jelajah kyoto

Kembara Jepun Ibu & Lutfi Part 3 Jelajah Kyoto Day 2

Ya Allah, baru perasan, lama betul tinggalkan blog nih untuk update entri kembara Jepun part yang seterusnya.

Bagi yang terlepas, boleh baca balik kat link bawah ni ya.

Kembara Bumi Jepun Part 1

Kembara Bumi Jepun Part 2 (Jalan-Jalan Kyoto)

Day 3: Jelajah Kyoto (20 Mac 18)

Hari ketiga kami kat Jepun, kami memang plan nak fokus sambung lagi jalan-jalan Kyoto je. Target asal nak pergi:

  • Arashiyama Bamboo Forest (gerak @6am) – dah sampai
  • Sagano Scenic Railway – dah sampai
  • Ayam-ya Restaurant – dah sampai
  • Fushimi Inari
  • Kyoto National Museum
  • Kyoto Mosque
  • Kyoto Imperial Palace
  • Nishiki Market (ni dah terpergi hari semalamnya)

Hehe target memang macam sempat giler.. Banyak ooo tempat nak pegi. Kihkihkih  😆

Hari ketiga kami kat Jepun, hujan masih lebat di awal pagi.

Dalam list yang panjang tadi, 3 yang atas tu jek yang berjaya dijejak.. huhu.. Yang lainnya tak sempat atas faktor masa yang dah suntuk akibat cuaca pagi tu & masing-masing yang agak keletihan + sedikit jetlag nak bangun awal pagi.

Subuh di sana sekitar jam 4:30 am. Kul6 pagi tu cerah macam dah kul7 kat sini.

Kami ganti masa yang suntuk di petang hari tu dengan berkunjung ke Kyoto Yodobashi.

Jelajah Kyoto : Arashiyama Bamboo

jelajah kyoto

 

Kat sini kami menelusuri hutan buluh yang cantik. Masa kami tiba kat situ, ada ramai juga pelancong asing yang lain.

Tak kurang juga ada pengantin/ model pakaian pengantin yang sedang sibuk buat penggambaran.

Kitorang pun, ambil kesempatan sambil menghayati keindahan ciptaan Allah, sambil buat vlogs & juga bergambar.

Hehe siap ada ratu berkain batik lagi  😆

jelajah kyoto

Kat sini juga saya betul-betul alami, kalau hilang/ tercicir barang di Jepun nih, pasti jumpa balik kat tempat asalnya/ berdekatan.

Saya ada tercicir payung. Bila patah balik jalan mula masuk untuk cari balik, Subhanallah, memang ada. Siap elok lagi tergantung kat tempat berdekatan.

Jelajah Kyoto : Sagano Scenic Railway

jelajah kyoto

Cantik cantik cantik.. Subhanallah sangat-sangat!

Pemandangan di sepanjang laluan keretapi yang perlahan ini (romantik gitu) tersangatlah lawa…

Saya tak sempat ambil banyak video sebab banyak melayan Lutfi yang nak menyusu sambil duduk. Jadi hasil sumbangan video dari Mel sangat membantu melengkapkan vlog ini.

Dikatanya boleh tengok 4 musim, maksudnya kenalah datang 4 kali ke situ ikut musim semasa .. hehehe.

Masa Operasi Sagano Romantic Train

Kami naik train ni dari Arashiyama Torokko Station untuk menghala ke Kameoka Torokko Station. Masa tu kena tunggu turn train kul12:04 pm.

Nak naik train ni ada jadualnya juga & perlu beratur.

Hari Rabu jangan datang sini tau. Sebab hari Rabu train tak beroperasi melainkan jatuh pada hari cuti orang Jepun.

Bayaran Tiket Masuk Sagano Romantic Train

Tiket adult 620¥, kanak-kanak umur 7 tahun ke atas camtu dikenakan bayaran separuh harga (310¥).

Info lanjut terus ke website rasmi Sagano Romantic Train

Jelajah Kyoto : Ayam-ya Restaurant

Alhamdulillah dapat menikmati lunch yang enak & mengenyangkan kat sini. Kat sini ramen diorang lah yang famous.

Ada juga ayam goreng tapi terlajak laku sangat. Mungkin sebab payah nak jumpa kedai jual ayam goreng yang halal.

Kami juga dapat solat jamak kat sini. Alhamdulillah surau comel (macam bilik kecil/ unit kecil kedai) di sebelah restoran ni sangat selesa untuk solat. Ada juga disediakan tabung bagi yang nak menderma untuk kesinambungan & kebajikan surau tu.

Jelajah Kyoto : Kyoto Yodobashi

Ok ni adalah macam shopping complex yang besar.

Kami sampai situ mula-mula masuk kedai 100 Yen Shop ni. Semua barang pada harga 100¥ tak termasuk cukai GST 8%. Ni kedai macam ala-ala kedai Eco / kedai RM2 gitu. Banyak barang yang cute. Most of it made in China la. Okla berbaloi buat kenang-kenangan.

Then kami separate.

Sementara kawan-kawan lain cari barang masing-masing, saya & Lutfi ronda survey jam & perfume yang dikirim sedara mara kt Malaysia. Not worth to buy barang ni kat sini. Better beli di Osaka.

Then saya & Lutfi berjalan ke Global Kitchen pula.

Ala-ala macam Cold Storage gitu. Saya nampak strawberi yang besar, terus laju masuk beli. Lutfi pun enjoy sangat makan strawberi fresh yang besar & manis tu.

Boleh baca lagi tentang Kyoto Yodobashi kat sini

Kesimpulannya Kyoto pun banyak lagi tempat yang menarik yang kami sendiri tak cukup masa nak pegi walau stay 3 hari 2 malam kat sana. Trip kena panjang lagi sebab bergantung pada cuaca setempat & keadaan anak-anak.

Bersambung lagi ke Part seterusnya (Day 4  Kobe-Osaka & Day 5-6 Osaka)

Rujukan:

  1. https://www.sagano-kanko.co.jp/en/
  2. https://www.kyotostation.com/kyoto-yodobashi/



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Kembara Jepun Ibu & Lutfi Part 3 Jelajah Kyoto Day 2”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge