tongue tie

Kisah Lutfi Dengan Masalah Tongue Tie Ketika Bayi | Wajarkah Pembedahan?

Siapa sangka, anak yang kita lahirkan sempurna, tiba-tiba doktor detect ada masalah dengan tubuh badannya. Serius, tak sangka. Dan semuanya kebetulan.

Pernah dengar pasal tongue tie tak? Orang sebut lidah pendek.

Ceritanya macam ni.

Lutfi memang ada prolonged jaundice. Kali ni lama sket berbanding abang & kakaknya, namun bacaan taklah tinggi mana. Tak pernah kena warded sepanjang bacaan bilirubin dia naik tu. Kata doktor, normallah untuk anak yang ibunya darah O nih.

Then, sampai suatu tahap, kena ambil darah extra untuk buat ujian LFT (liver function test). Nak check segala hormon TSH & yg berkaitanlah pada Lutfi. Nak dijadikan cerita, reagent untuk test LFT tu Klinik Kesihatan tengah kehabisan. Jadi pilihan yang ada adalah, buat ujian di luar, di klinik swasta yang khusus ada buat ujian ni.

So, doktor ada cadangkan untuk pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Adda di Bandar Dato Onn.

tongue tie

Kisah Lutfi & Tongue Tie Bermula Di Sini

Best datang Klinik Pakar Adda ni.

Salah satu sebabnya adalah doktor ni, yang owner klinik ni ada extra cert on lactation. Means selain pakar kanak-kanak, beliau juga adalah pakar laktasi.

Sambil beliau amik darah untuk buat test LFT tu, beliau observed je Lutfi yang merengek nak susu masa tu.

“Puan, jap, saya nak tengok lidah dia..”

“ooh, lidah dia pendek. ni tongue tie ni…”

Doktor kata, mungkin jugak disebabkan masalah tongue tie ini, susu badan yang dihisap Lutfi tak dapat sepenuhnya khasiat susu ibu tu, tak dapat lemak susu sepenuhnya, hanya dapat yang cair sahaja. Sebab tu juga mungkin bacaan bilirubin tak drop banyak, sebab zat susu yang dihisap tak cukup untuk digest bilirubin tu.

tongue tie

Apa Itu Tongue Tie & Apa Masalah Yang Bakal Berlaku?

tongue tie
nampak tak? masalah lidah tongue tie ni, lidahnya jadi pendek sebab ada jalur yang lekatan tu ke hujung lidah

(1) Tongue Tie – Jejaskan Kualiti Penyusuan Susu Ibu

Walau pun ada pendapat menyatakan tongue tie mungkin tak banyak berkait untuk masalah penyusuan, namun atas nasihat pakar, sebab yang kedua sangat penting untuk anak ini. Kasihan dia.

(2) Tongue Tie – Impak Pada Percakapan Yang Pelat & Sebutan Tak Sempurna

Yang ni juga antara sebabnya kenapa kami sangat prihatin dengan masalah lidah pendek Lutfi. Kata doktor, dia kan lelaki, nanti kalau dibiarkan masalah lidah pendek ni, boleh effect pada sebutan dia. Jejaskan kualiti bacaan solatnya. Lagi kan nak jadi imam.

Jadi pelat sebutan tu (naudzubillah)

Rawatan Tongue Tie

Atas nasihat doktor pakar laktasi tadi, kami proceed menjalankan minor operation di Hospital Pakar Swasta (Columbia JB, Doktor Azhan Ismail, antara pakar ENT yang terkenal untuk urusan pembedahan tongue tie ni) untuk betulkan struktur lidah Lutfi. Untuk info & persediaan, kos rawatan ni lebih kurang RM1k + juga. Tak sampai RM1,500 depends on issue.

Doktor ada buat prosedur memotong bahagian bawah lidah Lutfi ketika itu, umurnya dah setahun lebih (Mei 2018, Lutfi dah setahun 6 bulan). Dah boleh berlari dalam hospital masa tu.

Prosedurnya memang sekejap je, dalam tak sampai 10 minit. Tak perlu warded pun.

tongue tie
Masa ni baru lepas prosedur minor operation tu. Terlena dah Lutfi mungkin sebab bius/ dia dah letih sangat, lepas menyusu terus lena.

Doktor bagitau kalau buat lagi awal lagi baik, sebelum ada gigi tu. Hihihi.. bukan apa, Lutfi sampai gigit tangan doktor katanya.. lukanya takde sampai berdarah/ jahitan ke apa, kena sapu dengan gam khas dalam beberapa kali sehari.

Memang lepas prosedur tu, laju-laju bagi Lutfi menyusu, tenangkan dia.

Post Rawatan Tongue Tie Lutfi

Alhamdulillah waktu entri ni ditulis, Lutfi dah pun nak masuk 3 tahun.

Beliau bukan saja banyak cakap, malah, butiran perkataan beliau sangat jelas, lebih jelas berbanding abang & kakaknya dalam usia yang sama.

Alhamdulillah baby yang ni cerdiknya terlebih-lebih, mungkin gak asbab maknya makan vitamin Shaklee seawal sebelum beliau ada dalam rahim lagi.. hihi

Diharap entri & perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang memerlukan info tentangnya.

 

Rujukan:

  1. Tongue-tie (ankyloglossia) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tongue-tie/symptoms-causes/syc-20378452
  2. Babies ‘don’t need tongue-tie surgery to feed’ https://www.bbc.com/news/health-48934994
  3. How to Tell If Your Child Has a Tongue Tie, and How to Treat It  https://www.healthline.com/health/posterior-tongue-tie



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge