puasa sunat hari Arafah

Puasa Sunat Hari Arafah: Jom Kita!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pertama sekali, saya bagitau siap-siap, saya bukan arif sangat nak share bab macam ni.

Puasa sunat Hari Arafah.
Memang selayaknya yang mengupas lanjut adalah golongan Ustaz & Ustazah.

Cuma terlintas jari-jemari ni untuk kongsi sedikit info yang saya dapat recall ketika belajar beberapa tahun yang dulu & cuba untuk upgrade pemahaman tu dari semasa ke semasa.

Seperti kata mentor-mentor saya, ilmu itu bertambah berkat & makin bertambah apabila kita mengamal & memanjang-manjangkannya.

Sekali lagi, bersyukur rasanya sebab ada medium blog sebegini. Tulis yang baik, baiklah hasilnya. In shaa Allah. Amin Ya Rabb.

Apa Yang Kita Faham Dengan Puasa Sunat Hari Arafah?

(1) Puasa Yang Haram Sepanjang Zulhijjah?

Sebelum tu, saya mencari dulu info-info berkaitan puasa yang haram sepanjang bulan haji (bulan zulhijjah) sebab pada asalnya, saya cuma nak recall puasa di hari-hari Tashriq.

Alhamdulillah dapat rujuk di sini & di sini.

Nak baca buku, memang rumit sebab perlukan tafsiran yang lebih lanjut dari para Ustaz/ Ustazah. Maka, sebarang persoalan dari buku, akan dirujuk dengan orang yang arif dengan ilmu ini.

So, antara puasa-puasa yang haram sepanjang bulan Haji @ bulan Zulhijjah:

  • Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah)
  • Hari-hari Tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah) – Hari Tashriq bermaksud Hari Makan Minum

Jumaat: 22 Zulkaedah 1432H :Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hari-hari Tashriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (HR Muslim)

  • Puasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zuhijjah, larangan berpuasa Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.

Oleh kerana kita-kita yang sedang baca ni bukan sedang menunaikan ibadah haji di Mekah, maka, kita ni tidaklah haram untuk melakukan puasa sunat hari Arafah ni jika kita dalam Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah.

(2) Fadhilat & Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah

  • Dosa diampunkan setahun yang lalu & setahun yang akan datang

“Puasa Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)

Mengenai pengampunan dosa dari puasa Arafah, para ulama berselisih pendapat. Ada yang mengatakan bahawa yang dikatakan dosa yang diampunkan adalah dosa kecil. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika bukan dosa kecil yang diampuni, moga dosa besar yang diperingan. Jika tidak, moga ditinggikan darjat.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 51) Sedangkan jika melihat dari penjelasan Ibnu Taimiyah rahimahullah, bukan hanya dosa kecil yang diampuni, dosa besar bisa terampuni kerana hadith di atas sifatnya umum. (Lihat Majmu’ Al Fatawa, 7: 498-500). [muslim.or.id]

  • Hari Arafah, antara waktu yang mustajab untuk berdoa

Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)

 

(3) Puasa Sunat Hari Arafah Bagi Umat Islam Dalam Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah

Puasa sunat hari Arafah dapat dilakukan pada 9 Zulhijjah. Ia adalah digalakkan @ menjadi sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan haji seperti mana dalam sabda Nabi SAW

Ertinya:” . . . dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari Aasyura’ (tanggal 10 Muharram) aku mengharap dari Allah menghapus (dosa) satu tahun yang telah lau.” (HR Imam Muslim dan Baihaqi)

Nota: dosa yang dimaksudkan dihapus merujuk pada dosa-dosa kecil.

Kalau ikut kalendar, 9 Zulhijjah jatuh pada 23 September 2015 (waktu Malaysia).

Maksudnya, waktu akhir untuk kita mengakhiri sahur berpuasa sunat Hari Arafah di Malaysia adalah pada Subuh, 23 September 2015.

(4) Puasa Sunat Hari Arafah di Malaysia adalah pada 8 & 9 Zulhijjah

Ada pendapat yang menyatakan, jika kita ingin berpuasa sunat Hari Arafah ini, sebaik-baiknya, laksanakannya serentak pada masa mereka yang sedang Wukuf di Padang Arafah (9 Zulhijjah, waktu di Mekah).

Maksudnya, kita kena selaras dengan masa 9 Zulhijjah pada waktu di Mekah sana.

Saya rujuk waktu solat di Mekah & cuba bandingkan waktu solat kita di Malaysia (Johor Bahru sbb saya di sini).

waktu solat di Mekah

 

waktu solat di Malaysia (Johor Bahru)

 

Yang pasti, di Mekah, waktu solatnya lebih awal dari kita di Malaysia (Johor Bahru).

Maka, ada sahabat yang kongsi lagi, disarankan kita berpuasa pada 8 & 9 Zulhijjah pada waktu Malaysia bagi menikmati fadhilat itu.

Wallahu’alam.

So, jomlah kita puasa sama-sama  😀

 

Sebarang komen/ persoalan bolehlah sama-sama dibincangkan di ruangan komen.  (jika saya mampu jawab, saya jawab; jika tak, saya akan ikhtiar rujuk kepada orang yang lebih arif).

Semoga bermanfaat  🙂

Rujukan:

  1. http://razipothman.blogspot.my/2011/10/hari-tashriq-diharamkan-berpuasa.html
  2. http://kr-cahelek.blogspot.my/2011/04/puasa-yang-haram.html
  3. http://kr-cahelek.blogspot.my/2014/09/keutamaan-puasa-arafah-9-dzulhijjah.html
  4. http://kr-cahelek.blogspot.my/2015/05/jadwal-puasa-sunnah-tengah-bulan.html
  5. http://www.waktusolat.org/saudi/makkah-waktu-solat.html
  6. http://www.waktusolat.org/johor-bahru-waktu-solat.html

Nota kaki: Ketika ini, pada saat saya menulis, waktu tempatan di Malaysia adalah pada jam 12:01 am, 22 Sep @ 8 Zulhijjah (8 Zulhijjah dikira bermula selepas Maghrib tadi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge