Mac 2017: Catatan Muhasabah diri & Target Untuk Ke Sabah

Alhamdulillah dh masuk bulan Mac.

Bermakna ada lagi 1 bulan utk semua Shaklee Independent Distributor bertungkus lumus melengkapkan prestasi keseluruhan bagi cycle 2016/2017.

muhasabah diri

Sebagai muhasabah diri, renung-renung balik, setimpal tak usaha yang dah dibuat sepanjang Feb 2016 hingga Feb 2017 baru-baru ni.

Awal tahun 2017 ni,
Ramai rakan seperjuangan, terutamanya geng iReachians yg berjaya naik ke satu tangga dlm rank bisnes Shaklee ni. Sekalung tahniah buat mereka..  🙂 

Dalam group kami (iReachians) kami berjaya naik rank sebagai leader bukan sebab kami borong stok melambak-lambak tau! Kami tak buat pinjaman bank untuk borong stok bawah katil. Tapi, kami hanya beli stok yang boleh dijual.

Dengan erti kata lain, setiap yang kami beli, ada pelanggan yang membelinya.

Biasanya, bila buat bisnes secara online ni, memang pelanggan yang cari kami. Best kan camtu?

Man jadda wajada. Siapa yang berusaha, dialah yang mendapat hasilnya. Kerja yg keras, usaha yg konsisten adalah sebagai bayaran.

Bukan mudah nak berjaya.
Memang bukan murah pun nak capai hasilnya.

muhasabah diri

Mereka yg berjaya bukan calang-calang dlm berusaha. Mereka ini antaranya sanggup bersengkang mata hadap blog, perah otak, tebal muka & perasaan melayan karenah customer setiap hari.

Terinspirasi sungguh.
Semoga saya juga bakal menyertai mereka tidak lama lagi. Aamiin.

Alhamdulillah,
Sy sendiri walau tak banyak pencapaian yg memberangsangkan, saya juga tak nak terlepas dari memanjatkan kesyukuran buat Allah, Tuhan yg sentiasa Mendengar setiap rintihan & permohonan dari diri ini.

Mulakan dengan bersyukur pada yg sedikit, in shaa Allah, Dia akan Tambahkan lagi.

Antara yg dapat saya syukuri adalah, Dia dah Makbulkan permintaan saya

  • yg ingin bebas memiliki kewangan sendiri setiap bulan &
  • mampu komited membantu suami utk perbelanjaan kami sekeluarga. Bil air, elektrik dah jadi komitmen bulanan saya.
  • untuk mengeluarkan belanja tambahan anak-anak mcm kelas agama/ buku latihan tambahan

Alhamdulillah juga,
Boleh memberi secara konsisten kpd kedua mak ayah & ibu di kampung. Ada ketikanya mereka segan nk terima wang, sy istiqamah memastikan bekalan suplemen buat mereka setiap bulan wajib dipenuhi.

Bulan ni saya nk dpt lebih lagi. Target closing mac adalah 2 kali ganda closing feb yg baru berlalu.

Sy nak bantu lebih ramai yg ingin tingkatkan kesihatan mereka.

Ramai yg confuse antara suplemen & ubat. Saya nk educate lebih ramai org utk faham hakikat suplemen adalah utk menyihatkan bukan ubat utk merawat.

Utk cycle 2017/18 yg bakal bermula pada April 2017 ke atas, sy target utk melahirkan sekurang-kurangnya 2 leader yg berjaya capai 4 angka bonus tiap bulan. Tak dapat sama nilai mcm sy pun tak apa, asalkan boleh lebih lagi dr apa yg sy dh dpt sebelum-sebelum ni.

Saya tak pernah lagi jejak ke pulau borneo @ malaysia timur.

Anak-anak pula, Auni & Lutfi belum pernah merasa naik flight.

Target terdekat adalah nak hadiahkan diri sendiri n family tiket penerbangan pergi balik ke Sabah

muhasabah diri

Membuak-buak rasa nak backpackers. Nak belajar managed bercuti dengan kelengkapan yg ala kadar & sgt bersederhana. Maklumlah sblm ni kalau balik kmpung je penuh bonet dgn barang. Kali ni apa kata 4 hari 3 malam, backpackers 5 beranak pula. Mesti menarik & jd kenangan yg terindah kan

Anda yg membaca,
Doakanlah impian saya ini tercapai, ya  🙂

In shaa Allah tabung travel semakin penuh. Tak sabar nk booking tiket secepat yg mungkin.

Sekian sajalah catatan muhasabah diri saya untuk tahun ni.. hihi.. Terima kasih sudi baca  😆

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge