persiapan bersalin

Persiapan Bersalin: 4 Bekalan Ibu Bersalin Ke Hospital Yang Suami Perlu Tahu

Masih teringat-ingat lagi kenangan bergegas ke hospital seawal jam 3 pagi sewaktu ingin melahirkan anak kedua kami, Auni Batrisyia.

Malam sebelum pagi kejadian, suami tidak berapa sihat, jadinya memang sepanjang mengalami kontraksi Braxton Hicks tu, saya cuba bersabar sambil mengira detik kontraksi.

gambar sekadar hiasan…

Bayangkan suamiku memecut laju dari Skudai sambil memotong kereta peronda polis untuk ke Hospital Kulaijaya sebab saya pada ketika itu dah berlaku pecah air ketuban & rasa nak bersalin makin kuat.

Mujur juga suamiku tahu serba serbi persiapan bersalin memandangkan ini pengalaman kami kedua.

4 Bekalan Ibu Sebagai Persiapan Bersalin di Hospital

persiapan bersalin

 

Mungkin juga info & panduan ini berguna untuk semua yang bakal menempuhi pengalaman pertama menjadi ibu ayah.

Persiapan Bersalin 1: Beg Lamaze

Beg ini adalah beg yang seiring masuk bersama-sama isteri ke wad bersalin. Antara item yang ada di dalam beg ini adalah:

  • Buku rekod kehamilan
  • Majalah/ buku bacaan (jika belum tiba masa untuk melahirkan, tidaklah si ibu berasa bosan)
  • Kurma (tamar) & biskut tenaga seperti Muesli Bars bagus untuk memberi alas perut ringkas bagi ibu lebih bertenaga untuk melahirkan anak

Persiapan Bersalin 2: Beg Ibu

  • Pakaian penyusuan (bra menyusu, alas penyusuan, nursing cover ) sepanjang berada di dalam wad & sepersalinan baju menyusu untuk pakaian ibu sebaik saja ibu & bayi dapat discaj dari hospital nanti
  • Stoking & bengkung bagus untuk melindungi ibu dari kesejukkan
  • Pad bersalin – Untuk ibu yang bersalin normal, sangat disarankan untuk menggunakan pad bertali (bukan berpelekat) bagi memudahkan persalinan
  • Minyak panas – Membantu ibu dari kekejangan urat (sapu luaran)
  • Peralatan mandi (toiletries, tuala)

Persiapan Bersalin 3: Beg Bayi

  • Pakaian bayi – sediakan 3-4 pasang baju berlengan pendek & 1 sweater beserta mitten & booties
  • Tisu lembap (baby wet wipes), 10 keping lampin pakai buang & 3 keping lampin kain (untuk kegunaan sebaik saja dilahirkan). Lampin kain ni biasanya digunakan untuk melihat status bayi telah dapat kencing & buang air besar dengan baik.
  • Kain bedung (2 helai) , selimut (2 helai) & tuala (2 helai)
  • Minyak telon, losyen & juga mandian bayi.

Persiapan Bersalin 4: Bakul Air Panas

Bakul ini mengandungi:

  • Bekas air panas (termos), cawan, sudu & garfu
  • Minuman 3 dalam 1 seperti Milo/ Horlicks. Elakkan kopi & teh
  • Suplemen ibu selepas bersalin seperti Set Bersalin Lengkap Shaklee sangat membantu ibu-ibu bertenaga untuk menyusukan bayi mereka sebaik sahaja keluar dari dewan bersalin.

Bakul air panas ni mak saya ajar letak siap-siap depan pintu rumah tiap-tiap malam menjelang due date (sebelum datang tanda nak bersalin).

Oh ya, suami di luar sana tu, ingat ya semua 4 bekalan persiapan ini. 3 beg yang pertama dah boleh pastikan ada dah siap-siap dalam kereta.

Nota tambahan: Jika suka, boleh juga bekalkan isteri dengan tungku magnetik & power bank (bagi yang bersalin di hospital kerajaan)

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.  😉

Rujukan: Pregnancy to Parenthood (Linda Goldberg et al, Magna Publishing, 1999)

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge