makanan tinggi purin

Makanan Tinggi Purin & Contoh Makanan Yang Membahayakan Pesakit Gout

Seperti perkongsian sebelum ini, pesakit gout terpaksa berpantang tidak boleh makan makanan yang tinggi kandungan purin.

Dr Anya pesan,

Dalam banyak-banyak kategori makanan berpurin,

  • Pesakit gout sebenarnya boleh makan makanan rendah purin sahaja.
  • Kurangkan pengambilan makanan sederhana purin, Makan hanya ketika terpaksa.
  • Elak terus makanan tinggi purin

Kenapa Makanan Tinggi Purin Bahaya Untuk Pesakit Gout

makanan tinggi purin

Kita kena faham, hampir semua makanan terutama sumber protein mengandungi purin. Purin ni sebenarnya ada fungsi dia yang baik untuk badan.

Metabolisme purin dalam badan menghasilkan asid urik yang fungsi utamanya adalah sebagai antioksida yang melindungi salur darah dari pengoksidaan.

Namun, asid urik yang berlebihan dalam darah akibat dari pengambilan banyak makanan yang tinggi purin/ makan secara berlebihan boleh mengakibatkan:

  • penyakit jantung
  • penyakit buah pinggang
  • masalah metabolisme dalam badan

Di Jepun, UK & USA, saranan pengambilan sumber purin dalam sehari adalah tidak melebihi 400 mg purin bagi mengelakkan risiko berlakunya gout.

Sebab tu jugak, dalam pemakanan harian, kita kena bersederhana & pelbagaikan makanan walaupun dari kategori makanan sederhana purin jika nak elak dari risiko dapat gout ni.

Contoh Makanan Tinggi Purin Yang Patut Dielakkan Pesakit Gout

Makanan tinggi purin adalah makanan yang mengandungi lebih 150 mg purin setiap 100 gm berat timbangan.

Kandungan purin dalam senarai makanan ini adalah berdasarkan berat 100 mg, yang dikaji oleh para penyelidik di Jepun sekitar tahun 2014.

(1) Ikan bilis (1,108.6 mg purin)

(2) Ikan sardin segar (210.4 mg purin)

(3) Ikan mackerel (tenggiri) segar

  • Jack mackerel (165.3 mg purin)

(4) Ikan tuna @ tongkol/ aya/ kayu segar (157.4 mg purin)

(5) Organ Dalaman Haiwan

  • Hati lembu (219.8 mg purin)
  • Buah pinggang lembu (174.2 purin)

(6) Daging angsa/itik

(7) Kekacang yang dikeringkan

  • Tofu yang dikeringkan secara freeze dried (293.1 mg purin)
  • Kacang soya yang dikeringkan (172 mg purin)

(8) Cendawan shitake – kering (379.5 mg purin)

(9) Ketam (152.2 mg purin)

Contoh Makanan Sederhana Purin (Makan Bila Terpaksa Sahaja)

Makanan sederhana purin :

  • mengandungi sekitar 50 – 150 mg purin untuk setiap 100mg berat timbangan.
  • hadkan pengambilan (suku pinggan) & makan bila terpaksa sahaja.

(1) Daging merah

  • lembu – topside (110.8 mg purin)
  • lembu – tenderloin (98.4 mg purin)
  • lembu – tulang rusuk (77.4 mg purin)
  • kambing (96.2 mg purin)

(2) Ayam (terbaik tanpa kulit)

  • dada ayam (141.2 mg purin)
  • peha ayam (122.9 mg purin)
  • kepak ayam (137.5 mg purin)

(3) Ikan tuna dalam tin (116.9 mg purin)

(4) Ikan (selain yang disenaraikan sebagai makanan tinggi purin)

(5) Pelbagai jenis makanan laut

makanan tinggi purin
scallop
  • Clam @ kerang (145.5 mg purin)
  • Scallop @ kepah (76.6 mg purin)
  • Sotong (59.6 mg purin)

(6) Asparagus (55.3 mg purin)

(7) Kobis bunga (57.2 mg purin)

(8) Cili hijau (69.2 mg purin)

(9) Daun bayam (51.4 gm purin)

(10) Brokoli (70 gm purin)

 

 

Baca lanjut:

Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Gout

Suplemen Yang Bagus Untuk Diamalkan Pesakit Gout

Rawatan Intensif Untuk Pesakit Gout

Rujukan:

  1. Dr Anya Tay, member of SAHAMM (Society for Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine, Malaysia)
  2. Purine List http://www.best-gout-remedies.com/purines-list.html
  3. Total Purine In Food https://www.jstage.jst.go.jp/article/bpb/37/5/37_b13-00967/_pdf

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge