Kenali Osteoporosis & Cara Atasi Osteoporosis Sebelum Terlambat

Pernah kan tengok 1 iklan susu jenama A kat TV tu?

Alaaa yang pasal tulang meretak & badan jadi membongkok bila kekurangan kalsium..

Itulah dia pasal Osteoporosis. Korang mesti ambil tahu pasal Osteoporosis ni & cara atasi Osteoporosis tu supaya dari sekarang lagi dah boleh prepare apa-apa preventive action.

Apa Itu Osteoporosis?

cara atasi osteoporosis

Kalau korang nak tau, Osteoporosis merujuk kepada masalah kepadatan tulang merosot seterusnya menyebabkan tulang mudah rapuh.

cara atasi osteoporosis

Tulang kita paling kuat & kukuh adalah ketika pada usia 30 tahun.

Selepas 30 tahun, tulang akan mula tidak menyimpan kalsium, seterusnya menyebabkan kepadatan jisim tulang semakin menghilang.

Jika tidak mengambil langkah pencegahan awal, bermula umur 50 tahun lagi, gigi semakin mudah mereput & tulang akan mula retak & membengkok.

cara atasi osteoporosis

Simptom Osteoporosis

(1) Sakit Belakang

Antara tanda-tanda awal adalah apabila kita mula mudah rasa sakit belakang (apabila berlaku perubahan pada struktur tulang belakang- vertebrata).

cara atasi osteoporosis

(2) Postur Berubah

Tanda lain adalah berlaku perubahan postur/ keretakan pada tulang

cara atasi osteoporosis

Punca Osteoporosis

Tulang kita adalah dibentuk oleh kalsium fosfat (mineral yang membuatkan struktur tulang keras) &  kolagen (sejenis protein yang menjadi asas kepada pembentukan rangka tulang)

Semakin usia kita meningkat, kita akan lebih kehilangan jisim tulang berbanding pertambahannya.

Perubahan & kemerosotan kepadatan jisim tulang pada seorang wanita adalah semakin ketara selepas 5- 7 tahun mengalami menopause.

5 Golongan Berisiko Tinggi Terhadap Osteoporosis

Tidak semua orang akan mengalami Osteoporosis ni.

Namun, risiko adalah semakin bertambah apabila usia semakin meningkat.

(1) Wanita

Golongan wanita adalah yang paling berisiko untuk mengalami Osteoporosis kerana tulang wanita lebih nipis berbanding tulang lelaki.

Malahan wanita yang telah berkahwin banyak menggunakan kalsium terutama ketika hamil & juga menyusukan anaknya.

cara atasi osteoporosis

(2) Perokok & Peminum Arak

Terdedah dengan alkohol yang berlebihan & bahan enapan dari rokok boleh menjurus kepada jisim tulang merosot & kerapuhan tulang

(3) Kurang Makan Makanan Tinggi Kalsium, Vitamin D & Mereka yang Anorexia/ Bulimia

Kekurangan nutrisi tertentu terutaman kalsium & vitamin D dalam diet harian boleh menjurus kepada tulang yang mudah meretak.

(4) Pengambilan Ubat-ubatan

Ubat-ubatan untuk corticosteroid, ubat anti-keradangan yang diguna utk merawat penyakit asthma & lain-lain adalah berisiko tinggi mengakibatkan jisim tulang merosot.

(5) Pesakit Yang Berisiko Terhadap Osteoporosis

  • Penghidap diabetes tahap 1
  • Rheumatoid Arthritis
  • Mereka yang ada buasir
  • Mereka yang mengalami gangguan hormon tak stabil

5 Cara Atasi Osteoporosis

Terdapat rawatan perubatan & secara alternatif juga.

Cara Atasi Osteoporosis 1 : Rawatan – Bone Boosting Drugs

Antara biphosphonate yang diberi utk mengatasi Osteoporosis adalah:

  • Actonel
  • Boniva
  • Fosamax
  • Reclast

Rawatan ini membantu mengurangkan risiko tulang retak. Namun ia juga meninggalkan kesan sampingan negatif seperti ulcer di dalam esofagus, asid reflux & loya.

Cara Atasi Osteoporosis 2 : Rawatan – Agen Estrogen

Terapi menggantikan hormon.

Digunakan apabila seseorang mengalami menopause.

Tapi ia sangat berisiko tinggi terdedah terhadap kanser, darah beku, penyakit jantung & stroke.

Cara Atasi Osteoporosis 3 : Makan Makanan Tinggi Kalsium/ Bantu Serapan Kalsium

Banyak makanan yang tinggi kalsium sebenarnya. Cuma jika untuk dapat khasiat yang setimpal, kita perlu makan banyak & secara setiap hari

  • Susu (minum susu tinggi kalsium & diperkaya dengan vitamin D, 2-3 gelas sehari)
  • Hasil tenusu seperti yoghurt & keju
  • Ikan salmon, tuna, herring kaya dengan vitamin D. Vitamin D membantu dalam serapan kalsium
  • Sayuran berdaun hijau mengandungi magnesium, mineral yang bantu seimbangkan kesihatan tulang
  • Buah seperti oren kaya dengan kalsium

Cara Atasi Osteoporosis 4 : Elak Makanan Perosak Tulang

  • Makanan bergaram tinggi seperti daging proses & makanan dalam tin
  • Minum kopi lebih 3 cawan sehari boleh mengganggu serapan kalsium
  • Alkohol boleh menjejaskan kepadatan jisim tulang

Cara Atasi Osteoporosis 5 : Ambil Suplemen

Suplemen kalsium terdapat dalam 2 bentuk yang paling utama:

  • calcium carbonate
  • calcium citrate

RDA Pengambilan Suplemen Kalsium

  • Kanak-kanak (1-3 tahun) : 350 mg kalsium sehari
  • Kanak-kanak (4-6 tahun) : 450 mg
  • Kanak-kanak (7-10 tahun) : 550 mg
  • Remaja lelaki (11 – 18 tahun) : 1000 mg
  • Remaja perempuan (11-18 tahun) : 800 mg
  • Dewasa : 1000 – 1300 mg

Pengambilan kalsium utk serapan yang terbaik adalah 2 kali sehari. Dose terbaik utk serapan adalah tidak melebihi 500mg kalsium per intake.

Antara suplemen kalsium yang terbaik & lengkap untuk golongan dewasa adalah OsteMatrix.

Boleh ikhtiar dengan Ostematrix tu kerana khasiat dalam 1 tablet Ostematrix sgt lengkap dengan keperluan kalsium, vitamin D, magnesium & pelbagai mineral surih yang membantu serapan optimum.

Semoga info berkaitan Osteoporosis & cara atasi osteoporosis ni membantu untuk sesiapa saja  🙂 .

Terima kasih sudi membaca. Boleh share jika info ini bermanfaat  😉

 

Rujukan:

  1. http://www.webmd.com/osteoporosis/ss/slideshow-osteoporosis-overview
  2. Nutrition For Life, Lisa Hark & Dr Darwin, Dorling Kindersley, 2005
  3. Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, Avery, 2010
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.