tips luka berkhatan cepat baik

Pengalaman Berkhatan Anak Sekolah & Tips Luka Berkhatan Cepat Baik

Actually kisah anak kitorang berkhatan nih dah berlalu sejak hampir setahun yang lalu. Bila datang jek musim cuti sekolah, barulah teringat pasal nih.

Oh ya, ada cerita best nak share pasal pengalaman kami ada anak berkhatan masa cuti sekolah ni. Baca sampai habis tau kalau nak tahu apa yang menarik pasal kisah si Rafiuddin ni berkhatan.

tips luka berkhatan cepat baik

Pengalaman Anak Sekolah Berkhatan Musim Cuti Sekolah Tinggal Lagi 10 Hari

Kisahnya macam ni.

Kitorang suami isteri seingatnya masa tu agak sibuk dengan pelbagai urusan lah. Ada urusan aktiviti persilatan. Ada urusan program persatuan & juga urusan pulang ke kampung halaman masing-masing, ziarah orang tua kami.

Tapi dalam kepala masing-masing dah target kena juga bagi si Rafiuddin ni berkhatan masa cuti sekolah tahun tu.

Dia dah nak masuk darjah 4 kot. Ayah dia memang taknak anak lelaki berkhatan masa bayi, tak rasa lelaki katanya. Nak bagi anak tu merasa pengalaman sakit.

Ramai gak lah kawan sekelas dia masing-masing selesai dah berkhatan. Sepupu-sepupu yang hampir sebaya pun macam tu.

Jadinya, rasa kesian juga pada Rafiuddin ni. Dibuatnya dia rasa malu ke apa kan. Dah aniaya dia. So, nak tak nak, kitorang memang plan nak usahakan juga urusan dia berrkhatan dalam masa cuti yang berbaki tu.

Tempahan Berkhatan Dah Tutup

1st kitorang approach klinik yang paling dekat dengan kawasan perumahan kitorang ni lah. Poliklinik Penawar masa tu.

Tak sangka bila call, staf bagitau dah tak terima dah budak yang nak berkhatan. Slot penuh semuanya.

2nd kitorang try lah google klinik-klinik mana yang berdekatan & paling hampir yang masih open untuk pendaftaran. Namun, bila kitorang bagitau kitorang cuma available on the last week of the December, banyak klinik macam tak nak terima kitorang. Katanya lewat sangat.

Sampailah jumpa 1 klinik nih.

Kliknik Perdana.

Klinik ni import doctor Islam datang untuk uruskan hal berkhatan ni. Alhamdulillah bersyukur juga masih ada peluang untuk Rafiuddin.

So, kitorang pun survey lah nak guna teknik apa.

Jenis-jenis & Teknik Berkhatan

Setakat dalam pengetahuan saya & suami, kami kenal ada 3 jenis saja Teknik berkhatan. Antaranya adalah:

  • Tradisional (duduk atas batang pisang) potong guna pisau Tok Mudim
  • Clamp (yang ni style kepit kulit anu tu)
  • Laser (paling minimal luka, harga mahal sedikit dari yang 2 atas)

Dari survey-survey,

Untuk teknik laser harga memang RM170 ke atas. Ada jugak yang cecah sampai RM300 gitu termasuk ubat makan.

Lepas berbincang dengan encik suami, maka kami pilih untuk buat secara laser saja.

Menurut staf klinik yang kami berurusan tu, teknik Clamp memang macam tak berapa convenient oleh sesetengah parents sebab kena datang jumpa doktor 2 kali katanya. Untuk urusan bukak clamp tu pula.

Tips Luka Berkhatan Cepat Baik

Ramai mesti nak tau kan. Kami nak share apa yang telah dilalui oleh Rafiuddin. Bayangkan ada lagi 10 hari jek nak naik sekolah, luka beliau mudah baik dalam masa seminggu. Ni yang kami praktikkan untuk Rafiuddin.

  • Elak Luka Terkena Air
  • Jangan Usik Luka
  • Elak Mak/Kakak/Sedara Perempuan Urus
  • Beri Nutrisi Secukupnya

(1) Elak Luka Terkena Air

Setiap kali Rafiuddin buang air kecil, kami sediakan baldi di sebelah katilnya. Beliau akan kencing dalam baldi tu & lap anu bersih-bersih menggunakan tisu sahaja.

Ayahnya akan bantu buang & bersihkan balik baldi tu.

Luka yang tak kena air lebih cepat kering sendiri untuk bercantum dengan lebih baik.

(2) Jangan Usik Luka

Dalam kes ni, ada parents yang ambil inisiatif beli seluar dalam berkhatan. Bagi kami bend ani macam agak membazir. Ada anak tak selesa pun nak pakai. Panas katanya.

Rafiuddin pula bila malam, dia akan letak kotak tisu yang kosong untuk elak lukanya bergesel sewaktu tengah tidur. Hehehe murah & kreatif kan? Zero modal!

(3) Elak Mak/ Kakak/ Sedara Perempuan Yang Urus

Biarlah kalau dapat, ayahnya sendiri yng temankan masuk dalam bilik doctor sampailah urusan sepanjang anak berpantang.

Katanya bila orang perempuan yang tengok luka berkhatan ni, lambat sedikit kesembuhannya. Mungkin mitos. Boleh jadi sebenarnya anak itu sendiri yang rasa malu.

(4) Beri Nutrisi Secukupnya

Let say nak luka lagi cepat baik, selain ambil ubatan yang dibekalkan oleh doktor, boleh beri anak kita ambil zinc & polifenol. Di Shaklee kami ada Zinc Plus & juga Vivix. Antara yang terbukti berkesan untuk pembaikan luka.

Rafiuddin kami beri 2 biji zinc setiap pagi.

Alhamdulillah masa day 1 bukak sekolah, tak ada isu pun luka masih basah ke apa. Rafiuddin ke sekolah macam biasa, dengan penuh keyakinan.

 

Semoga artikel ni bermanfaat. Jemput kongsikan kepada mereka yang memerlukan.



 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge