Kembara Mencari Ilmu & Homestay di Bertam Yang Selesa Untuk 3 keluarga

banjir di kelantan

Sebelum nak datang ke kelas Blog & Marketting Pro ni, saya antara beberapa orang yang tercari-cari homestay di Bertam ni sebab kelas 2 hari ni diadakan di Penang Golf Resort, Jalan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

homestay di bertam
lokasi penang golf resort

Nak tahu homestay di Bertam yang mana satu yang selesa?

Sangat selesa sampai muat untuk 3 keluarga yang beranak pinak ramai?

Baca selanjutnya catatan kembara saya ini.

Saya & Kembara Mencari Ilmu

kembara mencari ilmu
takde masalah pun kalau nak bawak anak-anak datang bersama
kembara mencari ilmu
nice view.. sejuk je mata memandang
kembara mencari ilmu
Antara ibu yang selalu mengendong anak ketika menuntut ilmu
kembara mencari ilmu
Total penyertaan adalah seramai 70 orang

Walaupun boleh je nak datang ke kelas bersama seisi keluarga, bawak suami, anak-anak & sedara-mara ikut sama, saya memang sengaja pilih untuk pergi ke kelas ni seorang diri (tanpa bawak family).

Antara sebabnya adalah nak rasa keluar dari zon yang selesa untuk menuntut ilmu sehingga berjaya capai matlamat yang telah saya gariskan.

kembara mencari ilmu

Mengikut pengalaman seorang saudara terdekat saya yang sangat berjaya dalam hidupnya (seorang yang banyak memberi kepada insan yang lebih memerlukan), sebelum berjaya capai tahap sekarang (seorang Group Account Manager di Axiata), beliau melalui pengalaman yang sangat sukar.

Beliau adalah antara yang belajar jauh di luar negara serta survivor sekitar tahun kegawatan ekonomi (1998). Dipendekkan cerita, selain Saidatina Khadijah r.a,  beliau adalah antara inspirasi saya untuk berjihad di dalam agama & ekonomi

Lemah Kita Mendapatkannya Itulah Yang Kita Dapat

Alhamdulillah semalam lagi saya dah selamat sampai ke Bertam.

JB ke Shah Alam = Bas

Hampir-hampir tertinggal bas dari Johor ke Shah Alam sebab tak perasan masa yang ditulis pada tiket tu adalah masa sebenar bas berada di Hentian Sri Putri.

Sebab kebiasaannya semua tiket bas akan ditulis masa bas bertolak dari Larkin, JB.

Hentian Bas di Larkin –  Hentian Sri Putri sekitar 20 minit.

Bersyukur sebab saya masih berpeluang untuk naik bas tersebut walau seisi bas telah menunggu hampir 15 minit.. huhu.. 😐

(Mungkin berkat redha & pasrah kepada Allah selepas berusaha apa yang patut untuk sampai ke sana dengan kadar segera)

Sebagai pengajarannya, selalulah beringat untuk set reminder & keluar lebih awal dari masa yang sepatutnya.

Tak rugi sampai awal.

Kalau rasa menunggu tu suatu kerugian, buatlah aktiviti sambil-sambil ketika menunggu. Membaca bahan ilmiah / berzikir saja. Inshaa Allah bermanfaat 😉

Saya tiba di Shah Alam Seksyen 13 dari JB sekitar jam 7.20pm. Kat sini adalah perhentiaan sementara bagi Perhentian Teksi/ Kereta Sewa Seksyen 17 .

kembara mencari ilmu

Shah Alam ke Bertam = Kereta

Dari Shah Alam saya menaiki kereta bersama-sama “Omak & Apak” saya, Puan Farha Maskuriy & Tuan Hafeez Jamil.

Alhamdulillah perjalanan yang OK & smooth.

Walau Apak masih sempat lagi COD computer di Ipoh, kami dapat tiba di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dalam 4 jam perjalanan (8.45 pm – 1.45 am).

Dengan berpandukan waze, sampailah kami di sini.

Homestay di Bertam Perdana 3

homestay di BertamRuang tamu..

homestay di Bertam

3 helai tuala turut dibekalkan.. ala-ala dah macam dalam hotel pun ya

homestay di Bertam

Best homestay ni. Selesa sangat. Kemasan lantai mozek. Dapur pun fully furnished. Kalu nak memasak pun boleh. Ada dapur gas & built in cabinet yang lengkap dengan dapur memasak.

homestay di Bertam

ruang dapur yang kemas & lengkap

Ini pula bahagian dining room. Cukup untuk 6 orang menghadap jamuan serentak di meja makan.

homestay di Bertam

Ruang solat yang lapang. Sesuai untuk solat berjamaah.

homestay di Bertam

Dengan hanya RM140 ~ RM150/ malam, kami dapat memanfaatkan seisi rumah yang ada 3 bilik & 2 bilik air ni untuk 3 keluarga. Saya berkongsi rumah dengan 2 lagi keluarga. Keluarga kak Echah & keluarga kak Mahya.

homestay di Bertam
Dari kiri: saya, kak Echah & kak Mahya

Apak & Omak saya ada di rumah sebelah. Berkongsi rumah dengan keluarga Tuan Munzir & keluarga Puan Ana.

Setiap rumah ada sekurang-kurangnya 2 katil Queen.

Bilik satu lagi ada 2 katil bujang.

homestay di Bertam
ini bilik yang saya diami

Di bawah katil Queen pula ada satu tilam single. (saya baru perasan tadi) 😉

Rumah yang kami tinggal ni ada sekurang-kurangnya 2 bilik yang ber pendingin hawa. Bilik saya & bilik Kak Mahya (master bedroom)

Untuk sesiapa yang ingin bercuti di sekitar Bertam/ Pulau Pinang, kot ada yang teringin nak bercuti sekitar sini (lebih kurang 15 minit saja dengan Penang Golf Resort) tapi nak menginap dalam homestay, boleh hubungi Puan Mazni (012-5813873) / Puan Salida (012-4981871 / 019-4809287) untuk Homestay di Bertam Perdana 3 ni.

homestay di bertam
lokasi penang golf resort

Ok, selamat bercuti.

Semoga carian anda untuk homestay di Bertam yang selesa dapat dipenuhi di entri ini.

Saya nak sambung selesaikan task homework kursus kami di Bertam ni.

Walau nampak macam letih, terkejar-kejar ke sana ke mari, saya sentiasa pastikan saya dapat rehat tidur yang berkualiti malah dapat bangun awal untuk ke kelas (seawal jam 4 pagi) dengan OsteMatrix ni.

Musim hujan macam ni, elok juga ambil vitamin C sebagai perlindungan kesihatan diri yang terbaik 😉

P/S: Sambil-sambil bercuti, ingat-ingatlah mereka (terutamanya mangsa banjir di Pantai Timur) yang sedang memerlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge