Projek Sains Tahun 5 | Cara Buat Aiskrim Segera Yang Mudah

Projek sains ini dah lama cikgu Rafiuddin suruh dia buat. Kami tiada kesempatan nak sediakan bahan-bahan, sehinggalah masa cuti hari Malaysia haritu baru berkesempatan sediakan semua bahan & keperluan.

Cara Buat Aiskrim Segera Yang Mudah

Bagi saya, memang sangat mudah.

Anak-anak pun boleh buat. Tidak memerlukan alatan yang canggih. Jom kita tengok bahan-bahan dia perlukan dulu.

Bahan Untuk Membuat Aiskrim Segera

  • Susu UHT/ susu segar berperisa Coklat/ Kurma/ Strawberi/ Kopi (ikut kegemaran masing-masing)
  • Garam
  • Ais
  • 2 keping plastik ziplock (berlainan saiz; 1 kecil & 1 lebih besar)

Cara Untuk Membuat Aiskrim Segera

  1. Masukkan ais & garam di dalam plastik ziplock yang paling besar
  2. Masukkan susu 1/2 bahagian ke dalam ziplock saiz yg lebih kecil
  3. Tutup kemas ziplock bersusu & masukkan ke dalam ziplock besar berais
  4. Goncang plastik ziplock tadi selama lebih kurang 5 minit
  5. Setelah 5 minit – tadaa siap!

Boleh terus amik sudu & scoop aiskrim terus masuk dalam mulut 😛

Mungkin korang lebih faham gaya intonasi segala kan? Jom tonton video ini

Amacam? Betul senang kan?

Apa lagi, laju-laju intai bahan & teruskan memn-buatnya.

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge