Petua Hilangkan Stress Supaya Kekal Awet Muda

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua pembaca setia ProVide Network

Semoga kita semua sentiasa senyum, cergas, ceria & sihat selalu :mrgreen:

Saya nak tanya ni, siapa tak pernah stress? Sila angkat tangan?

🙄

Of course semua orang yang normal pasti tak lari dari masalah stress/ tekanan bukan?

Pagi tadi saya ada menonton rancangan Tanyalah Ustazah siaran ulangan dengan topik ” Bahana Stress” yang disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa. Suka betul saya dengan topik ni & kupasan yang menarik serta menyentuh hati oleh beliau.

Ustazah ada memberikan beberapa petua hilangkan stress yang mudah untuk kita semua amalkan.

Antara petua hilangkan stress yang dikongsikan beliau adalah:

  • Rajin-rajinkan diri untuk mendampingi Al Quran
  • Bangun malam untuk melaksanakan solat-solat sunnat

Apakah yang dikatakan dengan mendampingi Al Quran?

petua hilangkan stress

Menurut Ustazah Norhafizah Musa, mendampingi Al Quran bermaksud membanyakkan membaca Al Quran, sambil menghayati & memahami maksud-maksud & terjemahannya. Banyak ayat dalam Al Quran yang jika kita tahu, sebenarnya merupakan ayat-ayat penawar dari Allah untuk semua hambaNya.

Antara ayat-ayat dari Al Quran yang dikatakan boleh diguna sebagai petua hilangkan stress sesiapa sahaja yang dilema masalah & sebagainya yang mengusutkan jiwa adalah:

(1) Surah Al-Talaaq, ayat 2-3

petua hilangkan stress

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat 1000 dinar.

Setiap kali saya diimamkan oleh suami saya, beliau selalu membacakan ayat ini dalam bacaan solatnya.  Subhallah, apa yang tahu, tiap kali kami sekeluarga dilanda masalah, beliau tenang dalam menghadapinya. Tenang dalam membuat keputusan malah tenang juga dalam tindakannya.

(2) Surah Taha, ayat 132

(3 Surah At Taubah, ayat 40

petua hilangkan stress

 

Saya pernah gagal dalam ujian memandu pada pertama kali sekitar tahun 2007. Kali kedua ketika saya ingin mengambil semula ujian memandu dengan pihak JPJ, pakwe saya ketika itu (merangkap suami saya sekarang) berpesan untuk saya amalkan terjemahan ayat ini.

Subhanallah saya memang tidak gentar untuk melakukan yang terbaik. Alhamdulillah pada ujian kali kedua, saya berjaya dengan cemerlang untuk mendapatkan lesen memandu saya.

Sebenarnya banyak lagi surah & ayat-ayat Al Quran yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Petua hilangkan stress selain mendampingi Al Quran & bangun malam untuk solat sunnat adalah:

  • Menarik nafas dengan sedalam-dalamnya
  • Menyibukkan diri dengan aktiviti kegemaran
  • Mendapatkan rehat & tidur yang lena

Saya nak kongsi cara saya membantu mak saya yang sukar mendapatkan rehat & tidur yang lena. Sebelum ni, mak terpaksa mengambil ubat tidur dari hospital kerana sukar untuk tidur (insomnia) atas sebab masalah stress yang dihadapinya.

Saya berikan mak saya vitamin B Complex & OsteMatrix.

Fungsi suplemen Shaklee dalam mengatasi masalah stress & sukar tidur lena

petua hilangkan stress

  • B Complex membantu melawan tekanan/ stress yang dihadapi. Ia bertindak dengan membantu meningkatkan fungsi saraf yang sihat, sekaligus membantu meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan & juga insomnia.
  • Khasiat yang terkandung pada OsteMatrix membantu meringkan stress. Ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf.

OsteMatrix juga membantu menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk & stress. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki depresi, mood yang berubah-ubah (swing), sakit kepala & pitam.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda mahupun untuk sesiapa saja. 😉
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin hilangkan stress ini mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi yang lain beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp/ telegram: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

 

1 thought on “Petua Hilangkan Stress Supaya Kekal Awet Muda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge