ulser mulut

Punca & Rawatan Ulser Mulut Yang Berkesan

Siapa sini selalu dapat ulser mulut?

ulser mulut

Saya dulu-dulu ada jugak. Masa kecik-kecik paling kerap kena. Sekarang, Alhamdulillah dah jarang sangat dapat ulser mulut nih.

Apa Punca Ulser Mulut?

Tiada punca yang solid untuk menyatakan apa sebab ulser mulut ni boleh berlaku.

Namun begitu, ada beberapa keadaan yang boleh menjurus kepada mudahnya ulser ni kerap berlaku. Antaranya:

✓ kecederaan kecil yg berlaku dlm mulut seperti berus gigi dengan kasar, cedera ketika bersukan atau tak sengaja tergigit

✓ penggunaan ubat gigi atau ubat kumur yg mengandungi sodium lauryl sulfate

✓ sensitif terhadap makanan berasid seperti strawberi, nenas, buah-buah sitrus, coklat & kopi

✓ kekurangan zat nutrisi seperti vitamin B12, zinc, asid folik & zat besi

✓ kesan dari alergik terhadap bakteria dalam mulut

✓ penggunaan pendakap gigi
✓ perubahan hormon spjg datang haid
✓ stress / tak cukup tidur
✓ berlaku jangkitan virus/bakteria

Awas Punca Ulser Kronik Ini

Ulser Mulut juga boleh jadi menunjukkan tanda-tanda keadaan yg lebih kronik.

Segeralah berjumpa doktor kerana keadaan ini perlukan rawatan perubatan.

✓Celiac disease – badan alah dengan gluten
✓ Radang pada sistem penyahtinjaan
✓ Ada kencing manis (Diabetes melitus)
✓ Behcet’s Disease (keadaan yg mencetuskan radang seluruh badan)
✓sistem imun yg bercelaru & tak berfungsi dgn betul, yg mana ia menyerang sel mulut yg sihat, bukan virus & bakteria
✓ penyakit HIV / AIDS

Cara Merawat Ulser Mulut Dari Rumah

Ulser mulut tiada ubatan khusus. Namun begitu, boleh cuba rawatan sndiri di rumah seperti:

✓berkumur dengan air garam & baking soda
✓ letak milk of magnesia pada kawasan ulser

✓Minum teh chamomile
✓ tempek bancuhan/krim baking soda pada kawasan ulser
✓letak benzocaine sperti bonjela
✓letak air pada kawasan ulser
✓letak teabag pada kawasan ulser
✓ambil vitamin B Complex & Zinc

✓letak serbuk vitamin C Sustained Release

 

Tips Elak Ulser Mulut Berulang

Boleh amalkan beberapa tips & panduan ini, untuk elakkan risiko ulser mulut jadi berulang.

✓ Elak makan makanan berasid & terlampau pedas
✓Ambil cukup multivitamin setiap hari
✓Elakkan stress
✓Elak makan sambil bercakap

✓Dapatkan rehat & tidur yg cukup setiap hari

Semoga perkongsian & tips ini membantu.

Nak dapatkan bantuan nutrisi? Hubungi saya di 019-7646021 atau klik link di bawah

pengedar Shaklee Skudai

untuk dapatkan vitamin Shaklee anda beserta konsultasi exlusive percuma selepas pembelian



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge