umrah & haji

Persediaan Kesihatan Untuk Pergi Umrah & Haji | Vitamin Untuk Naikkan Imun

Kelas haji Sabtu baru-baru ni dah masuk topik persediaan kesihatan untuk mengerjakan umrah & haji.

Alhamdulillah, syukur berkesempatan hadir pada minggu tersebut. Memang tunggu jugak topik ni. Setiap kali ada saudara mara / sahabat balik dari tanah suci Mekah, kebanyakannya pasti akan berada dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Demam, batuk & selesema tu antara yang paling lazim lah.

Pesanan Petugas Haji Buat Golongan Muda Yang Menunaikan Umrah & Haji

Persediaan Kesihatan Untuk Umrah & HajiVitamin & Konsultasihttp://www.wasap.my/60197646021

Posted by Zaleha Awaluddin on Friday, February 15, 2019

Saya sangat take note bila penceramah, salah seorang petugas haji itu pesan macam ni:

“Untuk golongan yang berumur 20-30 an, antara yang paling kena jaga kesihatan betul-betul sebab ramai jugak yang ada masalah ketika kat sana. Sebab ingat masih muda, maka tak jaga kesihatan betul-betul dan tak bersedia..”

Yang berumur, golongan warga emas kita sedia maklum & rata-rata memang bersedia lah apa yang patut, yang muda0-muda ni, jangan take for granted. Patuhi untuk membuat persediaan yang rapi dari segi kesihatan seawal yang mungkin.

Memang betul, zaman sekarang, yang muda-muda pun dah senang sangat sakit. Atas faktor gaya hidup & tabiat pemakanan sekarang. Sibuk sangat kan, makanan segera tu dah jadi pilihan ramai. Restoran fast food pun dah banyak sangat sekarang. Drive thru 24 jam merata-rata.

umrah & haji

5 Persediaan Kesihatan Yang Wajib Diambil Tahu Jemaah Umrah & Haji

Ada banyak pesanan sebenarnya. Saya ambik beberapa kesimpulan yang paling penting untuk dikongsikan kat sini.

(1) Suntikan Vaksin

Ada beberapa vaksin yang dicadangkan sebagai persediaan kesihatan untuk mengerjakan umrah & haji. Vaksin yang paling wajib diambil adalah Suntikan Meningococcal.

Suntikan ini diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ia sah untuk digunapakai dalam tempoh 3 tahun sahaja. Bukti seperti kad suntikan umrah atau dokumen berkaitan wajib dikemukakan sekiranya kita ada mengambil suntikan yang sama dalam tempoh masa 3 tahun yang masih sah.

Lain-lain suntikan vaksin boleh diusahakan atas inisiatif sendiri. Antaranya:

  • Pneumococcul
  • Influenza

Pada pandangan & pengalaman saya berada di luar negara yang sesak (Jepun) dulu, influenza tu bagus sangat kalau kita ikhtiarkan. Lagilah kalau kat Mekah yang suasananya ramai manusia serta cuaca yang sejuk & berhabuk terutama ketika waktu malam. Dalam erti kata lain, paru-paru kita memang kena bersedia untuk menghadapi suasana yang sesak.

(2) Kekuatan Fizikal

Anggota tubuh yang paling penting di antara yang terpenting adalah kaki.

Ya, kaki.

Kaki kita kena kuat berjalan. Memang kena buat persediaan yang rapi dari segi stamina. Usahakan melatih diri seawal mungkin untuk banyak berjalan jauh. Berjoging, atau pun latih meletakkan kenderaan setiap hari lebih jauh dari biasa. Pilih untuk naik tangga berbanding naik lif/ escalator.

(3) Elak Kegemukan

Gemuk is not awesome!

Saya setuju. Banyak risiko penyakit datang dari kalangan mereka yang obes & berlebihan berat badan. Walaupun orang kurus juga belum tentu sihat, kita kena usahakanlah seawal mungkin untuk elak obesiti. Obesiti & kegemukan antara yang menjadi punca banyak risiko penyakit kronik seperti:

  • diabetes
  • darah tinggi
  • penyakit jantung

So, seawal mungkin, kita cuba amalkan pinggan suku-suku separuh, aktif bersenam & elakkan stress yang melampau.

(4) Berhenti Merokok

In case ada yang belum tahu, Madinah & Mekah adalah kawasan larangan untuk merokok. So, bawak-bawaklah insaf bagi golongan perokok.

Ikhtiarkan seawal mungkin untuk cuba berhenti merokok. Nak saya bantu dengan Vivix tak? Hujung entri nanti klik contact saya, k.

(5) Bekalan Ubatan

Ni juga sangat penting. Terutama jika anda adalah penghidap penyakit bahagian saluran pernafasan seperti asthma (lelah). Penting untuk pastikan inhaler & ubatnya dibawa bekal bersama.

Lain-lain penyakit jika ada, tolong declare. Jangan berahsia jika kita ada risiko penyakit tertentu. Bahaya sangat kalau kita sorang je yang tau. Sebab kat sana nanti, kalau jadi apa-apa, kita bakal menyusahkan ramai pihak sebab tiada informasi sejarah penyakit yang lengkap.

Vitamin Untuk Naikkan Imun Ketika Mengerjakan Umrah & Haji

Ni saya tambah sendiri.

Dari segi pengalaman kenalan saya yang sememangnya jenis amalkan vitamin setiap hari sebelum menunaikan umrah/haji lagi, rata-rata semuanya dalam kesihatan yang sangat baik. Tak mudah sakit, tak mudah demam, tak mudah dijangkiti selesema, tak mudah dapat batuk.

Alhamdulillah. Nampak sangat ikhtiar tu Allah Perkenankan.

Antara vitamin yang bantu naikkan imun & bagus diamalkan serta jadi bekalan ketika mengerjakan haji & umrah:

  • Vivix
  • Sustained Release Vitamin C Plus
  • Ostematrix
  • Performance Orange Drink
  • Energizing Soy Protein
  • CoQ Trol Plus

Tu antara beberapa lah. Paling popular & mudah bawak vitamin C & ostematrix tu. Sangat membantu untuk imun & beri rehat fizikal yang baik untuk buat ibadah di sana.

Kalau ada apa-apa persoalan nak tanya tentang vitamin tadi, boleh terus contact saya di 019-7646021 atau klik je link wasap kat gambar ni:

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge