fibroid

Masalah Fibroid Di Kalangan Wanita : Ketumbuhan Yang Boleh Menjejaskan Kesuburan

Ketika saya bekerja di sebuah kilang pembuatan komponen barang elektrik, saya ada mengenali seorang kakak yang mempunyai ketumbuhan fibroid ini.

Setiap bulan beliau pasti ambil MC & mengalami pendarahan yang banyak. Malangnya ketika itu saya tak mampu bantu kakak ini dengan apa-apa cadangan cara kecutkan fibroid beliau melainkan keep on bagi kata-kata positif & ziarah beliau di hospital.

Semoga entri ini dapat membantu lebih ramai mereka yang mengalami masalah yang sama.

Masalah Fibroid : Apa Itu Fibroid?

masalah fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan yang tidak normal di dalam rahim. Ia boleh terbentuk secara tunggal atau berkumpulan dengan sekecil saiz sebiji kacang peas sehinggalah sebesar buah limau gedang.

Fibroid yang bersaiz kecil kebiasaannya tidak memberi masalah.

Namun, fibroid yang bersaiz besar boleh mengganggu kitar haid & menjejaskan fungsi kesuburan.

Simptom &Tanda Fibroid Membesar

Kebanyakan fibroid kecil tidak menunjukkan simptom. Sebaliknya, fibroid yang sedang membesar kebanyakkannya akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

  • pendarahan haid yang berlarutan
  • sakit pada abdomen ketika datang haid (dysmenorrhoea)
  • pendarahan yang teruk ketika datang haid (menorrhagia)

fibroid

Untuk ketahui lebih tepat, segeralah ke klinik berhampiran untuk buat ultrasound & pemerksaan doktor yang lengkap.

Kesan Akibat Fibroid Yang Membesar

  • Anemia
  • Kerap kencing
  • Sukar untuk hamil
  • Keguguran yang berulang
  • Fetus berada dalam posisi yang abnormal (bagi ibu hamil yang ada fbroid)

Punca Fibroid

Punca sebenar yang dapat dibuktikan melalui kajian penyelidikan, tidak diketahui.

Fibroid tidak berlaku sebelum baligh.

Tapi fibroid boleh bermula selepas penghasilan estrogen & berhenti membesar selepas menopause.

Fibroid juga boleh membesar sejajar dengan peningkatkan kehadiran hormon estrogen seperti ketika hamil & sepanjang pengambilan ubat perancang/ terapi penggantian hormon.

3 Cara Atasi Fibroid

Hampir kebanyakan rujukan, mengesyorkan amalan pemakanan sihat & seimbang diamalkan setiap hari.

(1) Antioksida & Serat Larut

Antioksida boleh didapati dari makanan mentah yang berwarna warni seperti sayur hijau gelap, tomato, buah-buahan.

Serat larut dalam buah-buahan juga membantu mengecutkan fibroid.

Namun disebabkan makanan kita pada hari ini semakin susut nutrisinya, ambil buah-buahan & sayur dari sumber organik manakala pengambilan suplemen dari sumber semulajadi adalah sangat disarankan.

Cara Kecutkan Fibroid Tanpa Ubat

(2) Elak Makanan Tinggi Gula & Lemak

Gula & lemak adalah makanan kepada berlakunya kesan oksidatif dalam badan. Ia hanya akan menambahkan lagi risiko fibroid untuk membesar.

(3) Elakkan Stress Yang Melampau

Kajian menunjukkan ketika stress, hormon kortisol dirembeskan.

Kehadiran hormon kortisol ini didapati boleh mencetuskan penghasilan tisu lemak. Tisu lemak yang banyak boleh meningkatkan tumbesaran fibroid.

Maka, bersenamlah & lakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti yoga, berjalan atau berjoging bagi mengawal masalah stress kita.

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “Masalah Fibroid Di Kalangan Wanita : Ketumbuhan Yang Boleh Menjejaskan Kesuburan”

  1. Pingback: Cara Kecutkan Fibroid Dengan Selamat - Ikhtiar Kandungan Tidak Gugur Lagi - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge