laksa punca cirit birit

Laksa Punca Cirit Birit & Kematian. Benarkah Salah Pengusaha Laksa?

Saya tertarik sangat nak mengulas lanjut pasal isu laksa yang tiba-tiba menular banyak kes dilaporkan berlaku cirit-birit serta ada kematian selepas menikmati laksa yang sama.

Kes cirit-birit dilaporkan berlaku di tiga buah negeri, iaitu di Kedah, Perak dan juga Selangor.

Hasil siasatan & laporan mendapati laksa ini dibeli dari sebuah kedai pengusaha laksa yang sama di Baling, Kedah.

Laksa Punca Cirit Birit

Sebelum laksa dikaitkan sebagai punca utama, sampel salad dan juga kuah telah dianalisa.

Namun terdahulu telah viral mengatakan salad yang digunakan beracun. Tiba-tiba je glamour salad tak boleh makan!

Terkejut saya tau! saya dah la suka salad  đŸ˜†

Terkini, sebanyak 61 laporan kes cirit-birit dibuat berpunca dari pengambilan laksa yang dibeli di gerai yang sama.

Memetik laporan Berita Harian pada 8 Oktober, “Mereka dilaporkan makan laksa jam 9:30 malam pada 4 Oktober lalu yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, baling jam 5:30 petang hari yang sama”.

Laksa Punca Cirit Birit – Benarkah Salah Pengusaha?

Siapa pernah makan laksa yang ditapau?

Kalau kat utara, antara yang popular, contoh macam laksa teluk kecai, kalau kita tapau bawak balik, 1 kilogram laksa adalah saiz paling kecik, harga dalam RM12 camtu, dibungkus dalam beg plastik.

Biasa kalau tiap kali balik kampung saya, memang ada kala membungkus laksa ni juga.

Simpan dalam peti sejuk, esoknya, bila nak makan kami akan kukus balik laksa tersebut & kuahnya wajib dididihkan.

Mengulas lanjut kes cirit birit terutama yang berlaku di Selangor selepas jamuan makan ni, mungkin ada beberapa faktor boleh berlaku:

  • cara pengendalian laksa yang dibeli sebelum dimakan
  • masalah pengendalian sepanjang proses penghasilan laksa dari pengusaha pada hari tersebut

Sehingga hari ini, belum ada laporan rasmi berkenaan analisa sampel makanan tersebut.

Glamour Laksa Kebok

Actually saya sendiri pun baru pertama kali tau dengar pasal laksa kebok ni walaupun saya orang Kedah.

laksa punca cirit birit
gambar ihsan JJCMK (gambar sekadar hiasan)

Bila google cari, terjumpa lah info ni. Tak pasti adakah kedai yang sama.

Glamour jugaklah rupanya & laksa kebok yang menjadi isu ini telah beroperasi sejak 15 tahun yang dulu lagi.

Sebagai pemerhati & masyarakat, saya menyeru, kita sama-sama ambil iktibar untuk kes ni.

Boleh nak makan laksa.

Cuma, let say lah, kalau nak tapau tu, terbaik kukus balik laksa. Paling terbaik kalau nak sangat makan laksa, makan jelah kat premis kedai.

Semoga laporan rasmi ke atas ujian sampel makanan dapat diketahui segera & kes ini dapat menemukan puncanya yang sebenar.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge