cara mengurangkan lemak di perut

Perut Buncit Buruk & Bahaya | Cara Mengurangkan Lemak Di Perut Yang Buncit

Seriously perut buncit memang bukan saja nampak tak cantik malah masalah lemak banyak sangat & lebih tertumpu di sekitar perut adalah lebih membahayakan berbanding pengumpulan lemak di bahagian punggung dan peha.

Faktor Utama Penyebab Perut Buncit

Secara statistiknya, lelaki lebih cenderung mempunyai masalah perut buncit ini berbanding wanita kerana faktor lemak pada badan lelaki mudah tersimpan di bahagian perut.

  • Kurang bersenam
  • Pemakanan yang tinggi kalori & lemak
  • Kurang serat

Kesan Buruk Perut Buncit

Selain memang nampak tak cantik & kurang kacak, perut yang buncit cenderung berkait dengan masalah kesihatan yang serius seperti:

  • penyakit jantung
  • aterosklerosis (salur darah tersumbat)
  • Osteoporosis (masalah tulang rapuh)
  • Demensia (hilang ingatan, keliru & gangguan mental)
  • Alzheimer (penyakit nyanyuk)
  • Diabetes (kencing manis)

cara mengurangkan lemak di perut

6 Cara Mengurangkan Lemak di Perut Yang Buncit Dengan Berkesan

Secara keseluruhannya, kena ubah gaya pemakanan & praktis gaya hidup yang lebih sihat.

Cuba amalkan tips ini.

(1) Tinggikan serat dalam makanan harian

  • Ganti beras putih kepada beras perang yang lebih tinggi serat.
  • Banyakkan makan sayur & buah-buahan.

(2) Elak Makanan Yang Mengandungi Trans Fat

  • Lemak trans adalah minyak separa hidrogenasi antara yang boleh meningkatkan lagi pengumpulan lemak di sekitar bahagian perut.
  • Makanan yang ada lemak trans seperti majerin, pastri, biskut, keropok & makanan yang bergoreng.

cara mengurangkan lemak di perut

(3) Elak makanan segera (fast food)

Makanan segera tinggi kandungan lemak & tinggi kalori. Jika diambil secara kerap ia menyumbang kepada kalori yang berlebihan & penambahan berat badan.

cara mengurangkan lemak di perut

(4) Kurangkan Pengambilan Kalori Dengan Memilih Makanan Yang Lebih Sihat

Mulakan dengan memilih makanan yang lebih sihat. Gunakan calorie-tracker apps pada smartphone untuk membuat kiraan kalori yang anda perlukan bergantung pada berat badan anda.

Pilih makanan yang dimasak rebus, bakar, stim berbanding yang bergoreng.

detox Shaklee

(5) Banyakkan Buat Senaman Perut

Antara senaman yang paling popular berkesan untuk kurangkan saiz pinggang & ukurlilit perut adalah:

  • crunches
  • sit up

cara mengurangkan lemak di perut

(6) Vitamin Untuk Bantu Detox

Apabila kita nak reset balik badan kita dengan makanan yang berkhasiat, nak buang segala sisa toksin yang terdahulu, eloklah berpuasa atau buat detox dengan menjaga pemakanan kita.

Vitamin membantu tubuh kita lebih bernutrisi & membantu mencernakan serat dengan lebih baik.

Baca lebih lanjut tentang Vitamin Untuk Detox

Semoga perkongsian & info ini bermanfaat 🙂

Rujukan:

  1. The British Medical Assoiation | Complete Family Health Guide, Dr Tony Smith, Dorling Kindersley
  2. iSihat Julai 2017, Bilangan 117

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge