merawat keputihan

Petua Merawat Keputihan & Tips Mengelakkan Keputihan Wanita

Seingat saya, masalah keputihan ni sangat popular di kalangan wanita seawal remaja lagi. Remaja yang dah kedatangan haid.

Paling ketara apabila semakin aktif bersukan. Memang kena menjaga kebersihan dalaman.  😯

Mesti anda tertanya-tanya apakah petua terbaik untuk merawat keputihan ni kan?

Petua Merawat Keputihan Yang Menggeli & Menggatalkan

Sebelum tu, masalah sangat ke kalau ada keputihan ni? Eh jap, awak tahu tak keputihan yang kita maksudkan ni apa?  😆

merawat keputihan

Keputihan pada vagina orang perempuan biasanya dikaitkan dengan sejenis kulat/ fungus yang namanya Candida albicans

merawat keputihan

Yang jadi masalah tu, apabila kulat ni bertumbuh lebih banyak dari biasa sampai buat gatal merenyam kat sekitar permukaan/ bibir vagina tu  😥

Cara Merawat Keputihan 1 – Air Kosong Sahaja

Cuci permukaan kemaluan (vagina) hanya dengan air kosong sahaja. Lalukan air dari depan ke belakang (takmo patah balik)

Elakkan sebarang pencuci dengan bauan/ wangian/ sabun. Ini dapat mengganggu pH normal pada vagina & juga elak dari membunuh bakteria baik yang ada pada vagina.

Cara Merawat Keputihan 2 – Pakaian Dalam Cotton

Guna seluar dalam jenis cotton sahaja. Elakkan guna pakaian dalam yang ketat dan dari material yang selain dari cotton.

Sekarang ni kalau perasan, memang banyak jenis cotton spandex tu. Macam fancy je lebih  :mrgreen:

Cara Merawat Keputihan 3 – Liner Tanpa Pewangi

Anda guna pantyliner tak? Bagus pantyliner ni.

Tapi, pastikan guna pantyliner yang bebas pewangi. Unscented.

Cara Merawat Keputihan 4 – Pastikan Kering

Dah pakai seluar dalam material yang bagus (cotton). Sekarang, pastikan pula, kita kerap tukar seluar dalam/ pantyliner tu.

Lagi kerap berpeluh, lagi lah kena rajin.

Cara Merawat Keputihan 5 – Rawatan Doktor

Kalau dah teruk teramat sangat, segeralah jumpa doktor. Biasanya doktor akan periksa dengan mengambil sedikit calitan dari permukaan vagina untuk dianalisa.

Doktor akan advise ubat-ubatan pil/ krim anti-fungus.

Walaupun ubat-ubatan sangat membantu, namun untuk kesan jangka panjang ia mungkin boleh berulang balik.

Cara Merawat Keputihan 6 – Bawang Putih

Ada cara bagus dan mudah tau untuk guna bawang putih ni. Boleh baca perkongsian lanjut cara merawat keputihan tanpa ubat.

 

Rujukan:

  1. The British Medical Association: Complete Family Health Guide; Dr Tony Smith; Dorling Kindersley; 2000
  2. Majalah i-Sihat Oktober 2017



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “Petua Merawat Keputihan & Tips Mengelakkan Keputihan Wanita”

  1. Pingback: Cara Merawat Keputihan Tanpa Ubat Yang Membantu Keharmonian Rumahtangga - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge