ice skating paradigm mall

Prosedur & Tips Ice Skating Paradigm Mall Johor Bahru

Mungkin anda baru pertama kali nak merasa luncur ais atau ice skating Paradigm Mall ni. Paradigm Mall pun baru sangat dibuka sepenuhnya untuk orang ramai hampir 2 bulan.

Lokasi Ice Skating Paradigm Mall Johor Bahru

3F-30,
Paradigm Mall Johor Bahru,
Jalan Skudai, 81200 Skudai, Johor Bahru

Kalau nak senang, parking je terus kereta ke Level 5.

Nanti boleh turun guna eskalator jer untuk ke tingkat 3 ni.

Harga Tiket Ice Skating Paradigm Mall Johor Bahru

Harga tiket masuk untuk bermain luncur ais di sini dikira sama rata bermula dari umur 4 tahun hingga dewasa .

  • Hari bekerja (Isnin – Khamis): RM25 untuk sekali masuk.
  • Hari minggu (Jumaat – Ahad): RM30 untuk sekali masuk.
  • Cuti sekolah: RM35

ice skating paradigm mall

Untuk tempoh terhad, pihak pengurusan membuat harga promo, RM20 per pax per entry sah sehingga 31 Januari ini sahaja!

Harga ini adalah termasuk sewa guna kasut luncur.

Bayaran tiket & sebarang urusan jual beli di kaunter adalah dalam bentuk wang tunai sahaja!

Masa Operasi Ice Skating Paradigm Mall Johor Bahru

Sehingga setakat ini, Ice Skating Paradigm Mall Johor Bahru masih dibuka setiap hari seperti mall yang lain.

Waktu operasi: Seawal jam 10:30 am

Setiap 3 jam sekali, dewan luncur ais ni akan ditutup selama lebih kurang 30 minit bagi memberi laluan kepada pihak pengurusan mencuci lantai luncur ais ini.

Info & Tips Tambahan Untuk Bermain Ice Skating di Paradigm Mall Johor Bahru

  • Stoking – Sila bawa sendiri atau anda perlu beli di kaunter pada harga RM6 sepasang
  • Sarung tangan/ gloves – Sila bawa sendiri atau anda wajib beli di kaunter pada harga RM3 sepasang
  • Makanan luar tidak boleh dibawa. Air kosong boleh dibawak masuk
  • Terdapat penjualan makanan ringan di sekitar dewan luncur ais
  • Terdapat juga perkhidmatan untuk Jurulatih mengajar sukan luncur ais ini.

Untuk info lebih lanjut boleh terus hubungi:

011-62300366 (pihak Blue Ice Skating Rink)

FB: Blue Ice Skating Rink

harga shaklee 2018

Penduduk sekitar Paradigm Mall/ Johor Bahru/ Skudai yang berminat nak dapatkan produk vitamin Shaklee segera? Boleh dapatkannya dari kami juga, pengedar Shaklee Skudai & Johor Bahru yang sah & bertauliah untuk beri konsultasi.

pengedar Shaklee Skudai

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge