muhasabah ramadhan

Muhasabah Ramadhan 2019 | Jom Senaraikan Kesyukuran Kita

Alhamdulillah. Saat coretan ini ditulis, saya bersyukur sangat Allah Izinkan ilham untuk menulis tentang muhasabah Ramadhan 2019 ni.

Kenapa pentingnya jurnal kesyukuran? Apabila kita senaraikan kesyukuran kita (terbaik buat setiap hari), kita akan menarik lebih banyak rasa syukur yang lain pula.

muhasabah ramadhan

Muhasabah Ramadhan 2019 | Jom Kita Bersyukur

Jom kita mulakan muhasabah Ramadhan kita!

Pertama sekali, senaraikan semua kesyukuran kita yang nikmatnya tak mampu kita beli dengan wang ringgit.

Allahu, banyaknya..

Diary Kesyukuran Kak Zal

5 kesyukuran utama

  • Alhamdulillah kak Zal masih bernyawa
  • Alhamdulillah kak Zal masih ada mak & ayah
  • Alhamdulillah kak Zal ada suami & anak-anak
  • Alhamdulillah kak Zal masih punyai akal yang waras
  • Alhamdulillah kak Zal masih ada tubuh badan yang sihat untuk bekerja

5 Kesyukuran Lain

Ok, tadi kita dah senaraikan kesyukuran yang besar-besar. Yang kita tiada daya nak dapatkan selain datangnya nikmat tu dari Allah SWT semata-mata.

Jom senaraikan 5 lagi kesyukuran.

  • Alhamdulillah, hari ni masih diIzinkan Allah untuk bangun bersahur
  • Alhamdulillah ada makanan untuk dimakan ketika bersahur & berbuka puasa
  • Alhamdulillah ada idea untuk menulis
  • Alhamdulillah ada kudrat untuk sambung bekerja
  • Alhamdulillah trafik lancar sepanjang hari ini

Banyaknya kesyukuran yang kita boleh tulis.

Apabila kita selalu bersyukur, in shaa Allah kita takkan sempat pun nak merungut.

Pandang setiap sesuatu yang berlaku dari aspek yang positif. In shaa Allah hati kita akan selalu tenang, gembira & berganda rasa syukur.


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge