cinch tea

Manfaat & Kelebihan Cinch Tea – Teh Hijau Shaklee

Untuk semua penggemar teh, anda mesti cuba & nikmati sendiri keunikan rasa teh hijau Shaklee Cinch Tea ni.

Pertama kali saya mula rasa teh seumpama adalah ketika dinner tingkatan 5 sekolah dulu. Kami dihidangkan Chinese food. Itulah pertama kali saya merasa teh tanpa gula (chinese tea) 🙂

Rasa Cinch Tea

Cinch tea Shaklee rasanya seperti teh cina dengan rasa buah (hadir semulajadi dari daun-daun teh tersebut).

Rasa teh hijau Cinch Tea adalah sangat unik & enak (tak perlu tambah gula) kerana gandingan 3 jenis teh utama di dalamnya.

Khasiat Cinch Tea Shaklee

cinch tea

  • membantu meningkatkan metabolisme tubuh
  • membantu dalam menurunkan berat badan (ada dalam Set Kurus Premium Shaklee
  • kaya dengan antioksidan (polifenol)
  • membantu meningkatkan imuniti (sistem pertahanan badan)
  • meningkatkan daya tumpuan
  • meningkatkan daya peka
  • membantu meningkatkan tenaga

Saya sendiri dah alami kesan Cinch Tea untuk daya peka & tenaga tu.

Saya pernah ambil 1 sacet sepanjang drive sendiri ke Melaka dari Skudai, Johor. Sepanjang hari tu, kami (saya, ibu mertua, adik ipar & 2 anak kecil saya) berjalan-jalan dalam Zoo Melaka yang luas & bergerak ke River Cruise pula.

Jam 8 pagi sehingga jam 1 pagi esoknya saya masih stay awake sebab saya drive sendiri sepanjang perjalanan.

Ramuan Dalam Cinch Tea

Cinch tea bukan sekadar teh hijau seperti di pasaran tu. Ia ada lebih dari sekadar teh hijau. Kandungan & ramuan dalam cinch tea:

  • Serbuk teh hijau Matcha (Camellia sinensis)
  • Ekstrak teh putih (Camellia sinensis)
  • Ekstrak teh merah Rooibos (Aspalathus linearis)
  • Taurina

Manfaat Teh Hijau Dalam Cinch Tea

Teh hijau (Camellia sinensis) adalah tumbuhan liar yang telah berkurun lama hidup di Asia Timur serta menjadi tumbuhan tradisi yang bermanfaat untuk kesihatan masyarakat di Asia sejak beribu tahun dahulu.

Daun teh kaya dengan sebatian polifenol seperti flavanols (epigallocatechin gallate @ EGCG, dikenali sebagai catechins), flavandiols, flavonoids & asid fenolik.

Selepas dituai, daun-daun teh ini dibersihkan & diekstrak, kemudian dipekat & dikeringkan mengikut piawaian dalam sebatian yang ingin digunakan.

Manfaat Teh Putih Dalam Cinch Tea

Teh putih adalah dari spesis yang sama seperti teh hijau & teh hitam (Camellia sinensis)

Bezanya teh putih ini adalah:

  • daunnya dipetik & dituai sebelum daunnya matang
  • ketika ia dituai, putik daun ini masih lagi diselaputi rerambut putih yang halus
  • pucuk daun teh ini distim segera untuk mengelakkan dari teroksida & terus dikeringkan
  • rasanya lebih halus & manis berbanding daun teh hijau
  • mempunyai khasiat polifenol yang sama tapi dalam jumlah yang lagi banyak.

Manfaat Teh Merah Rooibos Dalam Cinch Tea

cinch tea

Teh Merah Rooibos (Aspalathus linearis) adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh liar hanya di Cedarburg Mountain (di Africa Selatan).

Teh merah ini telah digunakan secara tradisi sejak 300 tahun yang dulu oleh masyarakat kaum Khoikhoi di sana.

Rooibos (sebut sebagai “roy boss”) adalah sempena perkataan Dutch yang membawa maksud belukar merah. Nama ini diberi kerana warna daunnya yang merah ketika teh ini dituai.

Untuk mendapatkan teh merah ini, daun & batang tehnya dibersihkan, diekstrak serta dipekatkan & dikeringkan.

Teh merah Rooibos mempunyai rasa yang lembut, manis-manis buah & kaya dengan antioksidan dari polifenol.

Manfaat Taurina Dalam Cinch Tea

Taurina (taurine) adalah sejenis sebatian asid amino sulfur yang diformulasikan dari beberapa sebatian biokimia termasuk sodium sulfite yang ditulen & dikeringkan menjadi serbuk putih.

Sumber utama taurina yang digunakan adalah dari daging & ikan.

Taurina juga dihasilkan semulajadi dalam tubuh kita & berfungsi sebagai antioksidan, detoksifikasi & keseimbangan membran sel.

Ia juga adalah komponen dalam Glucose Regulation Complex.

Manfaat Utama Taurina

Dari hasil kajian, taurina terbukti membantu meningkatkan daya peka & aras tenaga.

Berminat nak dapatkan Cinch Tea Shaklee ini?

Boleh terus klik gambar di bawah untuk beli direct di website HQ Shaklee menggunakan kad debit/ kad kredit tanpa caj tambahan.

cinch tea

Perlukan bantuan?

Atau berminat nak beli pada harga lebih jimat & untung dengan mendaftar keahlian Shaklee?

Boleh hubungi saya di 019-7646021 atau klik terus untuk wasap saya

pengedar Shaklee Skudai

 

Rujukan:

  1. http://www.rooibostea.com/history-of-rooibos-tea.php



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “Manfaat & Kelebihan Cinch Tea – Teh Hijau Shaklee”

  1. Pingback: Senarai Produk Untuk Atlet | Vitamin Untuk Atlet Kekal Cergas Tanpa Steroid | Atlet Malaysia Powered By Shaklee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge