Walaupun usaha fizikal seperti ulangkaji dan fokus terhadap pembelajaran dalam kelas adalah kunci kepada kejayaan, pemilihan makanan yang tepat sebelum menjawab peperiksaan juga penting tau untuk anda boleh score A!
5 Jenis Makanan Untuk Menjawab Peperiksaan Yang Bagus Diamalkan
Sarapan/ makanan sebelum exam yang dalam portion besar dan tinggi gula serta lemak hanya membuatkan aliran darah lebih tertumpu pada sistem penghadaman berbanding otak.
Sebab tu, penting untuk kita pilih apa makanan yang terbaik diamalkan sepanjang minggu peperiksaan.
(1) Lengkap Gabungan Nutrisi
Makanan yang terbaik untuk diambil ketika menjawab peperiksaan seharusnya lengkap dan seimbang dengan nutrisi yang baik.
Antaranya:
- protein – asid amino adalah antara komponen penting yang membina saraf penghubung (neurotransmitter) di otak. Contoh protein: telur, ikan, ayam, daging, kekacang
- vitamin & mineral – untuk tenaga & prestasi optimum
- serat – mengekalkan bekalan glukosa berpanjangan kepada otak
- karbohidrat kompleks – mengekalkan bekalan glukosa berpanjangan kepada otak
- gula & lemak yang sedikit – pencetus tenaga
Kajian juga telah menunjukkan pelajar yang tidak mengambil sarapan yang berkhasiat cenderung berasa lebih penat dan lesu kerana tenaga lebih banyak digunakan untuk memerah otak menjawab soalan peperiksaan.
(2) Mudah & Cepat Disediakan
Semestinya makanan yang kena senang nak disediakan. Apatah lagi kalau anda seorang pelajar di IPT.
Walau sesibuk mana sekalipun, sarapan/ makanan yang berkhasiat wajib diamalkan sebelum menempuh dewan peperiksaan.
Jika pilih untuk beli makanan dari kafe, tekankan pemilihan zat nutrisi tadi.
(3) Yang Menghidratkan
Air juga adalah makanan otak/ badan yang anda perlu ambil kisah! Air adalah antara komponen penting untuk menjana otak yang cergas berfikir.
Pastikan air kosong cukup diminum sebelum & semasa peperiksaan dijalankan.
Boleh praktis amalan membawa bekalan sebalang air kosong sepanjang berada di dalam dewan peperiksaan.
Tips Elak Kerap Nak Terkucil Sepanjang Peperiksaan:
- Elak kaffein (teh/ kopi/ cola)
- Minum air kosong dalam kuantiti kecil tapi kerap
(4) Superfood
Popular kan perkataan superfood ni?
Antara contoh superfood:
- aprikot
- kismis
- kurma
- kekacang seperti walnut, badam, gajus & pistacio
Berbanding mengambil makanan proses seperti sosej, nugget, kek dan sebagainya, superfood antara kudapan/ snek yang lebih menyihatkan.
(5) Buah-buahan Segar
Paling senang nak dapat banyak zat adalah dari buah-buahan segar. Pilih buah yang paling mudah nak dijadikan bekal makan on-the-go untuk ke dewan peperiksaan seperti:
- pisang
- epal
- anggur
- limau
Contoh Makanan Untuk Menjawab Peperiksaan
Antara makanan pagi/ sarapan yang bagus dan sesuai dijadikan rutin tiapkali anak-anak atau kita sendiri yang nak menjawab peperiksaan adalah:
- Roti sandwich keju bersama segelas susu
- Telur rebus separuh masak bersama roti serat dan jus oren segar
- Smoothies buah epal bersama serbuk protein ESP
Banyak lagi idea mudah yang kita boleh cuba praktikkan. Try mix dan match. Semoga bermanfaat ya 🙂
Rujukan:
- https://www.developinghumanbrain.org/best-brain-foods-to-eat-before-taking-a-test/
- Majalah i-Sihat November 2017
- Kenali 15 Superfoods Dalam Al Quran; Normadiah Daud; Perintis Books; 2014
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Antara yg bagus kismis kan
betul tu wahai si jari manis 🙂 & ikut petua dari seorang guru, kismis yang bagus untuk daya ingatan adalah kismis kuning tu
ibu Uddin & Auni recently posted…Review Vitamin Ibu Mengandung Shaklee Untuk Masalah Hb Rendah
good read. hi feel free to join us here
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/birthday-giveaway-november.html
ok Ray. akan sahut join. Thanks inviting 🙂
ibu Uddin & Auni recently posted…Cara Merawat Luka Pesakit Diabetes Teruk Nampak Tulang Hampir Potong Kaki
kalau dulu sy mkn kismis je. kalau time org balik haji dpt laa minum air zam zam sblm exam 😉
kan anies. limited edition tu air zam zam.. terbaik!
ibu Uddin & Auni recently posted…Cergas Tanpa Steroid – Rahsia Para Atlit Sukan Pemegang Pingat Emas
Pingback: BIRTHDAY GIVEAWAY NOVEMBER - ProVide Network
Pingback: Pengedar Vivix Shaklee Skudai | Pengedar Shaklee Taman Universiti Johor |