Makanan Pejal Pertama Bayi : Catatan Pengalaman Hari Pertama Lutfi Makan

Sebenarnya, tanda-tanda awal Lutfi dah mula nak makan tu dah ada dari beberapa minggu lepas lagi.

Tapi memandangkan ibu belum betul-betul bersedia & kalau boleh nak bagi Lutfi almost berumur tepat 6 bulan baru makan, maka, hari inilah hari pertama Lutfi boleh mula makan.

Makanan pejal pertama bayi untuk Lutfi yang saya buat hari ni adalah puri pisang.

Makanan Pejal Pertama Bayi: Lutfi Suka Betul Makan

As espected, memang Lutfi dah nak makan. Suap semangkuk puri 1 biji pisang ni, habis licin dimakannya.

makanan pejal pertama bayi

Saya ada belek makanan seperti biskut bayi kat supermarket baru-baru ni. Boleh dikatakan hampir semua makanan bayi segera yang dijual mengandungi gula tambahan.

Yang terbaik, biarlah bayi kita mengambil makanan pejal pertama yang asli. Tiada gula tambahan.

Selain untuk mengelakkan bayi menjadi choosy & cerewet, gula & garam tambahan tidak baik untuk buah pinggang & organ dalaman bayi.

Maka, walau sesibuk mana pun saya, saya tetap nak buat sendiri makanan untuk Lutfi.

Cara Buat Puri Untuk Bayi 6 Bulan

Nak buat puri untuk bayi ni senang sangat. Hanya perlukan bahan mentah seperti buah pisang/ buah pear/ buah epal/ sayur labu/ kentang/ lobak merah & pelbagai lagi.

Peralatan lain seperti

  • periuk kecil untuk merebus/ mengukus
  • pengisar
  • penapis makanan

1) Rebuskan buah/sayur dalam air yang sedikit. Air agak-agak cukup untuk bagi buah/sayur tu lembut & masak.

2) Selepas sejuk, kisar makanan yang direbus tadi. Saya ambik sikit je air dari rebusan tadi. Agak-agak puri tak pekat sangat, tak cair sangat.

makanan pejal pertama bayi

3) Tapis sehingga halus

makanan pejal pertama bayi

4) Sedia untuk disuap

Gajet Untuk Membuat Makanan Bayi

Saya guna pengisar tangan jenama Philips ni.

Pertama kali beli & guna sejak dah ada 3 orang anak. Sebelum beli, saya ada juga buat tinjauan dengan rakan-rakan FB bertanyakan yang mana lagi berbaloi dibeli

Baby Food Maker @ Hand Blender?

Semua rakan FB saya pakat memilih hand blender. Katanya lagi jimat & berbaloi untuk kegunaan lain & jangka masa panjang.

Yup, memang betul.

Memang berbaloi beli hand blender tu. Harganya dalam RM245 camtu. Harga baby food maker pula sekitar RM200 – RM400 bergantung pada brand.

Philips 4 in 1 hand blender ni saya dah guna untuk buat nugget homemade, buat kek cawan & buat puri juga. Next time boleh buat smoothie buah la pulak!

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge