serunding sedap di Kelantan

Kisah Serunding Sedap di Kelantan Datang Naik Bas Ke Johor

Hadoi.. macam lucu je kan bunyinya.

Sebelum ni memang dah tahu juga, tiap kali nak raya memang serunding dari Kelantan yang jadi bualan. Mak di Kedah pun selalu jugak ada yang tolong belikan serunding sedap dari Kelantan.

Kisah serunding sedap di Kelantan ni bermula apabila ada seorang kawan dari group SID Johor yang memang asal dari Kelantan ni buka order serunding dari kampung suaminya di Kg Laut.

serunding sedap di Kelantan

serunding sedap di Kelantan

Belek kat internet, femes juga serunding ni. Mungkin jugak serunding sedap di Kelantan ni adalah perusahaan industri tempatan penduduk di sekitar Kampung Laut tu.

Boleh rujuk satu blog (Serunding Rahmah Kg Laut) yang memang jual serunding direct dari Kampung Laut ni.

Serunding Kampung Laut Naik Bas Ke Johor

Lepas dah deal semua dalam seminggu, akhirnya bas yang membawa serunding yang kami ramai-ramai order ni sampailah kat Johor Bahru dalam 2 hari selepas ia disiapkan.

Kebetulan memang kami masing-masing ada nak ke branch Shaklee Taman Molek nak restok order suplemen. Jadi semua urusan COD berlaku di sini saja. 🙂

Seperti biasa, saya & anak-anak meredah highway Kempas – JB untuk ke Taman Molek.

Tengahari yang agak jem di highway Kempas.

nampaknya dalam seminggu ni akan sentiasa jem cenggini.

Dah melepasi 100 meter di hadapan barulah perasan ada construction rupanya kat sana. Nampaknya mungkin dalam seminggu jugala kesesakan ini akan berlarutan.

Selepas merempuh jem dalam 5 minit, setengah jam kemudian kami anak beranak pun sampaila kat Shaklee Taman Molek tu.

Posing sket dengan tokey yang deal jual serunding ni.

serunding sedap di Kelantan

Yang bestnya, serunding ni dibuat segar. Hari ni siap, esok dah jalan naik bas.. hihi.

Ok sangat lah bila fresh, tahan lebih lama. Kata Su yang jual ni, biasanya serunding fresh macam ni akan tahan dalam tempoh 6 bulan juga.

Teringat dulu selalu jugak beli serunding kat Pekan Rabu, Alor Setar tapi selalu jugak tak kena cara @ timing, mudah sangat serunding tu berkulat. Mungkin itulah perbezaan yang paling ketara antara serunding yang segar dengan serunding yang beli dari pasar.

Ada 3 jenis serunding dari Kg Laut ni. Ia dibungkus dalam pek 250gm, 500gm & 1 kilo:

  • Serunding daging
  • Serunding ayam
  • Serunding ikan

Saya order serunding daging 1/2 kilo ni. Harganya RM30 untuk setengah kilo.

Cadangnya nak buat lauk dengan nasi putih atau makan dengan ketupat palas (pulut) masa raya nanti.

Teringat zaman kanak-kanak dulu.

Tiap kali kami balik beraya di Gombak (nenek sebelah ayah), mak pasti akan bawak serunding & nasi putih sebagai bekal dalam perjalanan.

Memang heaven sebab kanak-kanak yang baru lepas berpuasa memang ala-ala balas dendam la tiap kali makan di bulan Syawal. Kan.. kan..?

Rasanya tak sempat masuk Syawal, serunding sedap dari Kelantan ni pasti jadi lauk masa sahur kami nanti.

:mrgreen:

4 thoughts on “Kisah Serunding Sedap di Kelantan Datang Naik Bas Ke Johor”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge