makanan penyembuh penyakit

3 Jenis Makanan Penyembuh Penyakit Yang Membantu Meningkatkan Kesihatan

Terdapat kajian (New England Journal of Medicine) mendapati, mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seawal usianya, berpotensi untuk hidup lebih lama.

Dengan menggantikan 1 sajian daging merah / makanan yang diproses kepada 1 sajian kekacang, dapat mengurangkan 17% risiko terhadap kematian pramatang.

Ada beberapa jenis makanan penyembuh penyakit yang dikaji terbukti membantu meningkatkan tahap kesihatan.

makanan penyembuh penyakit

3 Makanan Penyembuh Penyakit Yang Terbukti Meningkatkan Kesihatan

(1) Kale

Saiz sajian yang disyorkan: 1/2 cawan @ 59gm dimasak.

Kale atau kailan, dikatakan dapat meningkatkan kesihatan:

  • mata
  • penyakit jantung
  • penyakit yg melibatkan kesihatan tulang

Kale kaya dengan carotenoids, termasuklah lutein & zeaxanthin. Semua nutrien ini sangat membantu meningkatkan kesihatan mata.

Kale juga kaya dengan

  • vitamin C – membantu meningkatkan kesihatan imun
  • magnesium – kesihatan tulang
  • vitamin K – sel pembuluh darah
  • vitamin B (folate) – kesihatan otak

(2) Kekacang

Sajian yang disyorkan: 1/4 cawan (28gm)

Kekacang dikatakan dapat menghindari dari masalah:

  • penyakit jantung
  • kolesterol tinggi
  • kekurangan tenaga
  • sembelit
  • anemia
  • diabetes
  • sangat kurus

Kekacang adalah antara sumber yang bagus untuk membekalkan lemak sihat & juga protein. Bergantung pada jenis kekacang, ia juga mengandungi serat, kalsium & juga magnesium.

Dikalangan semua jenis kekacang, walnut adalah kacang yang paling tinggi kandungan antioksidan.

(3) Ikan Salmon

Saiz sajian yang disyorkan: 85gm

Ikan salmon dikaji dapat meningkatkan kesihatan:

  • fungsi otak
  • masalah stroke
  • keradangan
  • penyakit jantung
  • Rheumatoid arthritis

Ikan salmon dari sumber mana-mana pun (diternak/ liar/ segar/ sejukbeku/ ditinkan) masing-masing didapati kaya dengan protein, Omega 3, vitamin B, vitamin D, vitamin A & selenium.

Kandungan Omega 3 yang terkandung di dalam ikan salmon, dikaji dapat menyokong

  • kesihatan otak & kesihatan mata
  • mengurangkan risiko penyakit jantung & depression
  • kesihatan kulit
  • mengurangkan keradangan
  • meningkatkan kesihatan imun

Wanita hamil yang mengambil makanan laut 2-3 sajian setiap minggu, dikaji berpotensi melahirkan bayi yang mempunyai fungsi perkembangan otak yang paling optimum termasuklah meningkatkan IQ.

Semoga bermanfaat. Jemput kongsi pada yang memerlukan info ini.

Rujukan:

  1. Reader’s Digest; February 2020.

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge