Kenali Saya Zaleha, pengamal & pengedar produk Shaklee

Assalamu’alaikum & hai semua pembaca setia ProVide Network!! :mrgreen:

Saja nak memperkenalkan diri kat sini apabila terjumpa gambar-gambar best yang boleh saya share sambil berentri serba sedikit tentang diri saya.

Saya Zaleha Abdul Salam. Seorang isteri kepada Encik Mohd Awaluddin serta sekarang merupakan ibu kepada Rafiuddin Afiq (5 tahun) & Auni Batrisyia (1 tahun 6 bulan).

Rafiuddin ketika berusia 2 tahun

masa makan yang agak tenang

ketawa kekenyangan

Auni rajin menulis seawal usia 1 tahun

Sebelum saya mengenali produk Shaklee, saya ni adalah seorang pekerja yang agak workaholic tetapi kurang peka terhadap penjagaan kesihatan diri yang menyeluruh. Akibat tekanan yang melampau & kurang persediaan, saya telah mengalami keguguran pada usia kandungan 10 minggu.

Kerjaya pertama saya selepas graduasi adalah Jurutera Kualiti di sebuah syarikat multinasional. Kerja di dalam industri @ dalam sebuah kilang menghasilkan barang elektronik memang tak dapatla nak balik seawal jam 6 petang. Paling awal balik dengan tanggungjawab yang baik kepada pihak pengeluaran (Production) adalah seawal jam 7 malam. Paling lambat saya pernah pulang ke rumah adalah sekitar jam 12 tengah malam sewaktu memantau demo projek baru. Akibatnya kerjaya saya sebagai seorang jurutera hanya bertahan selama 2 tahun setengah ketika awal kehamilan Rafiuddin Afiq.

Ketika Rafiuddin lahir ke dunia, saya mengambil keputusan untuk menjaganya sendiri di rumah. Rafiuddin Afiq adalah anak yang menerima 100 % susu ibu dari saya. Cukup usianya 1 tahun lebih, saya menerima saranan seorang sahabat untuk mengambil upah menjaga anaknya.

Genap pula Rafiuddin menginjak ke usia 2 tahun, saya mengambil keputusan untuk bekerja di dalam sebuah makmal di dalam UTM, Skudai sebagai pembantu penyelidik yang menguruskan hal pentadbiran & pengurusan wang vot penyelidikan projek.

Ketika mengandungkan Auni Batrisyia, Rafiuddin Afiq telah berusia 4 tahun. Walau tengah sarat, saya masih aktif ke sana ke mari termasuk mengikut suami mengendalikan latihan silat cekak di UTM.

Mengandungkan Auni Batrisyia bukanlah penghalang saya untuk kekal aktif. Malah, hari terakhir sebelum saya melahirkannya, saya masih lagi memandu ke tempat kerja & masih sempat menjamah makanan & minuman kegemaran saya sebelum mula merasa kontraksi pertama.

Auni Batrisyia sejurus selepas dilahirkan

Saya & Produk Shaklee

Produk Shaklee telah mengubah 100 % pengalaman saya dalam menyusukan anak.

Produk Shaklee pertama saya adalah set bersalin & menyusukan. Alhamdulillah badan sentiasa cergas & bertenaga sepanjang berpantang di kampung. Itulah pengalaman pertama saya mencuba set berpantang moden. Tanpa param & pilis. Hanya suplemen yang membantu saya untuk tidak tidur di siang hari malah tidak juga malas bangun di tengah malam untuk membuat stok EBM Auni.

EBM Auni

 

Alhamdulillah, kami sekeluarga menikmati kesihatan yang lebih baik sepanjang mengamalkan produk Shaklee.

Shaklee Effect kami:

  • Suami dah lama tak ambik MC untuk masalah sakit kepala / selesema kesan dari resdung yang dialaminya
  • Saya dah lama tak demam atau selesema & hampir setahun lebih jugak tak telan langsung paracethamol
  • Anak-anak hanya mendapatkan rawatan doktor apabila keadaan tertentu sahaja. Jika demam atau selesema biasa, kami hanya berikan Nutriferon, vitamin C chewable & Omega Guard sahaja.

produk Shaklee

Sekiranya anda ingin meningkatkan kesihatan anda sekeluarga melalui produk Shaklee yang bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

kami 1 keluarga

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

8 Responses

  1. keluarga bahagia dan comel (:

  2. Eh uniknya kerusi auni tu. DIY punya baby seat, heheheeheh. comel!
    Farha IbuCergas recently posted…Jaga-jaga, Batuk Yang Berterusan Mungkin Adalah Petanda Anak Anda Ada Asthma Atau LelahMy Profile

  3. Akak Vitamin says:

    first time dengar sharing dari kak leha sewaktu event jom hebat di johor. 🙂 first time terjah sampai ke sini. hehe. sampai ke penulisan pun akak hebat. seronok saya baca.
    Akak Vitamin recently posted…Perasan badan sihat.. rupa-rupanya..My Profile

  4. Jaja says:

    Singgah sini baca profil kak Leha..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.