makan tengahari di kuantan

Makan Tengahari Di Kuantan | Aneka Lauk Nasi Campur Sedap Sekitar Kuantan

Kami jarang-jarang sangat makan tengahari di sekitar Kuantan.

Sebabnya, tiap kali balik Kemaman, Terengganu, rumah ibu mertua, ibu akan bekalkan kami dengan nasi dan lauk-pauk. Bukan saja jimat, malah sedap pula tu.. huhu.. Kompem lah tak cari kedai makan kan?

Kebetulan, ketika kami balik singgah sekejap Kemaman, esoknya dah gerak balik Skudai. Memang agak sekejap menyinggah, jadi taknak susahkan sesiapa.

Dalam perjalanan balik Skudai tu, kami putuskan untuk singgah makan tengahari di Kuantan.

makan tengahari di kuantan

Makan Tengahari Di Kuantan | Lokasi Tempat Makan Sedap Di Kuantan

Ok nampak best tak tajuk ?

Hahaha, harap best lah. Tengah tulis ni, air liur dah menitik juga. Teringat balik kesedapannya. Nak tau tak apa yang best?

Aneka Lauk Nasi Campur

Sebab tengahari kan, orang Malaysia rata-rata suka makan nasi campur.

Tak terkecualilah kami, sekeluarga. Kat tempat kami singgah di Kuantan ni, ada aneka lauk, walaupun masa kami singgah tu dah jam 3 petang.

Antara lauk nasi campur yang ada kat warung ni adalah:

  • udang galah masak sambal
  • ikan bakar percik kuah putih (style Kelantan tu)
  • ayam goreng berempah
  • ayam kampung goreng
  • asam pedas
  • patin tempoyak
  • aneka sayur
  • aneka ulam-ulaman

ada lagi lauknya yang lain, tapi sebab dalam list tadi antara yang kami ambil/ terlihat, itulah saja yang tertulis.. hihi. Namun begitu, bila belek gambar ni, wah macam-macam lagi ada rupanya. Mungkin untuk makan petang/ order masakan panas.

makan tengahari di kuantan

Aneka Mi

Ingatkan laksa ada di negeri Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Johor & Sarawak je, rupa-rupanya kat Pahang pun ada.

Selain nasi campur & menu sedia ada seperti mi kari, kat warung ni ada juga menu baru seperti:

  • laksa Pahang
  • mi calong
  • lontong
  • nasi ayam

Warung Makan Sebelah Balai Polis Permatang Badak| Kedai Makan Lauk Banyak

makan tengahari di kuantan

Ni haa nama warung tu. Saya dapat namanya ni pun dari lokasi kitorang send kat group wasap family haritu. Check & buka balik melalui Google Maps, jumpa lah nama warung ni.

Lorong Permatang Badak Damai 13, Kampung Permatang Badak, Kuantan.

Atau paling mudah, rasanya, set untuk navigate Balai Polis Permatang Badak sebab warung ni terletak bersebelahan balai polis ini.

Waktu Operasi Kedai Makan Makan Tengahari di Kuantan Yang Lauk Banyak & Beraneka Jenis

Saya siap pergi depan-depan akak cashier tu, rasanya owner dia.

Sembang-sembang sket, “kul berapa kak, warung ni start buka? Kul berapa tutup?”

Buka seawal jam 7:00 -7:30 am sehingga petang

Maksudnya ada dari sarapan sampai makan tengahari. Kalau tengok tray lauk tu, boleh dikira dalam 20 tray jugaklah lauknya saja.

makan tengahari di kuantan

Harga?

Sangat OK bagi saya. Sedap, segar lauk pauknya.  🙂  😀

Kami ambil

  • 2 pinggan nasi
  • 1 ikan kembung bakar percik
  • 1 udang galah (RM7)
  • 1 ayam goreng berempah
  • ulam-ulam
  • sayur terung
  • air Milo ais
  • air limau ais

Total: RM25 saja

Kalau makan kat luar rumah, saya jarang pertikai harga, asalkan rasanya sedap, lauknya segar & menyihatkan serta mengenyangkan perut. Nak makan murah, sedap & lebih menyihatkan, silalah masak sendiri ya!

Semoga membantu carian anda. Silakan share jika bermanfaat  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge