Peranan Detoksifikasi Dalam Kesihatan

Dalam menangani masalah kesihatan yang dihadapi customer seperti masalah berat badan & masalah kulit serta yang sewaktu dengannya, rata-rata pakar kesihatan akan mencadangkan proses detoksifikasi.

Apa Itu Detoksifikasi?

Menurut buku Detoksifikasi Tubuh & Manfaat Puasa (Ramli Hamid, pakar teknologi makanan), detoksifikasi adalah suatu proses meneutralkan dan membersihkan toksin dari dalam tubuh.

Dalam erti kata lain, detoksifikasi ni ibarat macam kita cuci sisa-sisa toksin keluar dari badan.

Perlu Ke Detoks?

Untuk zaman sekarang memang perlu sangat-sangat. Lebih-lebih lagi kalau kita jenis yang selalu jugak makan makanan segera.

Banyak punca & sumber kenapa mudah sangat badan kita mempunyai toksin.

Antaranya adalah:

  • Bahan pengawet, perasa & pewarna tiruan pada makanan & minuman. Cuba lihat ikan di pasar sekarang? Tak banyak atau hampir tiada lalat yang hinggap kan? Itu tanda-tanda penggunaan bahan pengawet seperti formalin telah digunakan untuk bagi ikan tahan lama.

  • Sisa dari ubat-ubatan yang diambil, terutama ubat tahan sakit seperti paracetamol tu

  • Udara kita yang tercemar. Cuba pandang persekitaran kita. Asap kenderaan, asap rokok lagi. Ada kajian di sekolah kanak-kanak di Mesir tentang tahap kecerdasan. Kanak-kanak yang tinggal berhampiran jalan yang sibuk serta terdedah dengan asap adalah berisiko terdedah kepada plumbum. Tahap kecerdasan mereka adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berada di pedalaman.

Jom kita fahamkan apalah sangat kan faedah detoksifikasi ni 😕

  • Sistem imun & sistem pertahanan tubuh lebih baik
  • Hidup yang lebih sihat & cergas
  • Otak yang lebih segar & aktif – tidak mudah mengantuk ketika dalam kelas pembelajaran atau pun ketika bekerja
  • Kulit yang lebih cerah & kurang ditumbuhi jerawat
  • Elak kegemukkan / jika gemuk, berat badan dapat diturunkan dengan lebih mudah
  • Dapat membantu mencegah penyakit berjangkit & penyakit kronik degeneratif

Tidak Sakit Tak Semesti Badan Tiada Toksin

4 Tanda-tanda Toksin Banyak Dalam Badan

  1. Mudah mengantuk & pening
  2. Cepat berasa penat
  3. Kulit & rambut yang kusam
  4. Peluh berbau

6 Organ badan yang bekerja untuk detoks

  1. Hati
  2. Buah pinggang
  3. Perut & usus
  4. Paru-paru
  5. Sistem limfa
  6. Kulit

(1) Hati – Organ Utama Dalam Detoksifikasi

detoksifikasi

Jom kenal fungsi hati dalam tubuh badan kita ni!

  • Sel dalam hati bertindak memusnahkan toksin, bakteria, virus, parasit, sel ketumbuhan, zaraha asing yang berpotensi membahayakan tubuh apabila berada di dalam salur darah
  • Menghasilkan asid hempedu yg perlu untuk serap & cerna lemak, buang sisa detoksifikasi serta menghancurkan sel darah merah yang dah tua
  • Menukar lemak & protein dari makanan kepada glukosa yang kita perlukan sebagai sumber tenaga dalam sel
  • Gudang simpanan sampingan vitamin (A,D,E,K, B12) &  mineral

Hati berfungsi baik dalam detoksifikasi apabila cukup zat pemakanan seperti asid amino glutamin, glisin, sitein & taurina, vitamin B kompleks, vitamin A, C dan E, mineral selenium & air

(2) Buah Pinggang – Organ Utama Pembersihan Tubuh

detoksifikasi

Jom kita kenal fungsi si “kacang soya” ni :mrgreen:

  • Serap, tapis, buang cecair tubuh & bahan larut melalui air kencing sehingga darah bersih
  • Mengatur keseimbangan cecair dalam badan

Buah pinggang berfungsi dengan baik apabila kita cukup minum air & seimbang bendalir elektrolit dalam badan seperti kalium, magnesium, kalsium & natrium.

(3) Perut & Usus – Modal Tubuh Sihat

detoksifikasi

Menurut suatu kajian yang dimuatkan dalam Medical Journal and Record, hasil penelitian selama 25 tahun ke atas 5000 pesakit, perut dan usus yang kotor adalah punca kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit serta menjurus kepada memendekkan jangkahayat hidup seorang manusia.

Apa peranan perut dalam detoksifikasi?

  • Bunuh bakteria/ patogen yg masuk dalam perut melalui makanan/ minuman (perut adalah berasid)

Apa pula peranan usus?

  • Penapis toksin tahap awal yg berasal dari makanan yang dicerna di perut (usus kecil)
  • Saluran perkumuhan untuk seluruh sisa metabolisme yang tidak diperlukan tubuh badan (usus besar)

Tidak semua toksin berjaya ditapis oleh usus.

Usus yang tidak berdaya menapis akan mengalami ketoksinan (intestinal toxemia). Hal ini akan menjurus kepada gangguan kesihatan kerana darah yang dialirkan ke seluruh tubuh mengandungi sisa toksin yang tidak disaring.

Kenapa usus besar paling utama perlu bersih?

  • Sistem usus perlu dalam masa 14 jam untuk memproses makanan
  • Jika sisa pembuangan tidak lancar/ tersekat-sekat, hampas yang lain akan terkumpul hingga menjurus kepada ketoksinan. Mulalah datang gejala pening, letih, sakit sendi, buang angin berbau & gatal-gatal pada kulit.

Usus perlukan zat pemakanan yang cukup seperti air, serat makanan, glutamat & pektin untuk berfungsi dengan lancar & baik.

 (4) Paru-paru – Detoksifikasi Komponen Dalam Udara

Ketika kita bernafas, kita menghidu gas oksigen serta menghembus keluar gas karbon dioksida.

Inilah peranan utama paru-paru. Semua pertukaran gas berlaku di sini. Selain itu, paru-paru berperanan

  • Menapis toksin dari persekitaran; asap, debu yang masuk bersama-sama udara ketika kita bernafas

(5) Sistem Limfa – Penyerang Toksin

Apa benda lah sistem limfa ni?

Ia adalah suatu peredaran sekunder yang berperanan mengalirkan cecair limfa di dalam tubuh. Ia sejajar dengan pengaliran darah.

  • Menapis seluruh sisa metabolik yang tidak terpakai lagi
  • Angkut bahan-bahan tidak berguna keluar dari sel menuju ke nodus limfatik
  • Sel limfosit pada nodus limfatik pula bertindak sebagai antibodi untuk melawan & memusnahkan toksin.

(6) Kulit – Buah Pinggang Ketiga

  • Mengekalkan suhu tubuh badan
  • Mengeluarkan sisa toksin (toksin yang larut air) secara perpeluhan

 

Jom Hidup Lebih Sihat!

Dah kenal kan semua organ & peranan masing-masing dalam proses detoksifikasi.

Maka, jom jaga kesihatan terutama organ-organ detoksifikasi penting kita tadi ni.

Amalkan:

  • Minum air kosong yang secukupnya (antara 2-3 liter sehari)
  • Makan serat (buah-buahan & sayur-sayuran)
  • Kurangkan makan makanan segera & yang mengandungi banyak penambah perisa seperti monosodium glutamate (MSG). Bahaya jika ambik selalu. Buah pinggang boleh rosak!

Dan saya ada beberapa cara yang terbaik untuk melakukan detoksifikasi ke atas seluruh tubuh badan kita.

Nantikan kupasan lanjut di entri saya yang akan datang!

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge