vitamin untuk anak sihat

Kenali Vitamin Untuk Anak Sihat & Pintar Yang Sedap Dikunyah Pilihan Kami

Anak-anak yang sihat ni biasanya memang sukar duduk diam.

Pada peringkat umur mereka sedang membesar ni, banyak lah yang mereka nak sangat tahu & explore. Samalah macam anak-anak kami yang baru 2 orang ni.

Kalau si abang (Rafiuddin, 6 tahun) dah ke tadika, tinggallah si adik (Auni, 2 tahun), main sorang-sorang kat rumah, ada je aktiviti yang si Auni ni lakukan sementara saya fokus pada kerja-kerja rumah & urusan bisnes online saya ni.

Auni yang suka baca buku. (buku masakan tu..  :mrgreen: )

Auni yang rajin solat. Kalau kat rumah memang dia lagi nak letak tuala ni. Kalau kat luar (surau/ masjid) je dia nak pakai telekung solat.

Kalau ada 2-2 dalam rumah… wah.. macam ada 10 orang kanak-kanak! Kalau main tu, banyak area akan bersepah. Explore habis!

Memang mereka aktif bermain. Tidur hanya apabila penat. Alhamdulillah semakin jarang sakit sejak banyak ikhtiar natural remedies di rumah.

Selain memastikan pemakanan yang seimbang untuk kedua-duanya, kami ada ikhtiarkan membekalkan mereka vitamin.

Vitamin Untuk Anak Sihat & Pintar Pilihan Kami

(1) Chewable Vita-C Plus 100 mg

  • 1 tablet membekalkan 117.9 mg asid askorbik
  • digabung bersama serbuk rose hip (Rosa cania) &
  • 4 sebatian citrus bioflavonoids (hesperidin, lemon bioflavonoids, orange bioflavonoids & grapefruit bioflavonoids)
  • sesuai untuk anak-anak bermula usia 1 tahun ke atas.
  • manfaat: bagus untuk kesihatan gusi, tulang & gigi serta antara ikhtiar tingkatkan sistem imun terhadap jangkitan selsema & demam biasa.

Rasa vitamin C ni tak sama macam kebanyakan vitamin C yang ada di pasaran.

Rasa dia masam-masam manis lemon. Memang kecur sikit bagi yang first time rasa.

Dulu Auni tak berapa suka, jadinya tiapkali nak bagi pada dia memang saya letak je sebiji dalam botol susunya. Tapi sekarang, Auni pun dah suka. Sampai satu tahap, dia mintak lebih dari 2 kali vitamin ni… oh noo..no.. memang saya tak izinkan!

 

(2) Vitalea For Children

  • Multivitamin yang boleh dikunyah
  • 18 vitamin & mineral yang menyokong pertumbuhan anak-anak
  • Pemanis dari xylitol & stevia
  • Terbaik untuk anak-anak berumur 4- 12 tahun.

vitamin untuk anak sihat

Yang ni sangat mudah dihabiskan anak-anak. Dengan rasa anggur memang anak-anak suka sangat.

Masa mula-mula beli & beri diorang makan, Rafiuddin sampai mintak saya labelkan lagi botol vitamin ni atas nama dia (kes taknak rebut dengan adiknya la tu..)  :mrgreen:

Auni?

Of course rebut juga nak!

Saya beri separuh tablet hingga 1 tablet sehari untuk Auni memandangkan Vitalea For Children ni lebih sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun (2 tablet sehari).

vitamin untuk anak sihat

 

 

Vitamin untuk anak sihat  ini bukan saja menjadi pilihan kami, malah ramai lagi ibu bapa yang prihatin kat luar sana tu.

vitamin untuk anak sihat

 

Jika anda perlukan mana-mana vitamin untuk anak sihat ini beserta konsultasi, boleh berhubung dengan kami. Kami adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah.

019-7646021

SID: 962548

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “Kenali Vitamin Untuk Anak Sihat & Pintar Yang Sedap Dikunyah Pilihan Kami”

  1. Pingback: Tips & Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1: Jangan Cakap Saya Tak Payung - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge