Saya sendiri ketawa juga bila attend kelas Dr Anya Tay ni, bila doktor sebut penyakit gout ni adalah antara the disease of king..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1815054785189813&set=t.100000559261739&type=3&theater
Ya, kata doktor, dulu orang-orang kaya saja yang biasanya dapat masalah gout ni.
Sebabnya, masa tu orang-orang kaya je yang makan banyak sangat makanan yang kaya dengan purin ni.

Apa Itu Masalah Gout & Bagaimana Ia Berlaku
Gout adalah salah satu penyakit arthritis yang mengalami keradangan pada sendi berpunca dari asid urik yang berlebihan dalam badan.
Ada 2 sebab utama asid urik boleh jadi tinggi dalam darah:
- Penghasilan asid urik yang tinggi dari organ hati
- Organ perkumuhan (buah pinggang) & usus tidak dapat membuang asid urik ni sepenuhnya
Apabila mana-mana kedua-dua sebab di atas ni terjadi, asid urik jadi berlebihan dalam darah, seterusnya menyebabkan berlaku 4 masalah ini:
- Pembentukan kristal dari asid urik yang baru
- Pelarutan kristal asid urik yang lama
- Sendi jadi terhakis
- Organ dalaman rosak
Yang seterusnya mencetus kepada sakit gout.
Simptom & Cara Mengesan Masalah Gout
Ada 4 kriteria, yang bila ada sekurang-kurangnya 2 daripada 4 kriteria ini, pesakit itu confirmed ada masalah gout ni.
Antaranya:
- Terdapat sekurang-kurangnya 2 siri serangan sendi yang sakit membengkak & sembuh dalam tempoh 2 minggu.
- Ibu jari kaki membengkak
- Kehadiran tophi
- Rasa sakit sembuh dalam masa 48 jam selepas mendapat rawatan colchicine (sejenis ubat gout) dari doktor
Dr Anya share, untuk kenal lanjut masalah gout ni ada 3 perkara yang kita boleh lihat pada tubuh seseorang yang ada sakit pada sendi dia tu. Antaranya
- Bengkak
- Bengkak yang kemerahan
- Ada mata (biji) pada bengkak
Bacaan Lanjut:
Cara Mengawal Penyakit Gout Supaya Tak Melarat
Resepi Minuman Kesihatan Untuk Pesakit Gout
Rawatan Intensif Pesakit Gout Yang Praktikal
Rujukan:
- Dr Anya Tay, member of SAHAMM (Society for Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine, Malaysia)
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Pingback: Cara Merawat Gout Secara Konvensional & Alternatif Yang Mudah Diamalkan - ProVide Network
Pingback: Suplemen Untuk Gout Yang Bagus Untuk Menamatkan Derita Pesakit Gout - ProVide Network
Pingback: Makanan Tinggi Purin & Contoh Makanan Yang Membahayakan Pesakit Gout - ProVide Network