Makanan Baik Untuk Pesakit Gout Yang Rendah Purin & Bagus Untuk Dimakan

Kesian pesakit gout.

Jika dilihat dari senarai makanan tinggi purin & sederhana purin,macam banyak je makanan yang sedap-sedap tak boleh dimakan.

Namun, sebenarnya masih ada makanan untuk pesakit gout yang masih boleh diambil & bagus pula untuk diamalkan.

Makanan Baik Untuk Pesakit Gout Adalah Makanan Yang Rendah Purin

Selain boleh mengambil makanan sederhana purin dalam jumlah yang sangat terkawal (apabila terpaksa sahaja), makanan untuk pesakit gout adalah makanan yang mengandungi rendah purin.

makanan untuk pesakit gout

Makanan kategori rendah purin adalah yang mengandungi kurang 50 mg purin dalam setiap 100 mg berat timbangan.

Kandungan purin dalam senarai makanan ini adalah berdasarkan berat 100 mg, yang dikaji oleh para penyelidik di Jepun sekitar 2014.

(1) Telur (0 mg purin)

(2) Susu (0 mg purin)

(3) Keju (5.7 mg purin)

(4) Semua buah-buahan

  • Pisang (3.0 mg purin)
  • Strawberi (2.1 mg purin)

(5) Isoflavone soya (7.9 mg purin)

(6) Beras/ nasi  (30.3 – 40.3 gm purin)

(7) Kacang peas – dalam tin (21.9 gm purin)

(8) Susu soya (25.8 mg purin)

(9) Cendawan shitake – mentah (20.8 mg purin)

(10) Barley (44.3 mg purin)

(11) Semua sayur-sayuran (kecuali yang disenaraikan dalam makanan sederhana & tinggi purin)

 

Makanan Baik Untuk Pesakit Gout Dari Sumber Beralkali

Dr Anya share lagi, makanan beralkali adalah antara yang membantu asid urik dalam badan dapat dilarutkan dengan lebih mudah untuk disingkirkan melalui air kencing.

(1) Kombu (100 gm = 46.4 mg purin)

makanan baik untuk pesakit gout

  • sejenis seaweed (rumpai laut) kering dari Jepun
  • biasanya direndam masuk dalam miso sup/ sup
  • boleh juga direbus & dihiris campur bersama minyak bijan & dibuat sebagai salad

(2) Cuka Jus Epal (Apple Cider Vinegar)

  • boleh minum 1-2 sudu besar setiap hari secara terus/ bancuh dalam air sejuk
  • amalkan 2-3 kali sehari

(3) Alfalfa Sprout

  • amalkan 1-3 sajian sehari

(4) Burdock Root

  • Bagus untuk proses detoksifikasi & mencuci darah
  • Jadikan teh & minum untuk alkalikan tubuh.

Semoga info ini bermanfaat  🙂

Rujukan:

  1. Dr Anya Tay, member of SAHAMM (Society for Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine, Malaysia)
  2. Purine List http://www.best-gout-remedies.com/purines-list.html
  3. Total Purine In Food https://www.jstage.jst.go.jp/article/bpb/37/5/37_b13-00967/_pdf



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

  1. September 3, 2017

    […] gout sebenarnya boleh makan makanan rendah purin […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.