tips khusyuk dalam solat

5 Rahsia & Tips Khusyuk Dalam Solat Untuk Beroleh Lebih Barakah Dalam Hidup

Beruntung sungguh diberi peluang untuk join majlis ilmu.

Sementara masih muda, masih boleh ingat & beramal, memang elok sangatlah merajinkan diri berada dalam taman-taman syurga @ majlis ilmu.

Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelumnya dalam 1 group Whatsapp ni, ada seorang rakan menjemput semua yang berdekatan kawasan perumahan tersebut untuk hadir mengikuti bengkel solat siri ke 2 ni.

Alhamdulillah berkesempatan menimba ilmu. Topik yang diketengahkan adalah:

Tips khusyuk dalam solat
Solat ketika musafir
Solat ketika sakit (x sempat cover)

Bengkel & ceramah ini adalah suatu program anjuran bersama Helwa Surau As Syakirin, Taman Universiti, Skudai KRT Zon Kebangsaan dan Wanita IKRAM Jbt & telah disampaikan oleh Ustazah Shahida Sheikh Ahmad.

tips khusyuk dalam solat

Apakah Makna Khusyuk Dalam Solat?

Khusyuk yang kita faham adalah fokus.

Menurut Imam al- Qurtubi, khusyuk adalah keadaan di dalam jiwa yang tetap tenang dan merendah diri segala anggota.

tips khusyuk dalam solat

3 Tanda Tidak Khusyuk Dalam Solat

  1. Sedang solat, tapi dalam kepala asyik teringat apa yang akan dibuat selepas solat
  2. Memikirkan hal-hal keduniaan ketika dalam solat
  3. Bacaan dalam solat tidak sempurna

Rasanya, ramai antara kita yang tidak dapat lari dari terfikirkan hal-hal dunia ketika bersolat.

Lagi-lagi untuk mereka yang sentiasa solat dalam keadaan tergesa-gesa.. nak cepat & sebagainya..

Celakalah Bagi Orang Yang Lalai Dalam Mengerjakan Solat

Allah SWT pernah mengingatkan kita seperti FirmanNya dalam Surah Al Maun, ayat 4 & 5 yakni:

Menurut huraian Ustazah Shahida lagi, dalam ayat di atas, Allah SWT sangat tidak suka kepada golongan-golongan yang lalai dalam bersolat.

Antara golongan yang lalai dalam solatnya:

  • Suka lewat-lewatkan solat
  • Solat cincai… buat lebih kurang.. asal buat, dahler..   😐
  • Solat tidak sempurna dari segi rukun & syarat sah solat
  • Tidak khusyuk dalam solat

Mereka ini juga digelar sebagai Munafiq Solat.. naudzubillahi mindzalik..

Sebab tu juga, pentingnya untuk kita tarbiyah diri kita ni untuk mendapatkan solat yang khusyuk, supaya kita dapat menjadi hamba Allah yang patuh pada perintahNya

5 Tips Khusyuk Dalam Solat

Tips Khusyuk Dalam Solat 1: Memahami Bacaan Dalam Solat

Paling kita kena faham adalah makna bacaan dalam Surah Al Fatihah. Wajib. Sebab inilah antara yang dialog kita dengan Dia.

tips khusyuk dalam solat

tips khusyuk dalam solat

Fahamkan makna di dalam hati & fikiran. Bacaan wajib dalam bahasa Al Quran, yakni bahasa Arab.

Tips Khusyuk Dalam Solat 2: Pemusatan Fikiran

Dalam solat kita kena fokus & bayangkan kita sedang berdepan & berdialog dengan Allah.

tips khusyuk dalam solat

Elakkan gangguan dari melihat sekeliling/ atas/ depan mahupun melihat/ memandang/ terpesona pada sejadah yang bercorak.

Setiap yang kita ucapkan dalam solat, Allah Membalas.Contoh dialog hamba & Allah di dalam Surah Al Fatihah:

Hamba menyebut: Alhamdulillahi Rabbil A’lamin

Allah Menjawab: Aku Mendengar puji-pujian hambaKu

Hamba menyebut: Ar Rahmanir Rahim

Allah Menjawab: Aku Mendengar sanjungan hambaKu

Hamba menyebut: Maalikiyau middin

Allah Menjawab: Aku Mendengar hambaKu memuliakan diriKu

Hamba menyebut: Iyya kanaq budu waiyya kanasta’in

Allah Menjawab: Segala permintaan hambaKu adalah antara aku & mereka

Hamba menyebut: Ihdinassiratal mustaqim. Siratallazi na an’am ta’alaihim Ghairil maghdu bi’alaihim wa ladholliiin

Allah Menjawab: Bagi hambaKusegala yang telah dipohon oleh mereka

tips khusyuk dalam solat

Tips Khusyuk Dalam Solat 3: Merasai Kebesaran Allah

Kita ni manusia, hamba Dia.

Jadi, bila dalam solat tu, kena bayangkan yang kita ni kerdil. Xde apa-apa pun… Semua Dia yang Punya. Dalam solat, kita banyak memuji Dia.

Contoh dalam bacaan takbir pun kita sebut, “Allahu Akbar” yang bermaksud, “Allah Maha Besar”.

Hayati maknanya, jadi in shaa Allah kita dapat khusyuk dalam solat.

tips khusyuk dalam solat

tips khusyuk dalam solat

Tips Khusyuk Dalam Solat 4: Berasa Gerun Terhadap Allah

Allah Maha Memberi Pembalasan.

Bayangkan dosa lampau & kita nak segera bertaubat. Kalau betul-betul kita buat, membayangkan azabnya neraka Allah, hati ini pasti sayu & boleh menangis.

Siapa yang nak duduk dalam api neraka? Mesti xde sapa pun yang nak kan? Cuaca panas sket pun kita dah berpeluh & x keruan, lagi pula kalu dibakar dalam api.. Naudzubillah..  😥

Sebab tu jika kita betul-betul ada penghayatan dalam solat, solat pastilah dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran.

tips khusyuk dalam solat

Tips Khusyuk Dalam Solat 5: Merasa Malu & Hina Apabila Menghadap Allah

Memang patut pun kita rasa malu & hina apabila berdepan dengan Pencipta kita.

Kita ni bukanlah hebat mana pun.. Allah Buat kita ni pun bermula dari titisan air mani yang hina.

Sebab tu, dalam solat, tunduklah & bayangkanlah kita ni jumpa Yang Maha Hebat & Maha Berkuasa dari Agong/ Sultan/ Perdana Menteri.

tips khusyuk dalam solat

Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat seterusnya kita dapat sama-sama praktikkan dalam amalan harian kita & upgrade mutu ibadah solat kita sendiri  😀

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge