Makan Tengahari Enak & Fresh Di Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih, Johor

Assalamu’alaikum. Hari ni nak share review tempat makan tengahari di sekitar daerah Johor Bahru ni.

Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih ni terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Yang mana baru first time tu, bolehlah teruskan membaca segala maklumat & review saya berkenaan kedai makan yang best ni. Manatau boleh ajak ramai-ramai makan tengah hari sama-sama suatu hari nanti.

:mrgreen:

Lokasi & Waktu Operasi Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih

Alamat Kedai Makan Rahmat ni:

No 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Boleh taip je kat Waze kalau nak senang.  🙂

kedai makan rahmat kg pasir putih

Kedai dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Jumaat tutup ya. Jangan datang hari Jumaat. hihi

Oleh kerana kedai makan ni hanya beroperasi untuk hidangan makan tengah hari saja, waktu operasi kedai makan ini adalah pada jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang.

kedai makan rahmat kg pasir putih

Tapi jika tiba-tiba korang datang dalam jam 3 petang pun, in shaa Allah ada lagi menunya.

Jika nak selamat, call dulu & buat tempahan…hihi

Ni nombornya: 07-2711770 atau 019-7408847

Alkisahnya, tempat makan ni dah 2 kali jugak kami sekeluarga datang. Itupun dengan rombongan group sahabat-sahabat dalam silat cekak pusaka hanafi ni la.

Apa yang best saya boleh simpulkan:

  • lauk yang segar dari laut
  • kedai makan ala-ala terapung di lautan
  • masakan simple kampung style

Menu Makan Tengahari Di Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih

Menunya memang simple.

Kalau tiap kali order tu, antara yang wajib ada:

  • nasi putih
  • ikan siakap fresh digoreng garing
  • udang fresh digoreng
  • kicap cicah
  • kuah gulai @ kari
  • sambal tempe & kacang
  • sayur goreng
  • buah-buahan pencuci mulut
  • air limau ais

Simple je kan menunya?

kedai makan rahmat kg pasir putih

Tapi bila makan ramai-ramai, memang berselera sangat. Seekor ikan siakap tu biasanya berbaloi untuk kongsi makan berempat dewasa. Kalau nak share 5 orang pun boleh sangat-sangat…hihi…

Harga Makan Tengahari Di Kedai Makan Rahmat

Biasanya setiap kali buat tempahan, kami akan order ikut hidang.

1 hidang dengan menu tadi, RM60.

Macam saya bagitau tadi, 1 hidang tu untuk 4 orang dewasa makan. Sebab diorang sediakan 1 hidang tu lengkap dengan 4 pinggan nasi.

Tapi kalau rasa sedap sangat & nak tambah nasi lagi, pun boleh. Sediakan jer bayaran tambahan.. hihi

Overall, memang puas hati.

Sambil-sambil makan, boleh tengok-tengok pemandangan laut. Angin pun sepoi-sepoi bahasa je tiap kali datang makan kat sini.

 

kedai makan rahmat kg pasir putih

kedai makan rahmat kg pasir putih

kedai makan rahmat kg pasir putih

kedai makan rahmat kg pasir putih

Apa lagi, bolehlah jadikan Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih ni destinasi tempat lunch untuk anda sekeluarga pula!

In shaa Allah bolehlah plan bawak mak ayah dari Kedah atau family ibu mertua dari Terengganu makan kat sini, bila-bila diorang ada nak datang Johor ni.

🙂

Semoga artikel ni memberi manfaat ya. Boleh share jika mahu.  😉

Yang Menulis:

SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

2 Responses

  1. Dyana Hassan says:

    Hi, saja blogwalking and komen sebab awk ada singgah blog saya masa sy buat GA dulu. Thanks ya! Btw, sedap nyaaa tgk lauk2 tu. Lapar ni.. hehe
    Dyana Hassan recently posted…Gaji Dah Masuk, Jom Shopping Dorothy Perkins!My Profile

  2. Hi.. salam perkenalan… mmg best. kena gi makan baru betul2 teringat2 smp skrg..
    ibu Uddin & Auni recently posted…Promosi Shaklee November 2015: Jom Lagi Sihat & Cantik!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.