Petua Merawat Rabun Mata

Saya adalah seorang yang berkaca mata dengan darjah kerabunan jauh pada mata kanan sebanyak lebih kurang 550 manakala pada mata kiri sebanyak lebih kurang 650. Inilah antara akibatnya dulu-dulu tak begitu mahu nak mendengar cakap mak sendiri. 😥

merawat rabun mata

Mana taknya, masa saya kecik dulu seawal usia 8 tahun lagi memang gemar membaca buku. Antara koleksi buku pertama saya masa tu adalah Kisah Nabi Hud a.s & kaum Aad, Tentera Bergajah Abrahah & buku-buku novel penyiasatan kanak-kanak Enid Blyton yang telah diterjemah ke bahasa Malaysia. Semuanya dibeli oleh ayah & kakak saya di Pesta Buku di Sungai Petani, Kedah kira-kira 22 tahun yang lalu.

 

gambar sekadar hiasan

 

Membaca buku tu bagus.

Yang tak bagusnya adalah apabila terlalu sangat nak membaca sampai habis satu-satu buku tu, sampai tengah waktu Maghrib atau senja atau dah dalam gelap petang pun masih non-stop menghadap buku tu. Memang la menempah darjah kerabunan mata yang tinggi! 😐

Posisi Yang Betul Ketika Membaca

Selain faktor pencahayaan, sebenarnya posisi membaca juga perlu betul.

merawat rabun mata

Rabun Mata

Bercakap pasal rabun ni, sebenarnya rabun mata pun ada beberapa jenis.

  • Emmetropia
  • Myopia (Rabun Jauh)
  • Hypermetropia (Rabun Dekat)
  • Astigmatism

Untuk mengetahui lebih lanjut & lebih terperinci berkenaan jenis-jenis rabun ni, boleh baca lebih lanjut di sini

 

merawat rabun mata
Pelbagai Jenis Rabun Mata

Macam saya sendiri adalah jenis rabun jauh atau dalam bahasa saintifiknya adalah Myopia. Jadi cermin mata yang saya pakai ni jenis berkanta cekung (concave lens).

Terasa mahu mencuba beberapa petua merawat rabun mata yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan Safie di satu slot Tanyalah Ustaz di TV 9 beberapa bulan yang lalu.

Menurut Ustaz Sharhan, ramai penghidap rabun mata ni yang datang ke klinik beliau berjaya membuang kaca mata mereka setelah berjaya dikembalikan penglihatan yang lebih baik dengan izin Allah.

Petua Merawat Rabun Mata menurut perubatan Islam

Menurut Ustaz Sharhan lagi, ada 2 cara merawat rabun mata

Cara Pertama

merawat rabun mata

  1. Bacakan doa dari ayat-ayat al Quran, Surah Qaf, ayat 22 ke atas lobak merah
  2. Ayat ini dibacakan sebanyak 14 kali ke atas lobak merah
  3. Lobak merah yang telah dibasuh & dibacakan ayat al Quran ini dikunyah mentah tanpa dipotong @ dikupas kulit

 

Munurut ustaz Sharhan lagi, kunyahan yang dilakukan ini adalah antara senaman yang baik untuk mata.

Bagi yang mungkin tiada masa nak beli lobak merah, boleh sama-sama mengamalkan cara yang kedua ini. Cara kedua bagi merawat rabun mata ini lebih mudah & boleh dibuat bila-bila masa sahaja & di mana-mana saja tempat kita berada kecuali di tandas la.. :mrgreen:

Cara Kedua

  1. Baca selawat syifa’. Ayat yang terakhirnya pada gambar di bawah ini (Wa nuril absori wa dhiya iha) diulang sebanyak 7 kali.
  2. Sapu pada kelopak mata.

Cara Ketiga

Menurut ulamak, ketika azan berkumandang pun, ada amalan yang boleh kita amalkan untuk mencerahkan mata kita.

  • Ketika berkumandangnya azan “Asy Hadu Anna Muhammadarrasulullah”, 2 ibu jari tangan sapukan pada mata

Tonton secara terus petua merawat rabun mata menurut perubatan Islam seperti yang disarankan oleh Ustaz Sharhan di video ini.

 

Semoga artikel ini bermanfaat bukan untuk saya sendiri saja, malah lebih ramai lagi. Sebarang komen amatlah di alu-alukan. Terima kasih atas kunjungan anda 🙂

 

2 thoughts on “Petua Merawat Rabun Mata”

  1. Salam. Saya nak betulkan sesuatu. Surah yang “sepatutnya” dibacakan adalah daripada Surah Qaf (surah ke-50 dalam al-Quran), bukan surah Al-Qaf. Ayat tetap sama iaitu ayat ke-22. Surah Qaf tidak boleh dikelirukan dengan Surah Al-Kahf ataupun Surah Al-Ahqaf, difahamkan bahawa bunyinya nak dekat sama tetapi jauh bezanya. Surah Al-Qaf tidak wujud mengikut apa yang telah saya selidik (google). Sesungguhnya, Allah yang maha mengetahui. Wassalam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge