menang review

Menang Review Tempat Ke-3 Juga Suatu Tanda Syukur

tanda syukur

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah..

Baru-baru ni saya telah mendapat tahu saya adalah pemenang tempat ke 3 dalam Giveaway Review Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock yang telah dianjurkan oleh blogger Mialiana.com & ditaja sepenuhnya oleh pihak Malaysia – Bugslock Syarikat X Cube Enterprise.

Ini Review Dari Saya:

Produk Anti-Nyamuk Yang Berkesan – Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Solusi Kepada Ancaman Demam Denggi

Alhamdulillah

Saya rasa saya sangat bertuah sebab saya adalah antara blogger yang baru juga nak berjinak-jinak dalam bidang review ni.

 

Selain memang minat saya yang mendalam terhadap bidang penulisan, berkat dorongan suami & keluarga yang sentiasa mendoakan, saya sentiasa ingat beberapa mentor hebat di sebalik tabir kejayaan & kesyukuran ini.

Antara mentor hebat itu adalah:

  1. Puan Farha Maskuriy & suaminya Tuan Hafeez Jamil (owner & founder blog IbuCergas.com & group support Team Cergas)
  2. Master Nurazlina Noh & suaminya Master Zainul Anuar (owner & founder blog iReach dot MY & group support iReach)

Berbaloi juga dengan mengaplikasikan semua teknik yang saya baru sahaja belajar dari mentor-mentor saya ni.

Perjalanan saya dalam dunia blogging ini masih jauh.

Oh ya, saya tak sabar nak ke kelas blog & marketing Pro yang bakal diadakan di Bertam, Pulau Pinang hujung bulan ini.

Sedikit sebanyak tentang kelas tersebut ada saya kongsikan di entri saya yang ini

Banyak lagi perkara menarik yang membuatkan saya semakin teruja untuk terus memperbaiki ilmu penulisan saya di alam maya ini.

blogger yang lebih berinformasi

Inshaa Allah matlamat saya untuk menjadi blogger yang lebih berinformasi & lebih banyak memberi manfaat kepada semua makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini semakin tercapai dengan adanya anda semua, pembaca setia ProVide Network.

Terima kasih 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge