Lelaki Vs Wanita: Lelaki Tak Mampu Urus Kerja Rumah Sebaik Wanita. Betulke?

lelaki vs wanita

Alahai.. Benarkah sampai macam tu? Habis rumah jadi tongkang pecah kalu cenggini!

Tapi macam betul je. Cuba tengok video ni. Tengok dengan suami sekali. Kalau tak betul boleh komen di penghujung entri ni. Hihihi

Lelaki Vs Wanita: Wanita Mempunyai Kelebihan Multitasking Berbanding Lelaki

Boleh ke dalam masa sejam, lelaki siapkan semua ini?

  • memasak
  • mengemas rumah
  • menjemur pakaian
  • mandikan anak-anak
  • beri anak-anak makan/ susu

Salute lah kalu memang boleh buat semua tu dengan jayanya :mrgreen:

Jika disentuh bab multitasking ni, saya suka lihat contoh pada mak saya.

Mak saya dulu berniaga makanan. Nasi lemak, nasi campur & kuih muih setiap pagi sampai tengah hari.

Saya pernah lihat bagaimana mak urus memasak seorang diri dengan 4 dapur serentak berasap. Pada masa yang sama juga mak yang paling peka terhadap perbelanjaan rumah.

Lelaki Vs Wanita: Pelajar Wanita Boleh Siapkan Kerja Sekolah Walau Sambil Tengok TV.

Yang ni memang sangat betul.

Dulu sebelum saya ke sekolah berasrama penuh, saya memang ulang alik ke sekolah dari rumah walaupun sekolah harian tersebut ada asrama.

Jadi memang TV ada 24 jam. Macam biasalah, setiap hari buat kerja sekolah biasanya pasti depan TV sebab rumah kami dulu di ruang tamu yang sama lah adanya meja belajar & ruang menonton televisyen.

Siap je kerja sekolahnya.

 

Lelaki Vs Wanita: Lelaki Lebih Fokus Untuk 1 Kerja Berbanding Wanita

Memang tak dinafikan.

Jika pelajar lelaki memberi tumpuan 100% ketika di dalam kelas, biasanya mereka lebih skor berbanding pelajar wanita. Tapi kalau dalam kelas tak memberi tumpuan, sudah pastilah pelajar wanita lebih skor dari mereka.

Jika di tempat kerja memang tak mustahil lelaki dapat fokus dengan baik untuk berjaya dalam kerjaya mereka.

Tapi jika hal dalam rumahtangga, sudah pasti ia bukanlah 1 perkara saja yang nak diuruskan.

Dalam 1 hari di rumah, biasanya kena pastikan:

  • pakaian yang telah dipakai dicuci
  • rumah yang bersepah dikemas & dibersihkan (habuk/ sampah dibawak keluar)
  • makanan siap dimasak
  • anak-anak telah bersih dimandikan & diberi makan

Lelaki Vs Wanita: Kita Berdua Saling Melengkapi

Jadi, lelaki mahupun wanita bersyukurlah seadanya kejadian kita ni.

Lelaki atau wanita masing-masing ada kelebihan & kekurangan masing-masing.

Disebabkan wanita ini lebih prihatin terhadap hal-hal yang dikatakan remeh & kecil-kecilan, mereka saling melengkapi kehidupan seorang lelaki yang hanya fokus terhadap perkara yang besar-besar & utama sahaja.

 

So senyumlah 😉

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge