Mi Udang Utara Di Taman Molek JB: Review Saya Sebagai Anak Kelahiran Utara

Bercakap tentang makanan, hehe.. saya ni memang antara yang suka nak cuba makanan yang femes jadi bualan ramai, terutama yang sedaplah! Normal la kan… 😀

Kisah mi udang utara ni sepatutnya dah lama saya terbitkan.

Tapi asyiklah tertunda sebab saya betul-betul tak sempat merasa lagi macam mana yang dikatakan bestnya mi udang utara tu..hmm… of course la kena gi makan dulu baru boleh bagi review kan?

Review Saya Tentang Rasa & Presentation Mi Udang Utara

(1) Presentation

Overall first time tengok, memang unik juga sebab depa tak hidang pakai pinggan.

Depa guna bekas aluminium macam ni.

Menarik presentation hidangannya sebab boleh nampak udang tergolek besar je dalam mangkuk. Sayur pun ada. Tu yang saya suka…nyum!

(2) Rasa

Rasa mi udang ala-ala mi kuah (kalau kami yang kat utara biasa sebut). Bukan mi bandung tau… lain..

Manis kuah udang tu ok + tak terlalu rasa manis gula. Sebab sedia maklum banyak yang berniaga mi udang ni akan bubuh banyak gula dalam kuahnya.

Ada pedas sket.

Tapi, untuk orang dewasa, should be no problem.

Anakku Rafiuddin (6 tahun) jenis tak tahan pedas. Memang kerja tangguk & ratah udangla jawabnya.

My daughter, Auni (2 tahun +), ok. Suka. Dia memang sangat suka udang & makan mi nya juga.

(3) Harga

Untuk saiz biasa (2 @ 3 ekor udang; depends on saiz): RM5 semangkuk

Untuk saiz istimewa (6 @ 7 ekor udang; depends on saiz): RM8 semangkuk

Bagi saya, dengan harga barang yang makin up-to-date ni, ok & sangat berbaloi untuk menikmati mi udang utara ni. Alhamdulillah kenyang & kuahnya memang terasa lazat untuk dihirup.

Lokasi Mi Udang Utara

Saya x pasti ada berapa banyak mi udang utara kat Malaysia ni. Kot-kot la ada jumpa kat Penang / Kedah/ Perlis, tidak pula dalam pengetahuan saya…hihi..

Bukan apa, kalau balik utara (Kedah is my hometown), jarang jugak makan kat luar. Air tangan mak saya sendiri lah yang paling sedap & terbaik!  :mrgreen:

Yang pasti ni mi udang utara yang terletak di selatan tanahair, iaitu di Taman Molek, Johor Bahru.

Kalau nak senang boleh terus set dekat aplikasi Waze, “Public Bank Taman Molek, Johor Bahru’

Depa berniaga guna foodtruck sederet depan Public Bank tu.

Waktu Operasi Mi Udang Utara

Hm.. kena tau bila depa bukak berniaga… sebab apa..

Jangan jadi macam saya… sampai 3 kali datang, tapi kempunan.. (bukan rezeki sebenarnya)

Dahlah jauh jugak nak mai.. dari Skudai ke Taman Molek ni, naik highway dalam 25-30 minit.

Alhamdulillah kali ke-4 datang memang betul rezeki kami…

Buka: Ahad – Jumaat ( 7 pm – lewat malam @ sampai mi & udang habis)

Tutup: Sabtu

Ada suatu hari kami datang tu, memang bukan pada hari tutup, tapi yelah, bila berniaga ni, mungkin ada perkara yang tak dapat dielakkan, mungkin stok udang xde ke @ diorang ada tempahan katering ke, makanya memang akan tutup.

Oleh sebab itu, meh simpan no phone Mi Udang Utara ni kot-kot nak datang dari jauh, boleh roger tanya dulu, k.

Mi Udang Utara (MUU Katering) : 019-7731793 (Mami)/ 017-7336373 (M.Rafi)

Di Sebalik Tabir Mi Udang Utara

Persiapan kuah & celur udang

Memang main campak-campak je kata chef yang tengah masak ni..hihi..

Kuah akan disiapkan di sini juga & segala proses mencelur udang juga fresh di sini. Sebab tu juga dapat rasa manis pada udang tu walau dah dalam kuah.

Proses penyediaan mi & sayur-sayuran

Mi kuningnya memang xde rasa pahit. Proses ni juga antara yang membuatkan mi udang lebih sedap.

Dalam mi udang ni, sayur sawi digunakan. Barulah seimbang hidangan semangkuk mi ni.

Garnishing

Sedap bila dapat tomato fresh & daun-daun bawang yang segar macam ni.

Mangkuk Aluminium

Ni mangkuk yang digunakan. Depa tak pakai pinggan @ mangkuk melamine tu.

 

Apa lagi… bolehlah ajak ahli keluarga, kawan-kawan pakat pi serbu ramai-ramai…!

Punyalah sedap, kompem makan sampai tak pandang belakang!

:mrgreen:

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

  1. Dato Sitiee says:

    Kalau balik johor, boleh singgh…
    Dato Sitiee recently posted…Cara Merawat Masalah Rambut Gugur Dgn Mudah Semulajadi.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.