makanan pencetus fibroid

Makanan Penyebab Fibroid | Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Fibroid

Walaupun fibroid tidak sebahaya seperti cancer/ barah, namun ada keadaan tertentu, sekiranya fibroid semakin kerap berulang & membesar sehingga mengakibatkan pendarahan yang serius berpanjangan, pembedahan buang rahim adalah pilihan yang paling selamat.

Untuk wanita yang masih berusaha untuk mendapat anak, pastinya buang rahim adalah jalan terakhir.

Sebab itu, sekiranya, kita telah mendapat tanda-tanda fibroid & masih berpeluang untuk pilih jalan mengawalnya dari terus membesar melalui menjaga pemakanan, kenapa tidak kan?

7 Makanan Penyebab Fibroid

Actually, punca fibroid bukanlah ada yang solid. Banyak faktor mempengaruhi.

Seperti yang kita sedia maklum, wanita yang belum berkahwin & belum pernah beranak terutama di umur 30-40 an adalah antara yang paling berisiko untuk dapat fibroid ni sebab hormon estrogen memang rancak dirembeskan terutama sepanjang tempoh kedatangan haid ini.

makanan penyebab fibroid

Selain disebabkan pendedahan lampau hormon estrogen dalam badan wanita itu sendiri, makanan tertentu boleh menyebabkan fibroid yang kecil menjadi besar.

(1) Makanan Pencetus Fibroid – Daging Merah

Daging merah adalah antara makanan yang boleh mencetuskan keradangan dalam tubuh kita. Cuba elakkan mengambil daging merah.

Pilih untuk lebih ambil protein dari ikan atau ayam (yang terbaik, ayam organik) sahaja.

(2) Makanan Pencetus Fibroid – Makanan Proses

Elakkan pengambilan makanan proses seperti sosej, nugget, french fries kerana mengandungi banyak kimia pengawet.

(3) Makanan Pencetus Fibroid – Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng mengandungi tinggi asid lemak trans yang boleh meningkatkan lagi keradangan dalam badan.

(4) Makanan Pencetus Fibroid – Hasil Tenusu

makanan penyebab fibroid

Sebarang makanan yang tinggi lemak tepu seperti hasil tenusu haruslah dielakkan.

Hasil tenusu antara makanan yang tinggi dengan lemak tepu, bersifat asid dalam badan serta boleh mencetuskan keradangan.

Lemak tepu dapat meningkatkan paras kolesterol dalam darah serta mengganggu dalam peredaran darah yang lancar.

Memandangkan perlu berpantang hasil tenusu, dapatkan kalsium dari sumber suplemen seperti Ostematrix

(5) Makanan Pencetus Fibroid – Gandum & Hasilnya

Elakkan roti & pasta hasil dari gandum ini. Gandum juga antara yang boleh mencetuskan keradangan.

(6) Makanan Pencetus Fibroid – Sayur & Buah Bukan Organik

Kenapa buah & sayur?

Bukankah ini makanan yang sihat? Ya, buah & sayur adalah antara sumber makanan yang sihat, namun jika bukan dari sumber organik, ia terdedah pada xeno-estrogen, sisa kimia racun perosak.

Xeno-estrogen boleh meningkatkan radang dalam tubuh kita seterusnya boleh mencetuskan pembesaran fibroid.

Pilih buah & sayur dari sumber organik adalah yang terbaik atau ikhtiar mencuci sebersihnya sayur & buah kita sebelum dimakan.

(7) Makanan Pencetus Fibroid – Makanan Tinggi Kalori

Makanan tinggi kalori boleh jadi dari mana-mana sumber yang kurang menyihatkan. Contohnya mengandungi banyak gula, garam & lemak.

Gula putih adalah antara bahan yang paling utama meningkatkan radang dalam tubuh. Cuba gantikan gula putih dengan manisan organik & kawal penggunaannya.

Pilih untuk menyemak label pemakanan & cuba untuk ikhtiar masak sendiri secara Eat Clean.

Semoga info ini bermanfaat 🙂

pengedar Shaklee Skudai


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “Makanan Penyebab Fibroid | Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Fibroid”

  1. Pingback: Kenali Fibroid & Cara Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge