cara merawat fibroid

Kenali Fibroid & Cara Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan

Baru-baru ni ada seorang wanita call saya, bertanyakan tentang Vivix sebagai cara alternatif untuk merawat fibroid yang beliau sedang alami, dengan harapan tidak perlu melalui pembedahan.

Wanita ini telah menghadapi masalah fibroid ini sejak beberapa tahun yang lalu & ia kerap berulang. Beliau juga sedang ikhtiar dengan suplemen lain (xyz). Saya doakan puan ini diPermudahkan ikhtiar beliau untuk sihat.

Fibroid – Adakah Bahaya?

cara merawat fibroid

Sebelum kita pergi kepada cara merawat fibroid, jom kita fahamkan dulu, fibroid ni apa? Bahaya kah fibroid ni?

Selain buku perubatan, saya juga ada merujuk pada info yang terdapat dalam kelas Dr Haresh Kumar, seorang penyelidik & pakar dalam bidang kesihatan

Begitu juga dengan Dr Hamid Arshat, seorang doktor pakar sakit puan yang sangat tersohor.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan dalam rahim yang berlaku secara perlahan-lahan & tidak membahayakan (99% fibroid adalah bukan cancer/ barah).

Namun, kehadiran fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan (wanita boleh sukar hamil disebabkan masalah fibroid & berlaku pendarahan yang serius ketika haid sehingga menyebabkan anemia)

Simptom Fibroid

Menurut Dr Haresh, fibroid dengan saiz yang kecil (sekecil saiz kacang peas), biasanya tiada simptom..

Kita tak dapat lihat/ perasan simptom fibroid yang saiz kecil ni sehinggakan memang ada wanita yang telah pun ada fibroid tapi tak perasan kehadirannya hanya setelah saiz fibroid jadi semakin membesar (sebesar saiz limau gedang).

Antara contoh simptom fibroid telah membesar:

  • pendarahan banyak ketika datang haid & berlarutan
  • pendarahan yang tidak normal antara tempoh haid
  • sakit yang abnormal ketika datang haid
  • sakit di bahagian pelvis
  • sakit di bahagian pinggang
  • kerap buang air kecil
  • sakit ketika buat hubungan seks bersama suami
  • perut terbonjol (buncit) ke depan

Ada beberapa simptom yang boleh kita kenal & rujuklah doktor untuk pemeriksaan (ultrasound/ MRI/ X-ray) & pengesahan yang selanjutnya.

Punca Fibroid

Tidak diketahui punca yang solid. Namun, ada beberapa faktor yang boleh menjurus kepada risiko pembentukan & pembesaran fibroid iaitu:

  • pemakanan yang tidak sihat
  • makanan yang mencetuskan keradangan
  • terdedah dengan xeno-estrogen (sisa racun perosak/ sisa kimia berbahaya dari persekitaran)
  • faktor penggunaan pil hormon tertentu
  • faktor umur (30 an – 40 an) sebab hormon estrogen makin rancak ketika ini
  • faktor genetik (wanita dari keturunan American-African)
  • faktor keturunan (jika pernah ada sejarah keluarga ada masalah fibroid)
  • wanita yang obes/ gendut/ berat badan berlebihan
  • wanita yang tidak pernah melahirkan anak

Semakin menghampiri menopause, atau semakin tiada hormon estrogen dirembeskan, fibroid boleh mengecut sepenuhnya.

6 Cara Merawat Fibroid

Ada beberapa rawatan yang boleh diikhtiarkan bergantung pada keadaan & situasi wanita ini (faktor umur & saiz fibroid). Antaranya adalah:

(1) WW (watch & wait; biarkan & pantau sahaja) terutama untuk wanita yang menghampiri usia menopause.

(2) Conservative Surgical Therapy – khusus buat wanita yang masih muda & boleh melahirkan anak. Fibroid akan dikeluarkan melalui pembedahan tanpa menyentuh uterus.

(3) Hormon & ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan estrogen dari dirembeskan

(4) Hysterectomy adalah pembedahan buang rahim (uterus) pilihan terbaik sekiranya fibroid yang besar, teruk sentiasa berulang & wanita ini tidak lagi berhajat untuk memiliki anak.

(5) Tutup saluran darah yang supply direct kepada fibroid tersebut. Yang ni paling rare dan diakui oleh Dr Hamid Arshat juga, beliau sendiri elak guna rawatan cara sebegini kerana kesan sampingannya.

(6) Painkiller – Ubat tahan sakit dari jenis anti-inflammatory (NSAIDs), namun antara yang tidak digalakkan untuk bergantung padanya. Pengambilan yang banyak & berterusan boleh membebankan organ hati & buah pinggang.

3 Rawatan Alternatif Untuk Fibroid

(1) Herba-herba tertentu- Menurut Dr Hamid Arshat ada herba yang membantu mengurangkan risiko fibroid dari terus membesar.

(2) Makanan Sumber Organik – Menurut Dr Haresh pula, pemakanan dari sumber organik khususnya sayur cruciferous & buah-buahan membantu kesihatan pesakit fibroid & mengurangkan risiko terhadap pendedahan xeno-estrogen.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit fibroid

(3) Antioksidan yang kuat – Dr Haresh tidak menafikan bahawa ikhtiar pengambilan suplemen yang kaya dengan antioksidan pada peringkat-peringkat tertentu sangat membantu merencatkan tumbesaran fibroid.

Sebab tu di sini, popular Vivix Shaklee disebut antara antioksidan kuat yang menjadi pilihan ramai wanita untuk berikhtiar dengannya.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? Hubungi kami di 019-7646021 atau klik saja untuk wasap kami di sini:

pengedar Shaklee Skudai


Rujukan:

  1. British Medical Association | Complete Family Health Guide; Dr Tony Smith; Dorling Kindersley; 2000
  2. Perlukah Bedah Fibroid; Dr Hamid Arshat https://www.youtube.com/watch?v=-Tq8o1iTCWg
  3. Kelas Cyst, Fibroid & Endometriosis oleh Prof Madya Dr Haresh Kumar [PhD in Medical Science University of Malaya & BSc (hons) in Microbiology Science University of Malaya], Ogos 2018
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “Kenali Fibroid & Cara Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge