PRU14

Pilihan Raya PRU14: Kisah Kami Yang Pertama Kali

Alhamdulillah sejarah Malaysia tercipta pada hari ini setelah 60 tahun bawah tampuk pimpinan yang sama. Tahniah semua calon yang bertanding & berjaya.

Yang berjaya (Parlimen mahupun kerusi DUN), diharapkan amanah & tanggungjawab dapat digalas sepenuhnya tak kisahlah anda mewakili mana-mana parti politik sekalipun.

Pilihanraya PRU14 Suatu Sejarah

PRU14

Walaupun sepatutnya ini kali ketiga saya keluar mengundi, atas beberapa sebab, PRU14 adalah sejarah pertama saya betul-betul berpeluang mengundi.

Saya mula membuat daftar pemilih seingatnya masa tu di tahun akhir belajar degree di IPT sekitar 2006. Masa tu memanglah daftar guna alamat IC saya di Kedah.

Lepas kahwin sekitar 2008, mengikut suami pulang mengundi di kampung halamannya di Terengganu.

Al maklumlah kami berdua menetap di Johor, maka jika nak pulang mengundi ke kampung memang perlu pilih salah satu negeri. Jauh kan nak redah  :mrgreen:

Tak tukar IC alamat Johor?

Setakat ni tak. Pilihanraya tu ibarat peluang untuk kami balik berjumpa keluarga  🙂  Kami suami isteri memang workaholic. Kat Johor ni lubuk kami bekerja keras & fokus untuk aktiviti kemasyarakatan juga  🙂

Tukar Alamat IC

Disebabkan terlepas peluang mengundi pada PRU12, saya mula ikhtiar tukar alamat IC ikut alamat kampung suami di Terengganu, dengan harapan PRU seterusnya saya dapat sama-sama pulang mengundi.

Namun, Allah terbaik sebagai Perancang.

Tatkala PRU13, saya berpantang bersalin anak kedua kami di Kedah, kampung halaman saya sendiri.

Maka, sekali lagi memendam rasa, sedih tak dapat tunaikan tanggungjawab ini.

PRU14 Peluang Kedua

Alhamdulillah pada tahun ini, rezeki untuk saya pergi mengundi.

U olls tahu tak, betapa seronoknya rasa bila dapat peluang mengundi kali pertama di saat orang sebaya dah kali ketiga?

Malam saya gilir drive dari Pekan, Pahang ke Kemaman, Terengganu, saya rasa macam ada kekuatan luar biasa tau.

Bersengkang mata drive dari jam 12:45 am sampai kul3+ pagi demi memastikan kami sekeluarga sempat tiba awal dengan selamat. Alhamdulillah, jalan agak lengang. Walaupun ada sesetengah kawasan lampunya agak malap & gelap gelita, saya gagahkan diri & mata fokus pada pemanduan.

Terima kasihlah pada vitamin-vitamin Shaklee. Saya ambil ESP petang sebelum bergerak keluar JB. Banyak membantu fokus saya  🙂

Tragedi Pagi Pilihanraya PRU14

Walaupun saya dah bersemangat nak mengundi, pagi tu saya buntu nak buat pilihan. Tak dapat nak buat istikharah sebab tengah cuti bersolat.

Setelah buat beberapa analisis & study + hasil pandangan ahli-ahli keluarga terdekat, akhirnya saya dapat juga suatu keputusan untuk memangkah siapa.

Undi Rosak?

Nak tau tak kisah lucu?

Boleh pula saya jadi blurr. Dakwat di jari, saya ter “calit” buat pangkah pada kertas undi yang pertama  :mrgreen:  Adoila.. Gugup sampai blur.

Lepas tu terpandang arahan dalam kotak pengundian ” gunakan pen” terus saya panggil kerani, nak mintak kertas baru sebab saya tersalah guna dakwat pada jari untuk memangkah!

Namun, 2 kerani di depan, bagitau, “Tak boleh mintak baru”.

Makanya saya akur. Dalam hati berdoa undi tadi tak rosak sebab saya usaha juga pangkah cantik-cantik guna pen atas dakwat yang samar-samar tadi.

Dalam hati terus berdoa, ada doa saya sebagai musafir, Allah Terima.

Itujela coretan PRU14 kisah saya  😆

Terima kasihlah sebab sudi singgah baca  🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Pilihan Raya PRU14: Kisah Kami Yang Pertama Kali”

  1. Pingback: Cara Buat Cookies Sedap & Berkhasiat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge