petua mendapatkan anak lelaki

Petua Mendapatkan Anak Lelaki Yang Diidamkan Sebagai Pewaris Keluarga

Anak-anak adalah pengikat kasih sayang antara suami & isteri.

petua mendapatkan anak lelaki

Anak lelaki sangat diharapkan ibu & ayah sebagai pewaris kepada keluarga & keturunan selain sangat dihajatkan untuk anak-anak ini membekalkan doa anak yang soleh menuju ke akhirat nanti.

Anak perempuan pula sangat diinginkan sebagai penyeri dalam keluarga serta menjadi pelindung dari api neraka.

petua mendapatkan anak lelaki

Dulu semasa ingin mempunyai anak sulong pertama kami, jauh di sudut hati ini, tidak kisah sangat jika anak yang sedang dihamilkan itu anak lelaki atau pun perempuan.

Tapi saya sedar pada ketika itu suami agak bercita-cita menginginkan anak sulong kami anak lelaki. Alhamdulillah, dengan izinNya, Rafiuddin Afiq dikurniakan Allah kepada kami sebagai anak yang pertama.

Apa-apa pun jantina anak-anak yang Allah dah Hadiahkan pada kita, bersyukurlah  🙂

Cuma, tips & petua mendapatkan anak lelaki ini saya kongsikan sebagai panduan & ikhtiar untuk pasangan suami isteri yang mungkin telah memiliki ramai anak perempuan & kini mengidamkan untuk mendapatkan anak lelaki pula.

4 Petua Mendapatkan Anak Lelaki

petua mendapatkan anak lelaki

(1) Suami & Isteri Bersetubuh Pada Penghujung Hari Subur Isteri

  • Untuk hamil, perkara paling asas & penting adalah kitaran haid isteri yang teratur.
  • Bagaimana nak tahu hari subur isteri?

Baca cara kira waktu subur untuk mudahkan kehamilan

  • Kitaran haid isteri tidak teratur? Ikhtiarkan dengan GLA Complex ni.
  • Bersetubuh pada penghujung hari subur isteri bermaksud, sekiranya hari subur isteri adalah antara 11 – 18 hb 4 (sebagai contoh), maka hari yang optimum untuk suami isteri bersama bagi mengikhtiarkan anak lelaki adalah pada 16, 17 & 18 hb 4

petua mendapatkan anak lelaki

(2) Suami Melambatkan Ejakulasi

  • Terdapat suatu teori yang menyatakan, petua mendapatkan anak lelaki yang mudah adalah dengan memastikan sperma yang sampai ke ovum adalah sperma dengan tenaga yang tinggi & sihat.
  • Ejakulasi yang lambat bermaksud zakar suami dimasukkan lebih dalam di dalam vagina isteri terlebih dahulu, kemudian barulah suami melakukan ejakulasi (penghantaran sperma dalam air mani). Sperma yang bertenaga mensenyawakan ovum isteri adalah berpeluang tinggi membentuk janin bayi lelaki.
  • Jika suami ada masalah mempunyai kiraan sperma yang sedikit ataupun bermasalah sperma kurang sihat, bolehlah merujuk pautan di bawah:

Cara Tingkatkan Kesuburan Suami

(3) Isteri Mengiring Ke Rusuk Kanan Menghadap Suami Selepas Bersama

  • Untuk mudah hamil, pastikan isteri mengiring sebentar sebaik sahaja selesai bersama suami. Dalam tujuan untuk mendapatkan anak lelaki, isteri sebaiknya mengiring ke rusuk kanan.
  • Disunatkan juga untuk mengambil wudhuk jika ingin terus sambung tidur selepas bersama (jika tidak terus mandi wajib selepas dalam 30 minit mengiring sebentar)

(4) Berdoa

  • Sebagai hamba Allah, kita wajib berserah & memohon pertolongan dari Nya kerana sesungguhnya kita ini tiada daya untuk menggerakkan suatu apa pun melainkan dengan izin Dia.
  • Doalah dengan spesifik (suami & isteri sama-sama) semoga Allah mengurniakan anak lelaki pada kehamilan kali ini.

Bagaimana kami tahu semua petua ini? :mrgreen:

Dulu saya & suami banyak merujuk sebuah buku panduan hubungan suami isteri yang bertajuk “Permata Yang Hilang”.

Masih teringat lagi betapa malunya saya ketika nak mendapatkan buku ini. Saya pinjam buku ini dari seorang kawan lama di tempat kerja dulu pun secara senyap-senyap  :mrgreen:

Untuk ilmu, sepatutnya kita lebih bersikap terbuka. Pendidikan rumah tangga juga adalah antara keperluan penting yang perlu diambil kisah oleh pasangan yang ingin berkahwin.

petua mendapatkan anak lelaki

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Maaf juga jika terdapat kekasaran bahasa di mana-mana 😉

Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dari pembaca sebagai menambahbaik entri ini untuk rujukan pada masa akan datang. Terima kasih saya dahulukan  🙂

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge