tips ibu menyusu sambil berpuasa

Rahsia Kejayaan & Tips Ibu Menyusu Sambil Berpuasa Yang Anda Mesti Tahu

Situasi 1: (Ibu Menyusu Dalam Bulan Puasa)

“Xpelah, buka puasa, nanti ganti… susu tengah merudum ni..”

tips ibu menyusu sambil berpuasa

Situasi 2: (Ibu Hamil Dalam Bulan Puasa)

“Laparnya rasa.. dahaga sangat rasa.. nak buka puasalah, nanti lepas dah habis berpantang baru ganti…”

tips ibu menyusu sambil berpuasa

===================

Sebenarnya walau sedang hamil atau menyusukan bayi, ia bukanlah suatu penghalang sehinggakan ibu-ibu terpaksa mengorbankan puasa mereka terutama ketika di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan yang tiada pada bulan-bulan lain ini.

Sebagai ibu, kita sebenarnya mampu untuk cergas & bertenaga malah tiada masalah juga untuk membekalkan cukup stok susu buat anak walau sedang bekerja dalam ketika berpuasa jika kita tahu caranya.

Bagi anda yang tercari-cari bagaimana caranya atau tips ibu menyusu sambil berpuasa, jom tonton dulu video testimoni dari seorang ibu yang berpengalaman selama 7 tahun berjaya susukan anak & hamil sambil berpuasa.

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

4 Tips Ibu Menyusu Sambil Berpuasa

(1) Konsep Demand & Supply Diteruskan Walau Sedang Berpuasa

  • Susukan bayi seperti biasa apabila berada dengannya di rumah
  • Buat sesi perahan ketika di tempat kerja sekurang-kurang 3 sesi sepanjang bekerja.

Ada perkongsian dari seorang doktor, walaupun pekerjaan beliau sangat sibuk, beliau akan tetap pastikan beliau buat 3 kali sesi perahan samada sedang dalam perjalanan ke tempat kerja atau sambil sibuk di dalam klinik.

Hal ini boleh dibantu dengan pam mudah alih seperti Medela Freestyle & pam-pam yang sewaktu dengannya.

Jika anda hanya ada pam biasa, usahakan untuk boleh pam di mana-mana saja pada bila-bila masa.

Sekarang ni dah banyak kelengkapan penyusuan seperti baju nursing & nursing cover yang boleh membantu ibu menyusu/ memerah susu di tempat awam.

Teringat masa saya masih bekerja di dalam makmal sewaktu menyusukan Auni. Saya keep on buat stok perahan sambil duduk di meja kerja saya yang memang terletak di dalam makmal penyelidikan.

Kalau malu pada bunyi pam yang kuat, boleh simpan pam dalam laci @ tutup pam dengan kain yang tebal.

(2) Cukup Minum Air Sekurang-kurangnya 3 Liter Sehari Walau Sedang Berpuasa

Sebenarnya mudah saja untuk pastikan cukup minum 3 liter ni.

Cuba amalkan 8 kali minum air kosong seperti berikut:

  1. 400 ml selepas berbuka dengan kurma (selepas azan Maghrib)
  2. 400 ml selepas selesai solat Maghrib
  3. 400 ml selepas makan
  4. 400 ml selepas solat Isya’
  5. 400 ml selepas selesai solat Terawikh
  6. 200 ml sebelum tidur
  7. 400 ml sebaik saja bangun tidur untuk bersahur
  8. 400 ml selepas selesai makan sahur

(3) Elakkan Stress

  • Stress memang telah terbukti banyak mempengaruhi kemerosotan hasil penyusuan
  • Kena banyakkan berfikiran positif untuk mengurangkan gangguan tekanan ini
  • Bayangkan & fikirkan serta berkata-kata pada diri sendiri susu badan adalah cukup terutama ketika sedang melakukan sesi perahan di tempat kerja
  • Berzikir & bermohonlah kepada Allah agar dimurahkan rezeki susu yang melimpah ruah sepanjang sesi perahan / penyusuan dilakukan

(4) Konsisten Pengambilan Suplemen Untuk Keperluan Tubuh Yang Sihat

tips ibu menyusu sambil berpuasa

  • Suplemen sebenarnya bukanlah punca utama susu badan bertambah tapi dengan pengambilan suplemen yang betul & konsisten tubuh anda tidak lesu untuk bekerja bagi menghasilkan susu
  • Suplemen seperti B Complex sangat membantu memberi mood yang tenang kepada ibu disamping membantu dalam pembebasan tenaga

  • Multivitamin Vitalea pula membantu mencukupkan zat & mineral sepanjang tubuh berpuasa. Dengan ini ibu tidak mudah letih walaupun perlu bekerja & memerah susu pula sepanjang waktu berpuasa.

  • Untuk sahur ringkas & memberi tenaga yang lebih berpanjangan, ikhtiarlah dengan pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) & Performance Drink ketika sahur.

ESP membekal protein dr soya Non-GMO dengan index glisemik yang rendah sangat membantu dalam pelepasan gula pada kadar yang lebih perlahan & dalam tempoh yang lebih lama berbanding jika makan nasi.

Performance Drink pula membekalkan cecair kepada sel tubuh supaya tidak mudah haus dalam jangka masa yang lebih lama berbanding air putih.

Sekiranya anda perlukan vitamin/ suplemen beserta bantuan konsultasi lanjut berkaitan dengan masalah penyusuan di bulan puasa ini, boleh terus berhubung dengan saya, Zaleha di 019-7646021.

Saya adalah pengedar Shaklee yang bertauliah sedia membantu menyelesaikan masalah anda.

Semoga perkongsian tips ibu menyusu sambil berpuasa ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge