promosi terkini legoland

Legoland Selepas PKP | Apa Yang Best & Apa Promosi Terkini Legoland JB

Legoland Dah Buka! Yeayyy

Ya Allah, nak tau tak,
Betapa anak-anak kami nih dah zikir lama jugak tau nak datang Legoland nih.

Masa PKP kan kami stranded kat kampung suami di Terengganu.

Makanya,
Si Lutfi yg bongsu tu asyik lah sebut nak main kt Legoland.

Sampai kan kalau time makan, kalau tak sebut pasal nak kena makan bagi cepat besar, memang tak sahlah kalau tujuan dia untuk lepas syarat main kat Legoland tuh😅

Promosi Terkini Legoland Selepas PKP

promosi terkini legoland

So far masuk sini agak selamat untuk public place. Kitorang takde lagi bawak anak-anak pegi shopping complex atau taman awam buat masa ni.

Legoland nih destinasi pertama tempat public yang kami bawak.

So far confident jugak bawak anak-anak datang sini. Salah satu sebabnya adalah safety measure yang agak ketat sepanjang berada di sini.

Setiap kali nak main apa-apa memang wajib sanitizing tangan.

Legoland Selepas PKP | Stesen Yang Ditutup

Ada area yang memang ditutup until further notice.

Contohnya kawasan Build & Test. Ruang permainan bermain blok lego, antara stesen yang ditutup.

Begitu jugak utk playground.

Semua ni bagi mengurangkan risiko direct contact yang berterusan.

Tapi kalau nak jugak main lego, stay lah bermalam kat Hotel Legoland ni.

Ada diskaun kaw-kaw lah jugak.

Wajib Pakai Mask Seisi Keluarga

Sini wajib pastikan seluruh ahli keluarga kita pakai mask. Tak pakai mask, kita tak dibenarkan untuk berada dalam mana-mana premis/ stesen sekitar dalam Legoland tuh.

Sediakanlah jugak mask extra utk anak-anak. Kalau habis atau kotor, boleh cari & beli kat dalam kiosk-kiosk jualan dalam Legoland tu.

Diorang nih cepat berpeluh.

Mesti mask jadi kotor sangat kalau main dari pagi sampai petang.

Yang muslimah, wajib prepare bawak telekung solat sendiri ya.

Sejadah pun bawak siap-siap.

Info Lain-lain Berkaitan Legoland Selepas PKP

Stesen main pun ada had limit orang dalam satu-satu masa.

Ada stesen yang hanya dibuka pada masa tertentu saja. Mungkin sebab staf yang bekerja & sebahagian kos operasi dikurangkan mengikut kuota yang perlu dipatuhi.

Anyhow yang ada tiket annual pass start bulan feb ritu masih dpt extension lagi 3 bulan.

Alhamdulillah kami pun dapat lagi extra 3 bulan tu.

Sepatutnya expired Ogos 2020 nih.
Bila dapat extend, boleh lah datang lagi bila-bila, 3 bulan selepas tu.  🙂

Sampai sini.
Chow dulu! Thanks semua, sudi singgah baca.

Ada komen/ apa-apa nak tanya? Jemputlah komen.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge