marrybrown

Marrybrown | MB Makan dan Menang KawKaw 2019 Prize Giving Ceremony

Alhamdulillah selesai dah event besar yang sangat happening tadi.

Saya dan beberapa rakan blogger sempat meluangkan masa untuk hadir memeriahkan lagi acara kemuncak restoran makanan segera Marrybrown yang baru saja berlangsung di HQ mereka di sekitar Johor Bahru sini.

marrybrown
Founder Marrybrown: Dato’ Lawrence Liew & Datin Nancy Liew

Contest Marrybrown MB Makan Dan Menang Kawkaw 2019

Tahun lepas, saya ada jugak perasan pasal contest makan & menang kawkaw yang pihak Marrybrown ada buat tu. Kita beli any meal berjumlah RM25 dalam satu resit, lepas tu akan dapat 1 kod unik. Kod unik ni kita kena update masuk dalam website rasmi Marrybrown.

Contest ini berlangsung dari 29 November 2019 hingga 12 Januari 2020. Sepanjang 6 minggu pertandingan ini berlangsung, pihak Marrybrown telah berbesar hati menyediakan hadiah-hadiah buat 1300 pemenang bertuah seluruh Malaysia, dengan sejumlah RM380,000.00. Fuh, best giler kot!

Nak tahu tak, best giler hadiah yang diorang offer. Berikut hadiah-hadiah yang pihak Marrybrown sediakan sepanjang contest makan dan menang kawkaw ini berlangsung.

1 x Grand prize: Proton X70

6 x wang tunai RM10,000

6 x 65″ LG UM series (bernilai RM4,090 setiap satu)

12 x GoPro Hero 8 (bernilai RM1,800 setiap satu)

12 x Vivo V17 Pro (bernilai RM1,699 setiap satu)

18 x Sony Earphone WF1000xm3 (bernilai RM949 setiap satu)

120 x wang tunai RM500

1200 x baucer Marrybrown (bernilai RM50 setiap satu)

Senarai Pemenang Hadiah Utama Contest Marrybrown MB Makan Dan Menang Kawkaw 2019

marrybrown
Pemenang Grand Prize Proton X70: Muhammad Muzamil Bin Jailani

Mesti u olls excited nak tahu siapa yang menang hadiah-hadiah utama contest Marrybrown ni kan?

Ok, berikut adalah senarai pemenang hadiah utama yang dipanggil naik ke pentas dalam upacara kemuncak di Marrybrown HQ di Johor Bahru yang berlangsung semalam.

  • Grand Prize – Proton X70: Muhammad Muzamil Bin Jalani
  • Pemenang Wang Tunai RM10,000: Kamarulzain Bin Ramli
  • Pemenang Wang Tunai RM10,000: Qutrinnada Binti Ibni Hajar
  • Pemenang Wang Tunai Rm10,000: Mohd Khairudin Bin Kamal
  • Pemenang Wang Tunai RM10,000: Siti Hajar Nor Ainni Binti Abdullah Hassim
  • Pemenang Wang Tunai RM10,000: Ahmad Nabil Nashrullah Bin Nablan

Best giler kot!

Tahniah untuk semua para pemenang! Tahun ni raya meriah lah masing-masing. Balik kampung dengan kereta baru, baju raya berpasang-pasang, duit raya kepuk-kepuk gittuew!

Yang tak berjaya menang, boleh cuba lagi di masa-masa akan datang.

Sejarah Marrybrown & Penubuhan di Malaysia Serta Di Dunia

Masa sesi Dato’ Joshua Liew (CEO Marrybrown) berucap, barulah tahu, yang Marrybrown ni sebenarnya dah lama bertapak kat Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1981, Marrybrown bermula sebagai restoran makanan segera halal Malaysia yang pertama dengan penubuhan outlet kecil di Johor Bahru. Sehingga ke hari ini, terdapat 500 outlet berjaya dibuka di seluruh dunia, di 16 buah negara, termasuklah yang terkini adalah di Sweeden.

Contest makan dan menang kawkaw ni adalah antara acara tahunan yang dibuat sejak 2017 lagi.

Next time, bila ada lagi contest ni dianjurkan, cepat-cepat join tau! Menu Marrybrown yang biasa jadi kegemaran kami adalah bubur ayam, nasi ayam & nasi lemak Marrybrown.

Info lanjut tentang Marrybrown & lain-lain event, layari pautan berikut:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge