family Mart tepi jalan beli onigiri makan dengan sambal ikan bilis kering Mien.

Oleh sebab masa juga semakin suntuk, kami decide untuk batalkan perjalanan ke Maruyama Park, Zoo & Gion.

Sebaliknya petang tu kami terus ke Nishiki Market.

Jalan Jalan Kyoto : Nishiki Market

Kat sini macam-macam makanan ada! Tapi tutup awal juga tau. Dalam kul6 ke 7 gitu banyak kedai dah tutup.

jalan jalan kyoto
sebelah saya tu Mel, dia la ketua perjalanan. yang start plan itinerary & mak kiah trip kami

Ada strawberi, sayur-sayuran, salmon grill, sotong kepala besar tu, aiskrim matcha.. ni nama yang ditulis merujuk pada yang dimakan & ketara di ingatan.

kihkihkih  :mrgreen:

Jalan Jalan Kyoto : Unknown

Lewat petang tu juga lepas alas perut kat Nishiki Market, kami bergerak jalan kaki ke mall berdekatan. Ada surau dalamnya. Alhamdulillah lega. Bukan tak boleh solat tepi jalan, tapi sebab kami ada anak-anak kecik, perlu cari tempat proper juga.

Dari Nishiki Market, kami guna apps Navi halal untuk detect prayer room berdekatan. Copy location tu & bergerak guna Google Maps. Alhamdulillah dalam 5 minit ke 10 minit rasanya berjalan kaki, kami sampai juga.

Staf mall kat situ sangat ramah. Beri coklat & ambil gambar kami juga.

Jalan Jalan Kyoto : Kyoto Tower

Lepas dah jamak solat, kami bergerak ke Kyoto Station untuk ambil beg & mula ke bergerak untuk ke rumah penginapan.

Sambil tunggu bas, dapatlah experience sight seeing kat Kyoto Tower ni & dengar lagu merdu kat sekitar sini.

Perjalanan ke rumah Kyoto malam tu ambil masa hampir 40 minit juga dalam bas. Bas berhenti-henti. Penat, emosi melayan Lutfi yang keletihan & memang nak menyusu tidur memang teruji, suara ibunya pun dah serak.

Tapi best 🙂 . ya Allah, rasa mahu repeat lagi.

Kita sambung lagi di Part 3 pula ya.

jalan jalan Kyoto

Kembara Jepun Ibu & Lutfi Part 1



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

3 thoughts on “Kembara Jepun Ibu & Baby Lutfi – Part 2 | Jalan Jalan Kyoto”

  1. Pingback: Kembara Jepun Ibu & Lutfi Part 3 Jelajah Kyoto Day 2

  2. Pingback: Kembara Bumi Jepun Ibu & Baby Lutfi - Part 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge