Jangkitan Influenza

Kisah Pengalaman Kami Berhadapan Dengan Jangkitan Influenza

Bila makin banyak orang cerita pasal jangkitan influenza, teringat pula pengalaman saya berdepan dengan virus influenza ni.

Masa tu sekitar hujung tahun 2017 seingatnya.

Lutfi, anak kami yang paling kecil (umur sekitar setahun lebih) tiba-tiba demam panas yang berulang selepas 3 hari. Kitorang bawak dia ke klinik panel berhampiran. Lepas doktor periksa degupan jantung & paru-paru dia, doktor mintak kami bawak Lutfi terus ke hospital. Katanya nafas dia bunyi kuat sangat.

So kitorang bawak Lutfi ke Hospital Pakar Puteri masa tu.

Jangkitan Influenza

Sampai je hospital, terus kena masuk wad. Lepas pemeriksaan, Lutfi disahkan dapat jangkitan influenza A masa tu.

Tanda-tanda Mendapat Jangkitan Influenza

Antara simptom & tanda-tanda dijangkiti virus influenza A adalah:

  • kenaikan suhu badan yang mendadak (lebih 38 darjah Celcius)
  • batuk-batuk
  • sakit tekak
  • sakit otot (Myalgia)
  • sakit kepala
  • Malaise

Virus Influenza Mudah Dijangkiti –  Cara Kuatkan Imun Elak Jangkitan Influenza

Influenza ada 3 jenis (A,B,C).

Influenza A adalah virus yang paling kuat berbanding yang lain. Alhamdulillah sepanjang saya menjaga Lutfi di hospital, Allah Pelihara kesihatan saya.

Ada kenalan, dia juga turut dijangkiti influenza semasa menjaga anaknya di wad.

Apa yang saya faham, kita yang berada berhampiran pesakit influenza ni, kena kuatkan imun kita. Macam saya sendiri, dah memang biasa amalkan vitamin C setiap hari. Ada ketika saya sendiri amalkan Vivix.

Mungkin itu antara sebab kenapa saya tidak mudah dijangkiti sepanjang berada dalam wad bersama Lutfi. Syukur, Alhamdulillah.

Amalkan Vitamin Antioksidan Untuk Cegah Jangkitan Influenza

Selain cukupkan keperluan minum air kosong setiap hari, kita disarankan & digalakkan ambil antioksidan setiap hari.

Antioksidan yang popular & mudah didapati adalah vitamin C.

Macam saya sendiri, saya pilih untuk konsisten vitamin C yang berkualiti dari Shaklee – Sustained Release Vitamin C (500 mg), sebab ia adalah dari sumber organik & 1 tablet vitamin C ini boleh bertahan dalam badan selama 5 jam tanpa henti.

Kalau untuk kanak-kanak, boleh beri mereka chewable vitamin C & Nutriferon.

Nutriferon merangsang sistem imun tubuh untuk bekerja lebih baik menentang sebarang pencerobohan (bakteria/ virus).

Nasihat & Saranan Lain Elak Jangkitan Influenza

  • Elak berada di tempat yang sesak
  • Elak membawa kanak-kanak menziarahi mereka yang tidak sihat
  • Praktikkan kebersihan diri sepanjang masa. Latih anak-anak untuk turut serta.
  • Sentiasa cuci tangan dengan sabun terutama ketika batuk/ bersin/ sebelum menyediakan makanan
  • Sentiasa galakkan budaya & gaya hidup sihat, makan makanan yang sihat, selalu bersenam & elak merokok
  • Sentiasa rujuk dengan doktor apabila mula mendapat tanda-tanda demam/ simptom pernafasan yang tidak normal

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jemput kongsikan kepada mereka yang mungkin memerlukan.


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge