makanan kecutkan cyst

Makanan Kecutkan Cyst & Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Cyst

Apabila disahkan mempunyai cyst, bertenang & semak balik semua pemakanan yang diambil. Tahukah kita, ada makanan yang boleh membantu cyst menjadi kecut atau tidak berulang tumbuh kembali?

7 Jenis Makanan Kecutkan Cyst

(1) Soya & Kekacang


Ada kajian mendapati bahawa, pengambilan 1 sajian soya dalam sehari membantu cyst dikecutkan. Pilih untuk ambil dari sumber non-GMO (bebas genetik terubahsuai). Produk soya ini sangat bagus untuk diamalkan:

  • susu soya
  • tempeh
  • miso
  • tofu

(2) Indole-3-Carbinol (I3C)

makanan kecutkan cyst

Makan lebih makanan yang kaya dengan sebatian I3C ini kerana ia boleh membantu menyingkirkan hormon yang berlebihan. Antara makanan yang kaya dengan I3C adalah:

  • Brokoli
  • Kubis bunga
  • Kubis
  • Brussel sprout

(3) Magnesium

Makanan yang kaya dengan magnesium membantu mengurangkan kekejangan akibat cyst ini. Antara makanan yang mengandungi tinggi magnesium adalah:

  • Badam
  • Pisang
  • Prune
  • Biji gajus
  • Brokoli

(4) Dandelion

Dandelion adalah sejenis herba yang menyokong kesihatan hati. Hati yang sihat membantu tubuh menyingkirkan hormon yang berlebihan.

(5) Asid Lemak Omega 3

Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 sangat membantu seimbangkan hormon di dalam badan. Antaranya adalah:

  • Flaxseed
  • MInyak ikan (salmon, ikan bilis, sardin, mackerel)
  • Biji rami

(6) Asid Lemak Omega 6

Terdapat kajian, asid lemak omega 6 seperti gamma linolenic acid terbukti membantu mengecutkan cyst

(7) Makanan Organik

Tukar bahan mentah dari sumber organik.

Selain hormon tumbesaran, sisa racun perosak juga antara yang boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Kupas semua sayur & buah sekiranya sumber dari bukan organik.

Elakkan Makanan Pencetus Cyst Ini

Selain berikhtiar mengambil makanan kecutkan cyst tadi, elakkan juga jenis-jenis makanan yang boleh membuat cyst bertambah besar ini.

(1) Gandum

makanan pencetus cyst
Gandum boleh bertindak balas dengan mineral seperti zink & magnesium. Kedua-dua mineral ini diperlukan untuk keseimbangan hormon & boleh mengelakkan kekejangan.

Cuba kurangkan penggunaan gandum dalam diet harian.

(2) Kaffein

Kaffein berkeupayaan mengganggu keseimbangan hormon. Antara sumber kaffein:

  • kopi
  • teh
  • coklat
  • minuman soda
  • minuman tenaga

(3) Gula

makanan pencetus cyst
Elakkan gula proses. Antara makanan yang kaya dengan gula proses (gula putih) adalah:

  • kek
  • pastry
  • biskut
  • gula-gula

 

Semoga ikhtiar kalian untuk mengecutkan cyst ini diPermudahkan & kesihatan juga semakin baik  🙂

 

Rujukan:

  1. Prescription Nutritional Healing: A Practical A to Z Reference to Drug Free Remedies Using Vitamins, Minerals, Herbs & Food Supplements, Phyllis A. Balch, Penguin Group, 2010
  2. Natural Treatment for Ovarian Cyst http://www.womens-health-advice.com/ovarian-cysts/natural-treatment.html

6 thoughts on “Makanan Kecutkan Cyst & Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Cyst”

  1. Pingback: Vitamin Bantu Kecutkan Cyst Yang Sesuai Buat Ibu Hamil - ProVide Network

  2. Pingback: Testimoni Kecutkan Cyst Tanpa Pembedahan. Ini Yang Mereka Lakukan. - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge