miang kham

Miang Kham – Kudapan Tradisi Thai Yang Enak & Sihat

Baru-baru ni kami ada buat sedikit jamuan farewell untuk sahabat kami yang berjaya pindah ke kampung halaman beliau di Sarawak.

Seronok sangat dapat berkumpul makan-makan & sembang santai dengan para sahabat yang lain.

Dalam banyak-banyak menu potluck, ada 1 hidangan yang nampak pelik tapi sedap yang menarik saya untuk kongsikan kat sini. Menu itu adalah Miang Kham.

Miang Kham – Kudapan Tradisi Thai

Yang dah biasa makan mesti dah tahu kan?  🙂

Miang khamone bite wrap atau dengan bahasa Malaysia kita, sesuap balutan 😀 Ala-ala macam makan sireh gitu tapi balut bahan-bahan guna daun kaduk.

Menurut Wikipedia, ini adalah snek/ kudapan tradisi masyarakat di Thailand dan Laos.

Diorang biasa amalkan makan kudapan ni sambil duduk-duduk & menyembang sesama keluarga/sahabat terutama ketika musim hujan sebab daun kaduk ni tumbuh banyak ketika cuaca lembap.

miang kham
cenggini haaa gaya makan miang kham. picture credit to Puan Yati Muda

Bahan-bahan Dalam Miang Kham

Nampak macam senang je nak buat. Tapi leceh kalau tak rajin.. hahahha.. Silakan beli saja jika teringin nak makan tapi tak rajin nak buat.

Ok, jom tengok apa dia bahan-bahan yang ada dalam wrap Miang Kham ni.

miang kham
Bahan-bahan dalam Miang Kham
  • daun kaduk (Chaplu plant)
  • isi kelapa muda
  • kacang tanah
  • halia muda
  • bawang holland
  • limau nipis/kasturi
  • udang kering
  • cili padi
  • sos

Cara Membuat Miang Kham

  1. Kelapa muda diparut kasar dan bakar
  2. Udang kering disangai tumbuk kasar
  3. Kacang goreng tanpa minyak (sangai atas kuali)
  4. Halia muda dipotong dadu
  5. Bawang holand dipotong dadu
  6. Limau nipis/ limau kasturi potong halus dengan kulit
  7. Cili padi potong halus
  8. Daun kaduk direndam & cuci sebersihnya (pilih daun yang muda & comel je saiznya)
  9. Sos miang kham (ala-ala kuah rojak Mak Bee tapi ada diletak serai)
miang kham
Resepi untuk buat sos Miang Kham

Semua bahan hirisan tadi dihidangkan. Ambil sehelai daun kaduk, bentukkan jadi kon, lalu ditambahkan semua ramuan lain tadi ke dalamnya. Dah siap! Silakan makan  🙂

miang kham
Sedap….

Bagi yang tidak suka sangat pedas cili padi tu, boleh racik lagi halus cilinya / tak perlu letak langsung. Pun masih sedap  🙂

Khasiat Miang Kham

Rata-rata khasiat utama datang dari daun kaduk ni. Sememangnya masyarakat kita juga telah mengamalkan daun kaduk dalam perubatan tradisional & natural remedies.

Antaranya:

  • bagus untuk mengatasi/ mengawal masalah pernafasan – batuk/ asthma
  • mengawal berat badan / mengatasi masalah kegemukan
  • membantu masalah demam malaria
  • mengatasi masalah sembelit
  • merawat masalah panau pada kulit

& ia berkhasiat juga disebabkan gandingan ramuan dalam balutan Miang Kham tadi. Sebab tu kita boleh lihat, warga Thai lawa-lawa kulitnya dan cantik-cantik tubuh mereka (kebanyakannya langsing)

Apa lagi, daripada kunyah jajan yang tak berkhasiat, eloklah kita amalkan Miang Kham ni..jom jom hihi  :mrgreen:

 

Rujukan:

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Miang_kham
  2. http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/12/khasiat-daun-kaduk_14.html



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

7 thoughts on “Miang Kham – Kudapan Tradisi Thai Yang Enak & Sihat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge