menara jambatan angkat kuala terengganu

Promosi & Harga Tiket Masuk Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Baru-baru ni kami sempat berkunjung ke Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu ni. Guess what, rezeki, time kami datang ni, harga tiket masuk masih lagi dalam harga promosi.

Nak tahu lebih detail & apa yang menarik kat menara Drawbridge Kuala Terengganu ni? Jom baca sampai habis

menara jambatan angkat kuala terengganu

Harga Tiket Masuk Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Kalau bukan disebabkan promosi sehingga hujung tahun 2019 nih, berikut adalah harga tiket masuk untuk datang ke Menara Drawbridge Kuala Terengganu:

  • Dewasa (13-55 tahun): RM15
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM10
  • Warga emas (56 tahun ke atas): RM10
  • Bukan warganegara Malaysia – Dewasa: RM30
  • Bukan warganegara Malaysia – Kanak-kanak: RM15

Sempena pembukaan galeri dalam menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini, berikut adalah harga promosi untuk masuk ke sini. Harga promosi ini sah sehingga 31 Disember 2019.

  • Dewasa (13-55 tahun): RM5
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM5
  • Warga emas (56 tahun ke atas): RM5
  • Bukan warganegara Malaysia – Dewasa: RM15
  • Bukan warganegara Malaysia – Kanak-kanak: RM10

Nanti lepas dah bayar tiket di kaunter, kita akan diberi tiket yang ada barkod khas. Guna tiket ini untuk scan masuk di hadapan pintu masuk utama. Perhatikan juga ada beberapa larangan sepanjang berada dalam menara ini.

Larangan  & Amaran

Menara ini dilengkapi dengan kawalan CCTV sepanjang hari (24 jam).

  • Tak boleh bawak masuk makanan/ minuman
  • Dilarang merokok
  • Jangan berlari
  • Tanggalkan helmet
  • Binatang peliharaan tidak boleh dibawa masuk

Waktu Lawatan Untuk Ke Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Sehingga hari ini, menara dibuka setiap hari mengikut masa seperti berikut:

  • Isnin – Ahad: 10 am – 10 pm
  • Jumaat sahaja: 10 am – 12:30 pm & 2:30 pm – 10 pm

Apa Yang Menarik Tentang Menara Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

Ada fakta yang best tentang menara ini.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini adalah jambatan angkat yang terpanjang (638 m) yang mempunyai menara. Jambatan ini telah dibina bermula pada tahun 2014.

Galeri Pameran

Sepanjang masa ini (1 November – 1 Disember 2019) ada pameran berkaitan architecture yang sangat menarik sempena World Architecture Day.

Mungkin di lain masa, ada banyak lagi pameran lain yang menarik akan dibuka di sini.

Ruang Gayat

menara jambatan angkat kuala teengganu

Hihi tak tau nak sebut macam mana. Kat satu sudut dalam menara ini, ada permukaan lantai yang transparent, yang mana kita boleh lihat terus laut di bawah kaki kita pada ketinggian tingkat 3 menara.

Pada satu-satu masa, hanya 10 orang saja dibenarkan untuk masuk ke ruang ini.

Cubalah experience berjalan & duduk / meniarap di atas lantai ini. Gayat tak?

Abadikan Kenangan Di Sini

Seperti tempat-tempat tarikan pelancong yang lain, kat sini juga kita boleh ambil gambar & abadikan dalam bentuk cenderamata yang kita nak.

Selain gambar kenangan, ada juga dijual t-shirt, keychain, fridge magnet yang menarik & tentunya sangat exclusive.

Jomlah datang. Kami sudah, anda bila lagi?



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge