khasiat buah tin

Rahsia, Kelebihan & Khasiat Buah Tin – Part 1

Dulu setiap kali mengunjungi saudara mara yang baru pulang mengerjakan haji atau umrah, pasti akan dapat terlihat buah tin ini. Ada yang menulis buah tin sebagai buah tiin dan dalam bahasa Inggeris ia disebut Fig.

Mungkin ia tak sepopular kismis & kurma, namun buah tin ini menyimpan pelbagai keistimewaan dan khasiat tersendiri.

khasiat buah tin

5 Kelebihan & Khasiat Buah Tin

(1) Kelebihan Buah Tin: Buah Yang Disebut Di Dalam Al Quran

  • Allah SWT berfirman melalui Surah At Tin, ayat 1-3:

khasiat buah tin

 

“Demi buah tin dan  buah zaitun, demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman…”

(2) Kelebihan Buah Tin: Mengandungi Pelbagai Zat Yang Diakui Rasulullah SAW

  • Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Makanlah kamu semua dan makan daripadanya (buah tin)”, sabda Rasulullah SAW lagi. ” Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun daripada syurga maka aku kata ‘Inilah buahnya’. Hal ini demikian kerana buah syurga tiada keraguan. Maka, makanlah buah ini. Sesungguhnya, buah tin boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.”

[Ibnu Sunni, Abu Na’iim, Dailami]

(3) Kelebihan Buah Tin: Mengandungi Pelbagai Vitamin Dan Mineral (Segar & Kering)

  • Buah tin yang dikeringkan mempunyai kepekatan vitamin & nutrisi yang tinggi
  • 1 cawan buah tin yang dikeringkan mempunyai lebih potassium jika dibandingkan dengan secawan pisang yang dilenyek.
khasiat buah tin
buah tin yang dikeringkan lebih mudah ditemui di pasaran Malaysia

 

  • Buah tin yang segar pula rendah kandungan gula & karbohidrat serta mengandungi lebih banyak jenis polifenol jika dibandingkan dengan buah tin yang dikeringkan.

(4) Kelebihan Buah Tin: Mengandungi Fitokimia Dan Antioksidan

  • Antara fitokimia yang terdapat di dalam buah tin adalah polifenol, flavonoids, anthocyanin & proanthocyanidins.
  • Kajian menunjukkan sebatian polifenol yang terbukti dapat menentang kanser, terletak banyak di dalam kulit buah tin. Kebaikan polifenol yang dipunyai oleh buah tin ini dapat diperolehi secara optimum sekiranya kita mengambil buah tin yang segar.
khasiat buah tin
warna ungu pada kulit buah tin memberi gambaran polifenol yang terkumpul padanya

 

  • Isi pulpa buah tin mengandungi sedikit jumlah proanthocyanidins jika dibandingkan dengan kandungan proanthocyanidins yang terdapat dalam biji anggur, buah plum, biji koko & serbuk cengkih.

(5) Kelebihan Buah Tin: Mengandungi Serat Yang Tinggi

  • 3 hingga 5 biji buah tin dapat menampung keperluan serat seorang dewasa sebanyak 25-30 gm.
  • Diet serat yang tinggi dari buah tin beserta pengambilan air putih yang cukup dapat membantu mengawal masalah penyakit jantung, kanser kolon (usus besar), obesiti & penyakit diabetes tahap 2.

 

Sambung baca tentang 10 khasiat buah tin

 

 

Rujukan:

  1. Kenali 15 Superfoods Dalam Al Quran (Normadiah Daud, Perintis Books Sdn Bhd, 2014)
  2. Figures You’d Want One: The Fig (Winnie Ong, HealthToday, 2015)
  3. The British Medical Association: Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorkling Kindersley, 2000)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge